Logo Wadah Pencerdasan
Umat (WADAH).
|
Puan Maria Kamel, aktivis
ABIM yang berjasa.
I
Kursus
Pembangunan Staf Jamaah
(WADAH-ABIM-PKPIM) Kedua (2014).
Alhamdulillah,
pada 23-25hb November 2014, Kursus Pembangunan Staf Jamaah (WADAH-ABIM-PKPIM) telah
dianjurkan di Pusat Latihan Asnaf Zakat (PLAS) Ulu Yam, Batang Kali, Selangor.
Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil
beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika
itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Fauzi Abd. Rahman (sekarang
Dato’) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah badan bukan
kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17hb Ogos
1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Cita-cita
utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah masyarakat
Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia
yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mencapai cita-cita tersebut,
ABIM telah menumpu banyak usaha membangun kerangka faham masyarakat terhadap
agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh serta mempertegaskan
prinsip-prinsip masyarakat madani di dalam segala aspek kemasyarakatan,
perundangan dan kenegaraan.
Sementara
itu, Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk
pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan
pada tahun 31hb Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya
pada 29hb September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Cita-cita
PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup
yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan
selepas zaman pelajar. Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan
perjuangan dan keperluan kepada satu pergerakan yang stabil dan bersifat jangka
panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun
1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10.
Wadah
Pencerdasan Umat (WADAH) pula ditubuhkan bagi memanfaatkan pengalaman
intelektual dan lapangan bekas aktivis ABIM. WADAH masih mengekalkan hubungan
erat dengan ABIM bagi meneruskan tradisi belia yang berperanan sebagai
jurubicara ummah. Visi Wadah ialah pemerkasaan umat yang berwibawa dan kompeten
berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah menerusi peningkatan kesedaran dan
kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu,
perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang
jelas dan tegas.
II
Pusat
Latihan Asnaf
Zakat (PLAS)
Pusat
Latihan Asnaf Zakat (PLAS) adalah salah-satu produk Lembaga Zakat Selangor (LZS)
dalam menjalankan latihan-latihan yang bersesuaian kepada golongan yang telah
didaftarkan sebagai asnaf. Bimbingan dan latihan adalah pelbagai sebagaimana
modul-modul yang telah dihasilkan oleh Akademi Zakat Selangor (AZAS).
Dengan
adanya PLAS-Ulu Yam ini, diharap ia bakal membantu AZAS dalam usahanya untuk
membuat pelbagai aktiviti ilmiah dan perkembangan kendiri asnaf, serta
kursus-kursus yang melibatkan keusahawanan di kalangan asnaf ini. Inilah yang
dikatakan sebagai konsep bantuan yang diberikan oleh LZS kepada golongan fakir
miskin, iaitu bukan saja hanya memberi ikan, tetapi memberi pancingnya sekali
untuk mengail ikan.
Projek
pembinaan pusat ini pada asalnya adalah di bawah pemantauan Majlis Agama Islam
Selangor, manakala urusetianya ialah Bahagian Pembangunan Hartanah, MAIS
(BPH-MAIS). Walau bagaimanapun, apabila Bahagian Pengurusan Hartanah, LZS
(BPH-LZS) diwujudkan ekoran komen audit yang menyatakan keperluan LZS mempunyai
bahagian teknikalnya sendiri maka, Projek ini turut diserapkan untuk di ambil
alih oleh pihak BPH-LZS sepenuhnya.
III
Selain
aktiviti riadah yang dijalankan pada waktu pagi, sesi pengenalan kepada agensi-agensi
dalam ABIM telah dijalankan oleh Pengerusi YKPJ, Encik Halimi Abdul Hamid.
Encik Baharudin Idris dan Encik Azman Mohd Salleh daripada Koperasi Belia Islam
(KBI) pula menjadi panelis dalam ‘Forum Bicara Agensi’.
Pada
hari kedua kursus, antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan berkumpulan,
di mana setiap kumpulan diminta untuk menyampaikan persembahan teater dan
nyanyian, berdasarkan tema yang diberikan seperti ‘dakwah’ dan ‘kemanusiaan’.
Selanjutnya,
mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul
Rahman telah mengupas berkenaan rumusan daripada slot-slot yang dijalankan
sepanjang kursus tersebut. Menurut beliau, “…Kefahaman tiada kebetulan dalam
hidup, syukur akan segala takdirNYA, menolong sesama insan dan ikhlas dalam
segala tindakan adalah resepi penting demi ‘survival’ sebuah perjuangan dakwah.
Nasihatku kepada para petugas sepenuh masa PKPIM, ABIM dan WADAH sebentar tadi
di Pusat Latihan Asnaf, Ulu Yam . Semoga anda menjadi pendakwah hebat dan
diredhai ALLAH SWT jua.”
Lokasi
yang indah, dan program yang bermanfaat. Kobar jiwa semangat. Padu.
--------------------------------------------
Sumber
dan rujukan:
- http://bph-lzs.blogspot.com/2010/01/update-projek-pusat-latihan-asanaf-ulu.html;
- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204385687116035&set=t.100000145627172&type=1&theater;
- https://www.facebook.com/pkpimalaysia?fref=ts;
- https://www.facebook.com/pages/Pusat-Latihan-Asnaf-Zakat-Selangor-PLAS/265231266945701.