Selasa, Ogos 19, 2014

Wakil ABIM Hadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-49 Kemerdekaan Singapura.

Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan

Mantan Presiden PKPIM.
Penolong Setiausaha 
Agung ABIM: Saudara 
Wakil ABIM Hadiri Majlis Sambutan 
Ulang Tahun ke-49 
Kemerdekaan Singapura.
Alhamdulillah, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin telah berkesempatan mewakili ABIM ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-49 Kemerdekaan Singapura. Majlis ini dijalankan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Saudara Fahmi turut diraikan oleh Tuan Yang Terutama Ong Keng Yong, Pesuruhjaya Tinggi Singapura.
Beliau mula menjawat jawatan tersebut dari 18hb Julai 2011. Terdahulu, TYT Ong Keng Yong berkhidmat selaku Setiausaha Agung Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Association of Southeast Asian Nations - ASEAN) dari 2003 hingga 2007. Beliau merupakan graduan Universiti Singapura dan Universiti Georgetown, Washington DC, Amerika Syarikat. Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur telah ditubuhkan tidak lama selepas republik tersebut memperoleh kemerdekaannya pada 9hb Ogos 1965.
Seramai kira-kira seribu orang tetamu telah diraikan, dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, menjadi tetamu kehormat dalam resepsi di hotel tersebut, dengan semangat persaudaraan kedua-dua buah negara.
Majlis dimulakan dengan para hadirin menyanyikan lagu kebangsaan negara masing-masing – “Majulah Singapura” dan “Negaraku”. Antara barisan hadirin ialah para duta, tokoh-tokoh terkemuka dari kedua-dua belah negara, serta pelajar Singapura yang menuntut di negara kita.
Antara tokoh tempatan yang hadir ialah Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Seri Michael Chong dan YB Datuk Irmohizam Ibrahim. Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok, ADUN Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, dan ADUN Kampung Tunku, YB Lau Weng San turut hadir.
Tatkala kebanyakan tetamu lelaki memakai sut dan mengenakan baju batik, tetamu wanita pula anggun dengan persalinan kebaya, cheongsam, sari dan berbaju kurung. Kedua-dua negara – Malaysia dan Singapura – berkongsi banyak makanan tradisi yang sama, dan hidangan utama pada malam tersebut ialah  char kuey teow, yang digoreng di stesen mini di dewan makan utama, bersama hidangan sate dan ais krim potong.
Kumpulan muzik klasik Singapura yang dikenali sebagai ‘T’ang String Quartet’ mempersembahkan ‘Three Folk Dances for String Quartet’ oleh Kelly Tang, lagu-lagu Melayu secara medley oleh Syafiqah Adha Sallehin, dan lagu-lagu medley Singapura oleh Yeo Chow Shern.
Terdahulu, beribu-ribu rakyat Singapura daripada segenap lapisan dan pelancong berhimpun pada Sabtu malam untuk menyaksikan acara Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura ke-49 (NDP 2014) di The Float@Marina Bay, juga dikenali sebagai Marina Bay Floating Platform. Bertemakan “Rakyat Kita, Tanah Air Kita”, acara yang diadakan memikat hati rakyat republik tersebut dengan perbarisan paling ramai peserta dan meriah dalam sejarah Singapura, di samping pertunjukan bunga api yang menakjubkan.
Presiden Tony Tan Keng Yam memeriksa perbarisan itu, dengan diiringi satu tembakan meriam sebagai penghormatan. Kenamaan lain yang hadir termasuk Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, para menteri Kabinet dan bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Semoga hubungan baik Malaysia-Singapura dapat diteruskan, atas semangat persaudaraan dan kemanusiaan. Solidariti buat keamanan serta kedamaian. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Hidup biar berjasa. Padu.
----------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. http://beritaharian.sg/setempat/warga-rai-hari-kebangsaan-spura#sthash.HJPbxthY.dpuf;
  2. http://web10.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1059198;
  3. http://www.mfa.gov.sg/content/mfa/overseasmission/kuala_lumpur/about_the_high_commission.html;
  4. https://www.facebook.com/tangquartet?fref=photo;
  5. http://lkyspp.nus.edu.sg/ips/event/lunch-with-his-excellency-ong-keng-yong;
  6. http://www.thestar.com.my/News/Community/2014/08/14/Embassy-hosts-National-Day-do-Toasts-raised-to-Singapores-prosperity-at-49th-anniversary-celebratio/;
  7. http://www.mfa.gov.sg/content/mfa/overseasmission/kuala_lumpur/about_the_high_commission.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...