Sabtu, Ogos 09, 2014

Wakil ABIM dan PKPIM di Persidangan Hari ASEAN dan Pra Konvensyen Belia ASEAN 2015.

Logo Majlis Belia Malaysia
(MBM).
Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Presiden ABIM: 
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Penolong Setiausaha 
Agung ABIM: Saudara 
 
I
Wakil ABIM dan PKPIM di Sidang Meja Bulat
Pembinaan ‘Komuniti ASEAN’
ASEAN telah ditubuhkan oleh lima buah negara pengasas iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand melalui satu perjanjian dikenali sebagai Deklarasi Bangkok yang dimeterai pada 8hb Ogos 1967. Kini, ASEAN merupakan gabungan 10 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Laos, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.
Bersempena dengan Hari ASEAN 2014, Penolong Setiausaha Agung ABIM, Saudara Ahmad Fahmi Samsuddin, telah menghadiri satu persidangan meja bulat anjuran Gerakan Kesederhanaan Global (Global Movement of Moderates - GMM); NGO-NGO Pro Hak Asasi Manusia (Society for the Promotion of Human Rights - PROHAM); Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asian Strategy & Leadership Institute - ASLI); dan Persidangan Masyarakat Sivil ASEAN/Forum Rakyat ASEAN (ASEAN Civil Society Conference/ASEAN People’s Forum - ACSC/APF).
Sidang meja bulat ini membincangkan topik ‘Hari ASEAN: Membina satu Komuniti ASEAN di atas asas hak asasi manusia, sifat ‘inklusif’ serta pembangunan yang mapan’. Program ini dianjurkan pada 8hb Ogos 2014 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat GMM, Tingkat 15, Menara Manulife, Damansara Heights, pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Persidangan ini dianjurkan bagi tujuan memberikan ruang kepada kerangka tatakelola kerajaan yang baharu dalam proses membuat keputusan di antara golongan berkepentingan (stakeholders) di ASEAN, tertutamanya di antara negara dan pertubuhan masyarakat sivil. Paling utama, ia diadakan dengan matlamat mempromosikan ‘kesederhanaan’ sebagai satu nilai dan pendekatan dalam melaksanakan urusan di rantau ini.
Moderator bagi program ini ialah Dato’ Saifuddin Abdullah (GMM) dan Datuk Denison Jayasooria (PROHAM). Antara ahli panelisnya pula ialah Tan Sri Razali Ismail (Pengerusi GMM); Datuk Kuthubul Zaman Bukhari (Pengerusi PROHAM); dan Saudara Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO), Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Institute of Democracy and Economic Affairs – IDEAS). 
Ucapan pembukaan telah diberikan oleh TS Razali Ismail. Beliau menyatakan bahawa idea masyarakat umum seharusnya direalisasikan kepada tindakan sebenar oleh para pemimpin ASEAN.
Sementelah, Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan bahawa penglibatan aktif daripada masyarakat sivil akan dapat memperkukuhkan penglibatan ASEAN dalam menangani isu berkenaan masyarakat terbanyak rantau tersebut. Hal yang demikian, para pemimpin ASEAN diseru supaya mengambil pendekatan yang lebih memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat (people centric approach) dalam menangani hal ehwal berkenaan hak asasi manusia, di mana ia mesti merangkumi pembangunan yang mapan.
Datuk Kuthubul pula menekankan bahawa ASEAN masih belum memberikan penekanan kepada isu hak asasi manusia. Justeru itu, beliau menyeru ASEAN agar tidak hanya mempromosikan hak asasi, tetapi juga memastikannya terpelihara. Beliau turut berkongsi dengan hadirin berkenaan sejarah perkembangan usaha yang dibuat oleh ASEAN dalam merealisasikan kewujudan sebuah ‘Komuniti ASEAN’.

