JUARA
MOTOGP3: TAHNIAH, KHAIRUL IDHAM PAWI!
Syabas
diucapkan buat Khairul Idham Pawi, pelumba motor negara yang telah menjuarai MOTOGP
2016 ketegori Moto3 pada kejuaraan MOTUL GP di Argentina. Anak muda berumur 17 tahun
dari Kampung Gajah, Perak ini, merupakan Johan Asia Dream Cup 2014 di Litar Chang,
Thailand serta Juara Kejohanan WIRA Cub Prix Malaysia 2014.
Dari
Litar Dato’ Sagor ke Litar Termas De Rio Hondo; Khairul menampilkan prestasi
terbaik; selanjutnya menggemparkan para pengikut setia sukan permotoran di
Malaysia dan seantero dunia.
Menjelang
permulaan perlumbaan setiap pasukan dilaporkan merahsiakan pemilihan tayar
masing-masing sehingga ke detik akhir; kerana keadaan litar yang tidak cukup
kering - atau basah. Khairul Idham yang mewakili pasukan Honda Team Asia;
mendahului pesaing lain sejak awal perlumbaan -- dan berada kira-kira 20 saat
di depan.
Kejayaan
ini melayakkan lagu Negaraku berkumandang; dan Jalur Gemilang berkibar di
pentas -- buat julung kalinya dalam sejarah perlumbaan MotoGP. Khairul juga
mengelak daripada melakukan upacara tradisi ‘menyembur arak’ buat para pemenang
podium utama, selain melafazkan ‘Alhamdulillah’ ketika ditemubual oleh
pemberita.
Buat
seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin pula, jangan putus asa, teruskan
usaha. Adam yang asalnya sempat bersaing dengan Jorge Navarro untuk tempat
kedua; kemudian tergelincir dan mengalami kemalangan pada selekoh terakhir
perlumbaan -- menyaksikan kegagalan negara untuk mendapatkan kedudukan penamat
1-2 untuk Malaysia.
Namun,
sikap tidak mudah putus asa beliau membuatkan Adam bangkit dan menolak
motosikalnya, dalam keadaan letih dan kesakitan; bagi menamatkan perlumbaan pada tempat
ke-11. Sungguh, kalian berdua telah mengharumkan nama negara.
Kejayaan
yang sebenar; adalah apabila kita mampu untuk bangkit daripada sesebuah
kegagalan. Tatkala prestasi sukan negara agak suram; ada sinar juga dalam gelap
terowong. Sejarah telah tercipta; tahniah Khairul dan Adam.
Kobar
jiwa semangat; julang panji merdeka. Padu!
.