BUKU
RBS: DARI JAUH
KU POHON BELI.
Kami
menerima banyak mesej yang meminta kami menerbitkan kompilasi karangan kami --
tentang lipatan sejarah, kontroversi terdahulu dan semasa, isu serta cadangan;
berkenaan bola sepak Malaysia dan dunia.
Maka
besarlah harapan kami, agar Retrorians dan Tuan-tuan yang budiman sekalian;
agar membeli dan menyokong naskah kami ini kelak.
Merujuk
kepada sekalian mesej Facebook dan whatsapp yang dihantar oleh sahabat
Retrorians yang budiman;
Inilah
jawapannya: Buku Retro Bola Sepak (RBS) ada dijual di Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur.
Mohon
jasa baik yang duk tanya dan PM kami tu, sungguh sokong dan beli lah buah
tangan sulung kami ini.
Dipamer
dan dijual di reruai (booth) Thukul di Legar Putra (L049-LO51), PWTC, Kuala
Lumpur.
*
Yang jauh dan tak berkesempatan, boleh juga beli secara atas talian: hanya
perlu whatsapp "BACALAH" ke 017-3632143 (Ejen Thukul).
**
P/s: Jika tiada aral, El Presidente-Canna dan beberapa Admin RBS lain akan
turun ke PBAKL Sabtu ini (29 April): pagi sampai tengah hari. Boleh jumpa dan
ngeteh sama; kalau sudi.
***
Beberapa cenderahati RBS juga akan diberi kepada pembeli bertuah karya kami.
--------------------
LAMA
YANG MAHAL: SINOPSIS BUKU
RETRO BOLA SEPAK (RBS).
Bola
sepak bukan sekadar satu perlawanan. Ia suatu cerita, pengkisahan penghidupan
manusia yang amat berikat-rapat dengan dunia bola sepak.
Sesetengah
pihak bilang, apa guna diimbau sejarah bola sepak lampau, mengapa perlu
diceritakan kembali.
Tapi,
yang lebih utama adalah tauladan dan iktibar daripada sesebuah peristiwa bola
sepak – Malaysia dan antarabangsa.
Kami
di Retro Bola Sepak (RBS) bukan lah ‘otai’, hanya sekadar seumpama lebah.
Bunga-bunga di luar sana, barangkali milik tuan-tuan. Di kebun-kebun bunga
milik orang lain.
Kami
ini sekadar mengekstrak madunya. Nyaman sekitarnya, maka sedaplah madunya. Jadi
kelaziman, madu dicuri orang.
Tapi
tidak mengapa lah, sebab madu itu barangkali boleh mengubati. RBS sekadar
meriwayatkan kisah, namun cerita bola sepak sebenar ada, pada diri kita semua.
Maka,
naskah ini kami tampilkan – kurang dan lebihnya untuk tatapan pembaca budiman
sekalian. Baik untuk dibuat pedoman, buruk untuk dijadikan sempadan.
Kisah
klasik untuk masa hadapan, imbauan Retro Bola Sepak.
Barang
lama ditaksir antik, nilainya pasti mahal. Kisah lama ditafsir klasik, tauladan
nya juga mahal. Cinta lama kenangan cantik, ingatannya juga mahal.
Sebab
yang lama itu memang mahal. Semahal darjat ceritera nya.
Justeru,
nantikan naskhah yang cukup ‘mahal’ ini saat terbit dan siap-cetaknya nanti.
Mahal,
bukan pada harganya. Tapi pada kandungan isinya, serta keikhlasan para pembaca
yang membelinya kelak.
Maka,
kami mohon jasa baik dan sokongan semua -- untuk membeli naskah ini.
Sungguh,
‘lama itu mahal; tua itu emas’. Padu dan Grande, selamanya!