Jumaat, Mac 03, 2017

NAIB PRESIDEN ABIM KUPAS TAJUK “KEAGUNGAN ILMU” DI KOLEJ MARA BANTING.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
NAIB PRESIDEN ABIM KUPAS TAJUK 
“KEAGUNGAN ILMU” DI KOLEJ MARA BANTING.
23hb Februari 2017 (Khamis): Alhamdulillah, telah berlangsung program ceramah bertajuk “Keagungan Ilmu” di Surau Kolej Mara Banting, Bukit Changgang. Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail (Naib Presiden ABIM) mengisi program tersebut yang diadakan selepas solat Maghrib.
Kolej Mara Banting (KMB) mencatatkan keputusan antara yang terbaik di peringkat antarabangsa bagi program diploma dan sijil International Baccalaureate (IB) 2016 dengan purata lulus keseluruhan dicapai adalah 96.4 peratus berbanding purata lulus untuk IB dunia, 79.26 peratus.
Seramai 363 pelajar KMB sesi 2014/2016 mengikuti program IB dan lima daripada mereka berjaya mendapat 42 mata daripada 45 mata penuh.
Terdahulu, pada 20hb Februari 2017 (Isnin), telah berlangsung “Usrah Umum: ‘Human Rights’ Menurut Neraca Islam” di Edu LR 8, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Terbuka kepada semua, program ini menampilkan Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail, Naib Presiden ABIM. Turut hadir, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM. Beliau mengupas kontroversi mengenai hak asasi manusia dan agama yang sering menjadi perdebatan merentasi zaman.

Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...