Kejuruteraan yang tiada taranya. Subhanallah.
Isnin, Jun 25, 2012
Buku “Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat”
Buku “Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat”; karya
besar terkini hasil nukilan Ustaz Siddiq Fadzil, mantan Presiden ABIM.
Bersama-sama kita hadiri majlis pelancaran dan diskusi buku ini pada malam ini,
jam 8 malam.
Butir-butir
program adalah seperti berikut:-
Tempat:
Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur;
Tarikh:
25hb Jun 2012 (Isnin);
Masa:
8 malam.
http://www.arasmega.com/
Sabtu, Jun 23, 2012
Siri Wacana ABIM Bersama Umat.
Siri “Wacana
ABIM Bersama Umat”
Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat
telah menganjurkan beberapa siri “Wacana
ABIM Bersama Umat”. Terdapat empat siri wacana kesemuanya, tatkala ABIM
Kuala Langat telah berjaya menganjurkan tiga daripadanya.
Siri wacana ini dipimpin oleh mantan Yang Dipertua (YDP) ABIM Negeri
Selangor, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Syukur, ketiga-tiga siri
wacana ini mendapat sambutan baik daripada kalangan penduduk Daerah Kuala
Langat.
i)
Siri 1 Wacana ABIM bersama Umat: “Qazaf: Menjawab Fitnah”
2hb Jun 2012: Dalam siri pertama wacana ini, Ustaz Zawawi memberikan
pencerahan kepada Jemaah Masjid Kebun Baru, Batu 10, berkenaan isu qazaf. Menurut
Ustaz Zawawi, bagi melindungi maruah individu dan memelihara hubungan antara
manusia, Islam menolak fitnah dan dakwaan liar yang dibuat di luar prosiding
perundangan tanpa saksi mencukupi. Di dalam Islam, kesalahan
Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti-bukti yang berikut iaitu ‘syahadah’
(penyaksian); ‘ikrar’ (pengakuan) dan/atau ‘yamin’ (sumpah).
ii)
Siri 2 Wacana ABIM bersama Umat: “Fahaman Syiah di Malaysia”
14hb Jun 2012: Untuk siri kedua wacana ini, Ustaz Zawawi mengupas isu
Syiah berdasarkan beberapa kitab dan buku. Antara buku yang dibedah ialah buku “Siapa
Syiah Sebenarnya?” nukilan Ustaz Abdullah Din, Timbalan YDP ABIM Negeri Kedah. Majlis
ilmu ini telah dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, 14 Jun 2012 di Masjid
Jamiul Ehsan, Sijangkang oleh ABIM Daerah Kuala Langat.
iii)
Siri 3 Wacana ABIM bersama Umat: “Watak dan Jati Diri Muslim”
22hb Jun 2012: Sewaktu sesi ketiga wacana, Ustaz Zawawi berhujah
berkenaan perlunya individu Muslim memperkasakan watak dan jati diri untuk
menjadi pejuang kemakrufan dan penentang kemungkaran. Beliau merujuk kepada karya
besar terkini mantan Presiden ABIM, Al-Fadhil Dato’ Dr Siddiq Fadzil bertajuk “Islam
dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat.” Wacana ini dianjurkan di Masjid
Al-Hidayah, Telok Panglima Garang.
ABIM
Kuala Langat turut menjual beberapa buku sepanjang siri Wacana ABIM
Bersama Umat. Antara buku yang dijual
ialah “Islam dan Melayu: Martabat Umat
dan Daulat Rakyat” (karya Ustaz Siddiq Fadzil); buku “Siapa Syiah Sebenarnya?” (nukilan Ustaz Abdullah Din, Timbalan YDP ABIM
Negeri Kedah) dan novel “Wajah Hati
Redha: Skuadron Rakyat” yang saya karangi.
|
* Semoga ada
manfaatnya program ini untuk kita semua. Bersama menegakkan kebenaran dan
memperjuang keadilan. Salam.
Selasa, Jun 19, 2012
Jumaat, Jun 15, 2012
Jaguh Tambak: Malaysia-Singapura.
Jaguh Tambak: Malaysia-Singapura
Alhamdulillah, Selasa lepas, saya berkesempatan menghadiri perlawanan
persahabatan antara skuad Harimau Malaya dan Lions. Perlawanan yang
berkesudahan Malaysia menang 2-0 ini dilangsungkan di Stadium Shah Alam,
Selangor.
Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia yang menunggu 8 tahun untuk
menewaskan Singapura dalam 12 pertemuan. Kali terakhir Harimau Malaya
menewaskan Lions ialah pada 2004, di mana kita menang 2-0. Sebelum itu, kita
tewas enam perlawanan dan seri lima kali.
Seperti mana
yang kita sedia maklum, setiap perlawanan Malaysia-Singapura bukanlah
perlawanan persahabatan biasa. Sebaliknya, ia digelar “Causeway Challenge” atau “Kejuaraan Tambak”.
Sejelasnya,
skuad Lions pernah mewarnai kancah liga bola sepak Malaysia sejak sekian lama,
sebelum menarik diri pada 1994 untuk menubuhkan liga profesionalnya sendiri.
Selepas sekian lama, akhirnya Lions kembali mewarnai Liga Super Malaysia, kali
ni dalam bentuk skuad dengan deretan bintang naturalisasi.
Ayuh, kita
imbau sekilas lalu, sejarah penyertaan dan perkembangan pasukan bola sepak
Singapura sejak era penubuhannya.
Skuad Lions dan kenangan kemeriahan kempen Piala Malaysia
Persatuan
Bola Sepak Amatur Singapura telah ditubuhkan pada 1882, sebelum dikenali
sebagai Persatuan Bola Sepak Singapura [Football
Association of Singapore (FAS)] pada 1952.
Sementelahan,
Piala HMS Malaya yang kemudiannya dikenali sebagai Piala Malaysia pada 1967,
telah mula disertai dan didominasi oleh Singapura dan skuad Selangor sejak
edisi sulungnya pada 1921. Hal yang demikian, Piala Malaysia merupakan
kejohanan bola sepak tertua di Asia.
Antara tahun 1948 dan 1966, Singapura bermain dalam 11 perlawanan akhir
(menang 7 dan tewas 4). Selepas 1967, setelah kejohanan Piala HMS Malaya
dinamakan sebagai Piala Malaysia, Singapura bermain dalam 10 perlawanan akhir
(menang 3 dan kalah 7).
Jurulatih
lagenda Singapura, mendiang Choo Seng Quee, yang mesra digelar ‘Uncle Choo’,
telah berjaya membawa Skuad Singa (The Lions) menjuarai Piala Malaysia pada tahun
1964 dan 1977.
Tahun 1966
dianggap era emas bola sepak Singapura. Skuad Lions berjaya menduduki tempat
keempat sewaktu Sukan Asia di Bangkok. Skuad ini dibintangi oleh Wilfred
Skinner, Lee Kok Seng, Rahim Omar, Majid Ariff dan Quah Kim Swee.
Pada tahun 1977,
di bawah kendalian Under Choo, Singapura telah menewaskan Pulau Pinang 3-2 di
Stadium Merdeka. Dianggap sebagai jurulatih terbaik bola sepak pasca-perang di
Singapura, Uncle Choo meninggal dunia pada 1983.
Meskipun Lions
menarik diri daripada kempen Piala Malaysia pada musim-musim 1967-1968 dan
1982-1983, kehadiran skuad tersebut senantiasa memeriahkan bola sepak kedua-dua
Negara berjiran Malaysia-Singapura.
Pada tahun 1980,
di bawah bimbingan Jita Singh, Singapura memenangi Piala Malaysia, setelah
menewaskan Selangor 2-1, di mana Fandi Ahmad menjaringkan gol kemenangan dan
memberikan isyarat bahawa era kegemilangannya sebagai pemain baru bermula.
Selanjutnya,
demam Piala Malaysia terus ‘merasuk’ penyokong tegar bola sepak Singapura,
tatkala skuad Piala Malaysia mereka dibintangi oleh deretan pemain handalan
90an seperti Fandi Ahmad (penyerang),
Sundramoorthy (sayap kanan), Lee Man Hon (sayap kiri), “Supersub” Steven Tan
(sayap kanan), David Lee (penjaga gol), Lim Tong Hai (pertahanan tengah), Terry
Patmanathan (‘sweeper’), Borhan Abu Samah (pertahanan kiri), Malek Awab (sayap/pertahanan
kanan), V. Selvaraj (pemain tengah), Nazri Nasir (pemain tengah), dan para
pemain asing seperti Alistair Edwards (penyerang), Abbas Saad (penyerang), dan
Jang Jung (‘sweeper’).
Pada tahun 1994,
Singapura membenam Skuad Tok Gajah (Pahang) 4-0 untuk memenangi Piala Malaysia
dengan menyaksikan Abbas Saad, Alistair Edwards, Fandi Ahmad dan V.
