Jumaat, Mac 24, 2017

INTRO EPIK KARTUN X-MEN.

INTRO EPIK KARTUN X-MEN.
Antara intro rancangan kartun yang paling berbekas di jiwa.
Pastinya Ninja Turtles, Transformers, He-Man, ThunderCats, G.I. Joe, dan Robocop, antara yang tak boleh dilupakan -- buat yang membesar pada era 90an.
Zaman terpaksa beratur panjang, menunggu orang bergayut di telefon awam. Berhimpit macam sardin dalam Bas Mini.
Main bola di padang becak, ting-ting, lastik, bola tekan, guli dan ceper tanpa kos yang tinggi.
Terimbau gelak tawa kawan-kawan. Menghiburkan.
Dapat pergi Kuala Lumpur, gembira dia macam bercuti ke luar negara.
Kita mungkin bukan dari keluarga kaya, tapi bahagia dengan apa yang ada. Keluarga, mak ayah, saudara-mara. Sahabat handai.
90an dalam kenangan....
p/s RBS: Intro anime X-Men versi Jepun tampak lebih dramatik dan epik.
#Grande #Padu

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...