Isnin, Mac 02, 2015

Mr. Os, Artis FC, dan Retro Bola Sepak.


 
 Mr. Os
Hai bola... janganlah takut dengan gigi aku...”, kata pelawak terkenal, Mohd Yusof Abdul Hamed aka Mr. Os.
Dengan jersi retro penjaga gol seperti yang pernah dipakai Mendiang Arumugam ‘Aru The Spiderman’, Mr. Os bergaya lagak seorang penjaga gawang untuk tatapan para peminatnya. Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem ‘Mr.Os’ (1987) dan ‘Ghazal Untuk Rabiah’ (1997).
Gandingan lawak beliau dan Abon berjaya menggondol pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30hb Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam.
“Are you want duriann!? Yeah! Durian dah berbunga..”
“Oh kome, deghoyan doh bebunge, (doh bebunge)
Moh kite, minang anok dare, (anok dare)
Anok dare, anok dare Bote, (dare Bote)
Teman jumpe, di Padang Tenggale. (iyee)”
ARTIS FC
Foto ini menjadi viral sejak sehari-dua ini. Dari Page FB Ronggeng sahabat M.Nasir lah, pertama kali Retro Bola Sepak (RBS) lihat di laman FB. Pasukan bola sepak yang terdiri daripada barisan pelakon, penyanyi dan pelawak.
Ada pun foto ini pernah tersiar dalam satu majalah, samada di penghujung 70an mahupun awal 80an. Kita cuba-cuba teka nama-nama mereka dalam ini yang mana barangkali ada di kalangan anda semua semua sudah kenal akan mereka ini.
Berdiri dari kiri : M. Rizal, A.K. Jailani, Zulkifli Zain, Dharma Harun Al-Rashid, M. Sani, Latiff Ibrahim dan Dahlan Zainuddin. Duduk dari kiri : R. Jaafar, Hail AmirHamid Gurkha (Abdul Hamid Ab Rahman)Yahya Sulong, dan AR Badul.
| p e r k a m u s | 
Pasukan bolasepak yang terdiri daripada artis dan insan seni negara Singapura. Mereka bernaung di bawah Persatuan Penyanyi Dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (PERKAMUS).
Mereka diurus oleh Encik Yusnor Ef (berdiri paling kiri), seorang seniman yang cukup handal menulis lirik. Kebanyakan lagu-lagu era 60an dan 70an mendapat sentuhan garapan lirik oleh beliau.
Pasukan ini dibimbing dan dilatih oleh lagenda bola sepak Singapura Dollah Kassim(berdiri tengah berbusana gelap), aktif mewakili Singapura di kancah Piala Malaysia di era 70an. Dollah Kassim dan kawan-kawannya menjuarai Piala Malaysia tahun 1977, setelah mengalahkan Pulau Pinang 3-2 di final.
Pada awal 80an, PERKAMUS ada mengadakan perlawanan persahabatan dengan barisan seniman dan artis dari Malaysia yang dikelolakan oleh Dahlan Zainuddin dan Latiff Ibrahim. Ia diadakan di Stadium Merdeka. Skuad artis Malaysia menewaskan PERKAMUS 4-0 dalam perlawanan tersebut. 
Antara pemain PERKAMUS termasuklah ‘Papa Rock’ yang juga vokalis Sweet Charityiaitu Ramli sarip, penyanyi lagu ‘Oh Fatimah’, A.Ramlie (Ramlie Ahmad)Othman Hamzah, Malek Selamat dan Seniman Wahid Satay
Manakala antara artis Malaysia pula adalah seperti A. R. Badul, D.J. Dave dan Hail Amir
* Info foto : Skuad PERKAMUS FC. Cam tidak ‘Papa Rock’ Ramli Sarip dalam foto ini?. RBS rasa Papa Rock pastinya berposisi sebagai ‘sweeper’, sambil mengarahkan rakan sepasukan sempat dia dendangkan “..Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia diambil orang”, merujuk kepada usah ‘menggentel’ bola terlalu lama, nanti bola dicuri pihak lawan.

Pasukan Bola Sepak Artis Malaysia
Nostalgia para pemain Pasukan Bola Sepak Artis Malaysia (di antaranya Hamid Gurka, Latif Ibrahim, Rafi Hussin, M. Shariff, Hanafiah Yunus, Dahlan Zainuddin, Dharma Harun Al Rashid#Dharma10 ), Raja Ismail, A.K. Jailani, M Sani dan lain-lain) menentang Pasukan Sepak Bola Artis Indonesia (di antaranya Robby Sugara, Ratno Timor, Roy Martin, Rano Karno, Dicky Zulkarnain, dan lain-lain).
Saudara Dharma, “Time ni stadium Merdeka penuh gile sampai ade yg terpakse duduk kt tangge... game ni kita MENANG cuma keputusan dia abg xbrape ingat (maybe 3-1) & abg skor sebijik... punce kemenangan sebab buat julung kalinye keeper 'cekap' Pak Hamid kita di sub kan aje... jadi xyah lah striker kene skor sampai 7 bijik nk bg seimbang katenye…”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...