II
Sementara itu, Koordinator Jaringan Alternatif ASEAN Burma, Saudari Debbie Stothard berkata bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan dalam isu hak asasi manusia, seperti isu penindasan masyarakat Rohingya.
Selanjutnya, Ketua Pengarah Eksekutif, ASLI, Tan Sri Dr Michael Yeoh menyentuh berkenaan ASEAN telah sekian lama sering menekankan kepada pembangunan politik dan ekonomi. Hal yang demikian, menurut beliau, ilah masanya untuk ASEAN memberikan fokus yang lebih kuat ke arah menghubungkan masyarakat agar urusan berkenaan hak asasi kemanusiaan dapat diperkukuhkan.
Saudara Yap Swee Seng, Pengarah Eksekutif, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) pula mencadangkan ASEAN supaya mengambil pendekatan konsep yang holistik berkenaan keselamatan manusia di rantau ini yang meliputi kebebasan daripada ugutan terhadap nyawa manusia, termasuklah kebuluran, penyakit, perbuatan mengetepikan (marginalisation) dan penyisihan (exclusion).
Felo Utama, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor A.K. Nathan, pula mencadangkan agar Hari ASEAN diisytiharkan sebagai cuti umum. Beliau turut mengusulkan agar Universiti ASEAN; kredit kad dan Bank ASEAN; serta passport ASEAN dihasilkan, bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat terbanyak rantau ini.
Di dalam sidang selama 4 jam ini, seramai 18 orang pakar, ahli panel dan para peserta telah mengongsikan pandangan, idea dan cadangan untuk mencari Jalan berkenaan bagaimana untuk memperkukuhkan peranan yang dimainkan oleh pertubuhan masyarakat sivil serta kerajaan di ASEAN. 

Naib Presiden PKPIM:
Saudara Mohd Syazwannuddin Bin Shaharuddin.
III
Pra Konvensyen Belia ASEAN 2015
Sementara itu, pada tanggal yang sama juga, Naib Presiden PKPIM, Saudara Mohd Syazwannuddin Bin Shaharuddin telah menyertai Pra Konvensyen Pemimpin Belia ASEAN. Dianjurkan di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur, program ini menekankan isu politik, keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya seputar ASEAN, dan telah dirasmikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar. Dengan populasi ASEAN yang kian bercambah untuk menjadi sebuah rantau yang lebih bersatu untuk Asia, banyak cabaran yang perlu dihadapi.
Program ini dianjurkan dari 7hb Ogos hingga 10hb Ogos 2014, di mana para peserta dapat mempelajari dan memahami keunikan negara masing-masing. Program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Jawatankuasa Kerjasama Belia Asia dan Kementerian Belia dan Sukan ini bertujuan untuk membina jaringan kerjasama yang lebih pintar sesama belia ASEAN.
Para delegasi diberikan peluang untuk membentangkan idea dan cadangan berkenaan pembinaan Pelan Tindakan Belia ASEAN untuk dibincangkan di Sidang Kemuncak Belia ASEAN 2015 di Kuala Lumpur tahun hadapan.

IV
Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan syarikat di ASEAN adalah perusahaan kecil dan sederhana (IKS), justeru itu, agak sukar untuk bersaing dengan syarikat multinasional. Seharusnya, suasana yang aman dalam rantau ini mampu menarik pelaburan asing bukan saja memberi manfaat kepada Malaysia, tetapi juga kepada megara-negara anggota ASEAN, sekali gus mewujudkan satu rantau yang makmur dan teguh. Justeru itu, adalah menjadi harapan kita agar kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan sesama negara berjiran ASEAN, yang menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-47 pada 8hb Ogos 2014.


Presiden Belia Malaysia (MBM).
Ketua Biro Penerangan ABIM dan Exco MBM:
IV
Festival Makanan dan Kebudayaan ASEAN 2014
Terdahulu, pada 7hb Ogos 2014, Ketua Biro Penerangan ABIM dan Exco MBM, Saudara Abu Qassim Nor Azmi, telah mewakili MBM sewaktu siaran langsung program ‘Selamat Pagi Malaysia’ (RTM 1) untuk mempromosikan Festival Makanan dan Kebudayaan ASEAN 2014 dan Rumah Terbuka Aidilfitri MBM 1435H di Taman Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur. Program ini berjalan dari pukul 8 hingga 11 malam.
Mengulas Festival Makanan dan Kebudayaan Asean anjuran MBM, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia merupakan inisiatif yang amat baik dalam menghayati gagasan Asean melalui medium makanan tradisi serta kebudayaan. Beliau turut berpandangan, penganjuran Pesta Makanan dan Kebudayaan ASEAN merupakan inisiatif yang sangat baik dalam menghayati gagasan ASEAN melalui medium makanan tradisi serta kebudayaan negara masing-masing.

