Khamis, Januari 23, 2014

Liga Super 2014: Selangor lawan T-Team, Stadium MBPJ.


Bersama Bro Al Fadli Awaludin aka Rambo aka Cabron del Mundo, yang berjuang dengan caranya yang tersendiri. Beliau merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang mengibarkan panji Jalur Gemilang di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia, ketika Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010.
Bergambar kenangan bersama Bro Fadzlie Ahmad 'Deto', orang kuat majalah Dunia Sukan. Tabik hormat buat skuad penerbitan Dunia Sukan yang memberi ruang kepada peminat sukan Malaysia menikmati bahan bacaan bercetak berkenaan sukan tanah air – khususnya bola sepak.
Bersama Bro Shahril Arsat, antara bintang Selangor era 90an yang dikenang sehingga ke hari ini. Selain menggapai kejayaan gemilang bersama The Red Giants, beliau juga pernah beraksi untuk – antara lain – MPPJ FC, Sabah dan Sarawak, selain menerima Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir ketika Piala Malaysia 2002, sewaktu menjadi ketua pasukan Sang Badak (Sabah Rhinos).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...