Ahad, Jun 30, 2013
Jumaat, Jun 28, 2013
Skuad Final Piala HMS Malaya ke-25: Singapura FA lawan Perak FA.
Skuad Final Piala HMS Malaya ke-25: Singapura FA lawan Perak FA. |
Sejarah
Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal
1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu.
Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang
melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah
ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS
Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp
Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS
Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942
hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.
Pada
tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala
Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan
Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan
diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan
dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang
menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala
Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan
sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak
Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya
menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura
sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.
Pada
tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12
pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan
buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia
iaitu Johor FC.
Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ
Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan
pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia
dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan
juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg kedua bagi mereka.
Khamis, Jun 27, 2013
Jersi langka (rare) Skuad Olimpik Atlanta 1996.
Jersi Argentina. |
Jersi Sepanyol. |
Jersi Perancis. |
Yusri Che Lah. |
Hasnizam Uzir (kini penyampai di Astro) cuba mengekang pemain Singapura. |
1995: M. Chandran, Rusdi Suparman dan Idris Karim beraksi sewaktu menentang China, ketika Kelayakan Olimpik Atlanta 1996. |
Md Noor Derus bersaing sewaktu menentang China. |
Skuad Olimpik Atlanta 1996. |
-------------------------------------------------------
Sumber:
- Akhbar New Straits Times;
- Buku ‘Gemilang: Mengharungi 50 Tahun Kecemerlangan Sukan’;
- http://www.facebook.com/mdnoor.mdderus?fref=ts;
- http://www.facebook.com/jabal.noor.9?fref=ts.
Rabu, Jun 26, 2013
Hujan rahmat.
Adakalanya,
setiap kali hujan, kita merungut. Setiap kali terik panas, kita mengeluh. Bila
terjadi jerebu, kita bersungut. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan TUHAN, baik
dalam bentuk nikmat mahupun dugaan. Bukankah ALLAH SWT menciptakan sesuatu
kejadian dengan sebab dan hikmah? Bersyukurlah...
Selasa, Jun 25, 2013
Kala hujan senja ini.
kilat
cahaya menyergah irama semesta abadi
rerumputan
yang meranggas waktu kemarau
kembali
berikhtiar tumbuh menghijau
dalam
kesempitan nafas
dalam
rimba besi kegilaan manusia
sejuta
nostalgia berloncatan, mengiringi perasaan-perasaan hiba
Apa khabar
Ramadhan?
Betapapun
berat
betapapun
dugaan
semoga
sempat ku menjengukmu.
-- Zairudin Ashrafi, 25hb Jun 2013, Bangi.
Isnin, Jun 24, 2013
Anugerah Bola Sepak Negara 1996.
Kenangan
Anugerah Bola Sepak Negara (ABSN) 1996.
Tahun
1996 dilihat sebagai tahun di mana bola sepak kebangsaan ‘bernafas’ semula selepas
tragedi ‘taufan bookie’ yang melanda bola sepak negara sekitar 1993-1995.
Dengan
kemeriahan penonton yang hadir ke stadium, penjenamaan Liga-Malaysia (Liga-M)
bersama maskot-maskot pasukan negeri, pemain import yang berkualiti serta
kejayaan menjadi Naib Juara Piala Tiger 1996 (tewas 0-1 kepada Thailand), ABSN
dilihat sebagai wadah penghargaan buat pemain-pemain tempatan yang berusaha
gigih meskipun ramai pemain berpengalaman yang digantung kerana skandal rasuah.
Ketika
ABSN berlangsung, sedikit insiden teknikal berlaku, bilamana pengacara majlis
tersilap mengumukkan Darren Stewart sebagai penerima Anugerah Pemain Import
Terbaik, sehinggakan pemain tersebut telah naik ke atas pentas dan menerima
trofi. Pemenang sebenar ialah Merzagua Abderrazak (Pulau Pinang FA).
Antara
pemain yang menerima anugerah ketika itu ialah B. Rajinikandh, Zainal Abidin
Hassan, Azman Adnan, K. Sanbagamaran, Khairul Azman Mohamed dan Che Zambil
Ahmad. Berikut adalah senarai penerima ABSN 1996:
- Pengurus Terbaik: Dato’ Aini Mohd Taib (Selangor FA);
- Jurulatih Terbaik: Ronald Smith (Sabah FA);
- Pengadil Terbaik: V K S Sinnaya (Johor FA);
- Pemain Tempatan Terbaik: Zainal Abidin Hassan (Pahang FA 1996, Selangor FA 1997);
- Pemain Import Terbaik: Merzagua Abderrazak (Pulau Pinang FA);
- Pemain Harapan Terbaik: Che zambil Ahmad (Kedah FA);
- Penyerang Terbaik: Azman Adnan (Selangor FA);
- Pemain Pertahanan Terbaik: B. Rajinikandh;
- Pemain Tengah terbaik: K. Sanbagamaran (Selangor FA);
- Penjaga Gol Terbaik: Khairul Azman Mohamed (Sabah FA);
- Tokoh Bola Sepak Negara: Dato’ Harun Idris;
- Kelab Penyokong Terbaik: Selangor Soccer Fans Club (SSFC);
- Prestasi Pasukan Remaja Terbaik: Selangor.
Tahun
1996 dilihat sebagai peluang untuk rakyat Malaysia menyaksikan kebangkitan bola
sepak tanha air. Namun, negara dikejutkan dengan peristiwa kekalahan terhadap
Laos ketika Sukan SEA 1997 di Jakarta. Laos yang telah mengkaji secara teliti
taktikal permainan Malaysia, berjaya mengunci pergerakan pemain kebangsaan,
seterusnya mengamalkan corak permainan bertahan selepas menjaringkan gol
tunggal perlawanan.
Kekecewaan ini bagaimanapun berjaya diubati seketika dengan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2007; Piala Suzuki AFF 2010; Sukan SEA 2009 dan Sukan SEA 2011. Semoga Harimau Malaya serta Liga-M bangkit semula, atas nama tanah air tercinta. Hidup Malaysia kita. Padu.
Kekecewaan ini bagaimanapun berjaya diubati seketika dengan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2007; Piala Suzuki AFF 2010; Sukan SEA 2009 dan Sukan SEA 2011. Semoga Harimau Malaya serta Liga-M bangkit semula, atas nama tanah air tercinta. Hidup Malaysia kita. Padu.
.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...