Seorang
sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika
kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang
boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?”
Rasulullah S.A.W bersabda, “Senyum
kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang
kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi
seseorang yang tersesat juga sedekah.” (H.R. Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadith lain disebutkan bahawa
senyum itu ibadah, “Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (H.R. Tirmidzi,
Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” (Al-Tirmidzi dalam sahihnya).
Diriwayatkan daripada Jabir dalam Sahih
Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah S.A.W tidak
pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti
tersenyum kepadaku.”
nice~
BalasPadamSenyumlah, dan sebarkan salam. :)
BalasPadam