Rabu, Mac 09, 2011

Sebuah rumah pusaka yang indah.



Sebuah rumah pusaka yang indah
berdiri megah di atas tanah
berteman bahagia
dan wasatiyyah

Pesan Bapak;
rumah ini rumah kita
wajib dipertahan sampai bila-bila
rukun damai jangan sengketa


Kata Ibu;
ibadah itu senjata
'tuk bunuh sifat-sifat durjana


Kata Datuk;
Kita semua menjawab kepada TUHAN
ucaplah syukur kepada TUHAN
bahawa sampai detik ini
kamu masih diberi kehidupan


Lalu teringat nasihat Nenek;
orang hidup mesti punya tujuan
banyak harta miskin ilmu
bagai rumah tidak berdinding
bagai mahligai tidak bertiang


Sebuah rumah pusaka yang indah itu
moga tidak dilupakan kerukunannya
moga saja.


Che Din,
10.50 pagi,
04 Mac 2010,
Rama Velu Associates,
Banting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...