Rabu, Mac 09, 2011

Beastly.

Plot
‘Beastly’ merupakan sebuah filem romantik-khayalan yang menceritakan bagaimana untuk belajar melihat rupa luar masa silam yang hodoh, bagi membolehkan kita mengenali keindahan dalaman yang hakiki.

Filem ini adalah berdasarkan novel ‘Beastly’ karangan Alex Flinn pada 2007.

Watak Kyle Kingson (Alex Pettyfer) digambarkan sebagai mempunyai segalanya – wajah yang kacak, kebijaksanaan, kekayaan dan kelebihan. Kendati, beliau adalah seorang yang kejam dan memandang hina kepada manusia yang tidak mempunyai wajah/fizikal yang cantik atau tampan.

Beliau telah memalukan rakan sekelas yang mempunyai imej gothic, Kendra (Mary-Kate Olsen), dalam satu majlis keraian. Beliau telah menghina Kendra di hadapan khalayak, dan ini dibalas oleh Kendra dengan sihir yang menukar wajah Kyle kepada seorang yang hodoh.

Kyle akhirnya belajar untuk menghargai orang di sekelilingnya. Menghargai mereka dalam erti kata yang sebenar – berdasarkan siapa diri mereka – sesuatu yang dianggap mustahil oleh Kyle sewaktu jaman kemasyhurannya.

Filem ini dibintangi oleh Vanessa Hudgens, Alex Pettyfer, Mary Kate Olsen, Neil Patrick Harris dan Lisa Gay Hamilton.

Pandangan Che Din
Filem ini bertemakan sihir dan sumpahan, keterasingan, dan kembara mengenal diri sendiri. Tuntasnya, ia boleh dikatakan sebagai pegkisahan semula hikayat Inggeris ‘Si Cantik dan Si Hodoh’ (Beauty and the Beast).

Saya tidak begitu terkesan dengan jalan ceritanya. Cuma, saya sangat menyenangi pemandangan indah filem ini yang berlatar-belakangkan Montreal dan Quebec (Kanada).

Nota kaki :: Saya tertarik dengan tatu tulisan Jawi (bahasa Arab) pada kening Kyle Kingsbury. Kalau dibaca mengikut ejaan tulisan Rumi, pada kening kanan seolah-olah bertulis "embrace" dan "suck" (pada kening kiri).

Sementelahan, kalau dibaca mengikut ejaan tulisan Jawi, pada kening kiri seolah-olah bertulis "la 'ani" (lam ain nun ya). Pada kening kiri tidak jelas. Apa signifikannya?

Mungkinkah ada niat tertentu yang disembunyikan pengarah filem ini, Daniel Barnz?

Ada sesiapa tak yang tahu? Sebab saya teringin nak tahu.

Sumber:
• http://www.disneydreaming.com/2010/03/18/neil-patrick-harris-in-beastly-movie-image-revealed/
• http://beastly-trailer.blogspot.com/2010/02/beastly-movie-trailer.html
• http://thestarceleb.com/2009/11/24/beastly-movie-trailer/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...