V
Dalam ucaptamanya, TS Muhyiddin menyatakan bahawa Gagasan ‘ASEAN Berteraskan Rakyat’ yang bakal dilaksana Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun depan, bertujuan menjadikan rantau ini tempat tinggal yang selesa untuk semua lapisan penduduk. Ia merujuk kepada aspek seperti standard kehidupan lebih baik, tadbir urus kerajaan lebih efektif dan responsif, pengupayaan golongan wanita, pengukuhan perlindungan persekitaran serta tawaran peluang lebih baik untuk semua anggota masyarakat. 
Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin keamanan dan kestabilan akan dicapai di rantau Asia Tenggara melalui kerangka ASEAN menjelang 2020, apabila keharmonian wujud dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dan segala punca-punca konflik diselesaikan. Usaha itu boleh dilakukan dengan sikap menghormati serta mematuhi undang-undang serta melalui pengukuhan daya ketahanan nasional dan serantau.
Satu masyarakat yang bersatu juga dapat dibina di mana mereka turut berkongsi perasaan bahawa mereka mempunyai satu identiti sama dan hala tuju strategik serupa di bawah naungan satu pertubuhan serantau yang lebih kukuh dikenali ‘Komuniti ASEAN’

Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
Saudara Raimi Ab Rahim, Naib 
Presiden ABIM. Juga mantan
Presiden PKPIM.
Ketua Biro Penerangan 
ABIM, Saudara Hasnul Haniff Harun
Ketua Biro Pendidikan ABIM, 
Saudara Ahmad Saparudin Yusup



















Kemudian, pada 9hb Ogos 2014, beberapa orang pimpinan ABIM dan PKPIM seperti Saudara Jufitri Joha, Saudara Ahmad Fahmi, Saudara Raimi Ab Rahim, Saudara Hasnul Haniff Harun, dan Saudara Ahmad Saparudin Yusup telah terlibat dalam penganjuran program diskusi “Transformasi Ekonomi Belia ASEAN” ketika Bengkel Pemerkasaan Belia Asia di Kuala Lumpur.
Program yang disertai oleh para delegasi yang bertenaga dari ASEAN ini dianjurkan bersempena Pra Konvensyen Belia ASEAN 2015. Antara perkara yang dibincangkan ialah strategi untuk merealisasikan Komuniti ASEAN 2015 dengan beberapa buah pelan tindakan seperti indeks belia ASEAN, nilai-nilai belia ASEAN, projek kotak kasut untuk belia yang memerlukan, serta lain-lain lagi.  
Sesungguhnya, ia membuka peluang kepada golongan belia untuk membentangkan buah fikiran mereka, bertukar pandangan dan memberikan cadangan praktikal dalam membina Pelan Tindakan Belia ASEAN di atas 3 buah tonggak ASEAN: Komuniti Ekonomi, Komuniti Politik-Keselamatan dan Komuniti Sosio-Budaya.
Tahun depan, 2015, Malaysia akan menduduki kerusi Pengerusi ASEAN. Hal yang demikian, negara kita dijangka akan memainkan peranan yang besar dalam membentuk masa depan ASEAN. Di pentas pembangunan belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menunjukkan komitmen dan kesediaan mereka untuk menghadapi ‘KOMUNITI ASEAN 2015’ dan membantu kerajaan sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan. 

Tahniah diucapkan kepada semua jentera penggerak keikhlasan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Jawatankuasa ‘ASEAN Youth Cooperation’ (CAYC) yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Komitmen dan kesungguhan kalian amat dihargai. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Hidup biar berjasa. Hidup Malaysia kita. Padu. 
-------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...