Rabu, Mac 11, 2015

ORIGINAL JERSI LIGA MALAYSIA.

Menyelam lautan bundle.
Memandangkan agak ramai Retrorians-Retrowan yang bertanyakan Admin-Admin RBS berkenaan di mana untuk mendapatkan jersi lama liga tempatan yang langka dan nadir (rare).

https://www.facebook.com/retrobolasepak?fref=ts
Kami tidak mempunyai jawapan yang muktamad. Ia membabitkan ‘passion’, ‘thrill’, ‘luck’, serta usaha keras untuk ‘menyelam’ di kedai-kedai ‘bundle’ atau bertanyakan rakan-taulan.
Di Internet (khususnya Facebook) juga sudah ramai yang menjual dan membuka ‘page Facebook’ masing-masing. Antara yang Admin syorkan ialah Grup ORIGINAL JERSI LIGA MALAYSIA.
Selain aktiviti jual-beli jersi Liga-M baru dan lama, ada juga perbincangan mengenai perkongsian maklumat serta pertanyaan berkenaan rekaan jersi, rujukan jenis cetakan jersi, ‘patch’, ‘crest’ dan sebagainya.
Selain keseronokan mengumpul jersi idaman, secara tidak langsung kita juga akan terdedah untuk menghargai sejarah lama bekas pemain serta bola sepak tempatan kita.
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Sesiapa yang berkelapangan, hadirkanlah diri ke stadium untuk menyokong pasukan masing-masing. Padu dan Grnde selamanya.

Selamat menyelam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...