Jumaat, Mac 24, 2017

P. RAMLEE DALAM KENANGAN.

P. RAMLEE DALAM KENANGAN.
Tan Sri P. Ramlee, ketika tahun-tahun terakhir usianya, menunggu sepi di kantin Angkasapuri. Menanti isteri tersayang, Puan Sri Saloma menjalani rakaman di sana.
P. Ramlee, tokoh seni-budaya yang kita julang melangit tinggi, dipandang sunyi ketika hujung kerjayanya.
Ketika festival filem Asia, tiada kerusi disediakan untuknya. Aziz Sattar, sahabat ikrab yang mewakili Singapura pun menawarkan tempat. Tatkala para pelakon popular dari Jepun dan lain-lain negara; berebut-rebut mahu bergambar dengannya -- P. Ramlee.
Kesatuan seniman yang dibinanya dirampas orang. Permohonan dana untuk membuat filem berwarna ditolak.
Dibaling sampah dan kerusi, diejek ketika membuat persembahan di atas pentas. Kerana berpegang kepada prinsip, mempertahankan karyanya yang kurang mengikut arus ketika itu.
Filemnya tidak laku di pawagam, lagunya kurang dimainkan di corong radio. Terpaksa menyewa kedai mahjung dan membuat persembahan kecil-kecilan di kenduri-kendara.
Roda kehidupan yang menduga. P. Ramlee, ketika hujung hayat kerjayanya, dipandang sepi. Sekiranya Almarhum masih ada, adakah kita akan menghargainya -- seperti hari ini?
Buka minda, ubah mentaliti, jernihkan sanubari.
Selamat pulang ke kampung asal, sang pujangga yang bijak bestari. Yang tak pernah gagal menghiburkan kami dengan naskahmu, sehingga ke hari ini. Kami akan menyusulimu. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Al-Fatihah sekudusnya.
#Grande #Padu
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...