ANAK
ITU ANUGERAH.
Kejadian
anak yang meninggal dunia, selepas 4 jam ditinggalkan dalam kereta ibunya
kerana terlupa,
Adalah
sekelumit realiti berkenaan betapa besarnya cabaran menjadi ibu dan bapa pada
era dunia yang padat dan penuh menduga, hari ini.
Urusan
rumah tangga, selain tanggungjawab di tempat kerja; bukanlah semudah mana yang
disangka.
Semoga
ALLAH pasakkan kecekalan buat sekalian ibu bapa yang sering berkorban raga jiwa
dan masa mereka, demi kemaslahatan anak-anak dan keluarga tercinta.
----------------------
Ibu
waras mana yang sengaja mahu membiarkan anaknya mati?
Setelah
9 bulan dikandung dengan penuh kasih sayang dan susah payah, selepas bertarung
nyawa melahirkan anak kesayangan, ditatang bagai minyak yang penuh. Anugerah
dan amanah TUHAN.
Semoga
ibu tersebut redha dan sabar di atas pemergian anak Syurga tersebut.
Janganlah
kita hanya mudah menuding jari dan menghukum. Pegawai penyiasat dan polis ada
prosedur mereka sendiri. Biarlah pihak yang sepatutnya menjalankan siasatan dan
tugas mereka.
----------------------
Kita?
Usahalah untuk doa, bantu dan sebarkan kesedaran setakat termampu.
Jadikan
pengajaran, buat peringatan hari ini dan masa depan.
Bukan
sekadar menjadi pahlawan papan kekunci -- yang menaip butir dosa dan kata-kata
kesat setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan