Rabu, Januari 15, 2014

Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi Selangor, di SACC Mall.


Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi Selangor, di SACC Mall, Shah Alam.
Alhamdulillah, Selasa lepas, saya bersama sahabat-sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) dan Anak Selangor Fans Club (ASFC) berkesempatan menghadiri Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi Selangor, di SACC Mall, Shah Alam.
Musim 2014 dilihat sebagai musim yang penuh mencabar, dengan jadual saingan tempatan dan kelab Asia yang agak padat, serta hakikat bahawa tiada satu pun pasukan dalam Liga Super 2014 yang boleh dilabel sebagai ‘underdog’ atau pasukan belasahan.
Hal ini demikian kerana, setiap pasukan mempunyai pemain berpengalaman serta berpotensi, di samping persiapan yang mantap dibuat oleh pihak pengurusan masing-masing.
Selangor FA, pada tahun ini, memasang impian untuk menjulang dua trofi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2014. Hasrat itu dinyatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu menyaksikan reputasi The Red Giants selaku kuasa bola sepak tanah air dapat dikembalikan.

Di SACC Mall, The Red Giants mengumumkan barisan 24 pemain yang akan membawa cabaran skuad Merah Kuning sepanjang saingan liga dengan menyandarkan harapan kepada dua pemain import baru iaitu Paulo Rangel dan Andik Vermansah. Antara pemain tempatan yang dijangka menyerlah ialah Fitri (Kecik); A. Thamil Arasu; Abdul Hadi Yahya; dan Hazwan Bakeri.
Aksi sulung Selangor dijadualkan Sabtu ini, apabila bakal diuji pasukan dari pantai timur, T-Team di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya. Bersama kita martabatkan jersi serta liga tempatan Malaysia.
Viva Selangor. Padu!
_____________________________________________
Sumber dan Rujukan:
  1. http://www.karangkraf.com/sukan/the-red-giants-idam-dua-piala-1.240552;
  2. https://www.facebook.com/dalilah.hawzal?fref=ts;
  3. https://www.facebook.com/Md.Faizzz?fref=ts;
  4. https://www.facebook.com/mynurulf?viewer_id=100000145627172;
  5. https://www.facebook.com/fakri?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...