Khamis, April 05, 2018

JALAN NAN JAUH.


JALAN NAN JAUH.
Penyokong sudah berikan komitmen, datang dari sekalian pelusuk negara, turun ke stadium dan membelanjakan wang untuk membeli tiket.
Hujung-hujung bulan, RM30 belum campur duit minyak dan tol -- belum campur komitmen lain; mungkin dipandang sebagai isu remeh oleh pihak lain.
Kekecewaan terbesar adalah kegagalan skuad kebangsaan mengekalkan fokus serta disiplin.
Pemain seharusnya dipilih berdasarkan minit permainan.
Terima kasih Akhyar Rashid -- kerana menzahirkan potensi dan harapan.
Perjalanan kita masih jauh.
178 (2-2) 189.
-----------------------------------------
KELAS ‘A’.
Saya setuju jika ada yang pertikai soal penyusunan jadual semasa Liga-M.
Tapi, adalah tidak tepat untuk kita memperlekeh lawan seperti Bhutan atau Mongolia.
Selagimana perlawanan itu berkelas 'A'; ia pasti akan ada kesan pada ranking negara -- sepelik mana pun nama negara yang kita hadapi.
Percayalah Tuan-tuan, sebagaimana kita mentertawakan penjaga gawang Bhutan tadi; demikianlah juga pandangan negara besar lain yang melihat aksi kita yang terdahulu.
Kenapa penyokong kecewa bila seri dengan Mongolia, tetapi senang bila kalah dengan Lubnan tempoh hari?
Jawapannya ada; pada 'gameplay' serta komitmen yang dizahirkan pemain di atas padang.
Tahniah dan terima kasih buat sekalian pemain yang memberikan sepenuh raga jiwa. Demi maruah negara yang tercinta.
Selamanya, Harimau Malaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...