SEJADAH
HIJAU YANG PANJANG.
Tadi
waktu Solat Jumaat, cuaca agak terik, dan lantai luar masjid agak panas.
Kemudian,
datang seorang hamba ALLAH, dengan gaya seperti seorang warga Indonesia. Pada
songkoknya, pada cara pemakaiannya, pada gaya percakapannya.
Nampak
letih, dengan baju macam baru balik dari tapak pembinaan.
Kemudian,
dia mengeluarkan sehelai selendang hijau dari begnya. Kain yang bersih itu,
dihamparkan untuk menjadi sejadah -- tempat sujud, di atas lantai yang panas.
Selendang
itu panjang, enam orang sujud di atasnya. Wangi, bersih dan mendamaikan.
Demikianlah,
mungkin atas keikhlasan lelaki itu, lantai yang panas tidak lagi sepanas
asalnya. Selendangnya yang bersih dan wangi, menjadikan solat lebih khusyuk dan
selesa.
.
.
.
.
.
Kawan,
berbuat baik itu tidak susah, malah ia memberi kebahagiaan dan manfaat kepada
manusia lain:
Sebanyak
atau sesedikit mana sekalipun.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan