Rabu, Mac 14, 2018

SEDIKIT TENTANG POK YA CONGCODEI.

SEDIKIT TENTANG POK YA CONGCODEI.
Menghina watak Pokya Congcodei (PYCCD) sebagai seorang yang menganggap isterinya sebagai 'sekadar tempat melepas nafsu';
Adalah antara perkara yang paling lucu saya baca dalam sejarah saya membuka akaun Facebook. Benar, naskah atau karya yang dihasilkan adalah bergantung kepada pemikiran penontonnya.
Tapi, lebih molek kiranya kita menghadam keseluruhan naskah unik ini, dan bukan hanya melihat dari satu sisi yang sempit. Banyak lagi aspek positif boleh 'dibaca' daripada karya ini.
-----------------
Paling utama, "Pok Ya Congcodei" mendidik penonton untuk lebih membuka minda -- dengan berkelana di dunia luar. Bergaul dan cuba memahami perbezaan latar dan budaya sesuatu segmen masyarakat dan tempat.
Bukan hanya menjadi jagoan dalam 'circle' sendiri. Percayalah, sehebat mana pun nama kita, belum tentu kita dikenali di tempat lain.
Jalan cerita dalam naskah ini, kebanyakannya adalah cerminan daripada realiti serta pengalaman hidup Sdr. Sabri Yunus sendiri, seorang aktivis dan seniman yang sangat berjasa kepada dunia seni tanah air.
Cuma saya terkenang kata-kata Sdr. Sabri dalam forum anjuran ABIM baru-baru ini: "Cerita saya habis dah, bila kredit akhir cerita tu habis. Yang belum habis tu dalam minda penonton saja."
Langkanya naskah ini, apabila Pak Dinsman, seorang lagi aktivis seni, menggambarkan bahawa "Sdr. Sabri telah menemui bahasa filemnya sendiri (menerusi telefilem PYCCD)."
Boleh tonton di sini:
Dan di sini:
--------------
Sungguh, jangan ingat kerana kita punya kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu bidang, maka kita tahu dan arif dalam semua perkara. Kita hanyalah hamba-NYA yang kurang serba-serbi.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Bersederhanalah -- dalam berfikir dan bertindak.
#PokyaCongcodei
.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...