#ABIM
#BantahTPPA
[SIDANG
MEDIA SEMPENA SEMAKAN KEHAKIMAN KE
ATAS PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK
(TPPA) DI ISTANA KEADILAN PUTRAJAYA]
Pada
hari ini (16 Mac 2016) adalah detik kemuncak kepada perjuangan yang dirintis
barisan pertubuhan masyarakat madani ataupun NGO yang mewakili kepentingan
rakyat Malaysia.
Semakan
kehakiman terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang difailkan
mulai 4 November 2015 akhirnya telah memberikan kemenangan secara moral kepada
negara serta rakyat yang hampir-hampir dikhianati kedaulatannya atas nama
perdagangan bebas.
Pada
23 Januari lalu, Presiden Amerika Syarikat (A.S) Ke-45, Donald J.Trump,
menandatangani arahan eksekutif untuk menamatkan pembabitan negara tersebut
dalam perjanjian tersebut yang sebenarnya turut mendapat bantahan meluas dalam
kalangan rakyat A.S sendiri, sehingga menimbulkan tekanan politik yang
menghalang ratifikasi TPPA di peringkat Kongres Amerika Syarikat .
TPPA
juga turut mendapat tentangan meluas dalam kalangan rakyat negara-negara
anggota yang lain. Sebagai contoh di negara Jepun pada tahun 2015; bekas
menteri pertanian Jepun, Masahiko Yamada bersama 1,063 pemohon (plaintif) telah
mengemukakan semakan perundangan untuk menghalang penglibatan Jepun dalam TPPA.
Kesimpulannya,
tentangan terhadap TPPA di Malaysoa adalah sebahagian daripada rangkaian
bantahan global terhadap perjanjian yang akan mencengkam kebebasan sosio-ekonomi
sejagat.
Kami
ingin merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri
Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) yang antara lain menggambarkan
bahawa kerajaan kurang berminat untuk meneruskan pembabitan negara ke dalam
TPPA tanpa komitmen Amerika Syarikat.
Kenyataan
ini seakan-akan menggambarkan persepsi sempit pihak tertentu yang mahu negara
menyertai TPPA semata-mata untuk mendapatkan “akses” ataupun “spill over”
ekonomi dari A.S.
Berdasarkan
kepada kajian terperinci terhadap butiran perjanjian ini yang dikendalikan
khususnya oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), jelas terma-terma yang
diketengahkan adalah berbentuk kompromi yang sememangnya menjejaskan
kemandirian ekonomi rakyat negara kita.
Penyataan
MITI ini juga amat disesali kerana kita terpaksa membayar harga yang sangat
mahal (RM 15 Juta) dalam bentuk kos sepanjang proses perundingan dan pengurusan
teknikal TPPA.
Tambahan
pula perjanjian ini ditandatangani secara terburu-buru tanpa membabitkan
konsultasi terbuka dengan pelbagai pihak serta stakeholder yang mewakili
kepentingan rakyat seperti dalam sektor pertanian, industri, kesihatan dan alam
sekitar.
Rangkaian
polemik yang tercetus daripada TPPA ini seharusnya menyedarkan kita bahawa
setiap rakyat Malaysia adalah stake holder utama dalam sebarang proses yang
membabitkan kepentingan negara.
Era
“government knows best” telah berakhir selari dengan perkembangan demokrasi
serta teknologi semasa.
Semakan
kehakiman ini adalah sebahagian daripada manifestasi utama keprihatinan rakyat
dan masyarakat global terhadap TPPA.
Adalah
menjadi harapan agar pihak kerajaan mengambil iktibar ini dengan lebih
berhati-hati dalam sebarang proses perundingan serta perjanjian di peringkat
antarabangsa pada masa akan datang tanpa menggadaikan maruah dan kedaulatan
negara.
Untuk
rakyat Malaysia; kami mendedikasikan usaha ini untuk kepentingan dan masa depan
anda!
Mohamad
Raimi Ab Rahim,
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).