Sundramoorthy menjadi penyumbang besar kejayaan skuad tersebut.
Selepas memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ‘94, Singapura
telah menarik diri daripada kejohanan Piala Malaysia, kerana mahu mewujudkan
liga profesional mereka sendiri di Singapura.
Kendatipun, penarikan diri oleh Skuad Singa ini – selain gejala rasuah
bola sepak -- telah dilihat sebagai antara punca merudumnya sokongan dan minat
peminat bola sepak Malaysia dan Singapura untuk hadir ke stadium.
Akhirnya, skuad Lions kembali menyertai Liga Super Malaysia dan Piala
Malaysia pada 2012, tatkala skuad Harimau Muda A menyertai Liga Super
Singapura.
Fandi Ahmad: Anak Emas Singapura
Menjelang
akhir tahun 70an, Singapura menyaksikan kemunculan bintang bola sepak era
modennya iaitu Fandi Ahmad, yang ketika itu baru sahaja berusia 16 tahun.
Sewaktu perlawanan
akhir Piala Malaysia 1980, Fandi yang baru berumur 18 tahun menjaringkan gol
kemenangan sewaktu menewaskan Selangor, 2-1. Skuad Piala Malaysia Singapura
1980 dibimbing oleh jurulatih, Jita Singh.
Fandi
menjaringkan gol penting tersebut setelah berjaya melepas halangan Santokh
Singh dalam perlawanan penuh sengit di Stadium Merdeka. Selangor yang merupakan
pasukan pilihan telah ditewaskan oleh Singapura dengan disaksikan oleh 35,000
orang penonton.
Sebelumnya, Leong Kok Fann menjadikan kedudukan 1-0 menerusi
kelicikannya mencuri bola melepasi ‘Tauke’ Soh Chin Aun dan Santokh Singh. Selangor
menyamakan kedudukan menerusi tendangan padu Supermokh pada minit ke-20.
Selepas
mengembara ke Indonesia, Belanda dan Malaysia, Fandi kembali membantu skuad
Singapura memenangi Piala Malaysia terakhir mereka pada tahun 1994.
S-League dan Skim Bakat Asing
Pada tahun 1996, FAS melancarkan Liga Singapura (S-League) yang
melahirkan pemain berbakat seperti Indra Sahdan, Ahmad Latiff dan Noh Alam Shah.
Namun, jumlah penonton tegar semakin berkurang berikutan kurangnya persaingan
sengit yang memeriahkan suasana bola sepak tempatan Malaysia-Singapura.
Kemudian, di
bawah Skim Bakat Asing (‘Foreign Talent
Scheme’), FAS cuba mengkader pemain-pemain bola sepak berbakat dari
Negara-negara luar seperti Serbia, Nigeria, Brazil dan China untuk menyertai
skuad Singapura. Skim ini adalah bertujuan menaikkan mutu dan pencapaian skuad
Singapura dengan cita-cita besar untuk layak ke Piala Dunia.
Namun, dasar
ini juga membawa kepada hilangnya jatidiri skuad kebangsaan Singapura secara
perlahan-lahan dalam kalangan hati peminat bola sepaknya. Meskipun pengambilan
pemain asing ini kemudiannya turut ditiru oleh skuad Garuda (Indonesia),
Harimau Malaya masih tegar untuk mencungkil bakat muda dan menjana kejayaan
melalui pembangunan bola sepak akar umbi, dan bukannya naturalisasi.
***
Sumber:
- Majalah Arena Bola Sepak;
- http://remembersingapore.wordpress.com/2011/06/14/generations-of-local-football-heroes/;
- http://stylemestiada.wordpress.com/2011/11/17/lions-reform-draws-only-red-herrings/;
- http://uncledicko.blogspot.com/2009/05/that-unforgettable-malaysia-cup-win-in.html;
- http://www.singapedia.com.sg/entries/m/malaysia_cup.html;
- http://gforce-guru.blogspot.com/2011/07/kallang-will-roar-again-part-four.html;
- http://www.preshigh.edu.sg/teachers/laick/Singapore/Sports/Malaysia%20Cup%20memories.aspx;
- http://www.exclusinga.com/2012/06/singapore-coach-disappointed-loss/;
- http://www.themalaysiantimes.com.my/a-call-for-calm-malaysia-vs-singapore;
- http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008/11/malaysia-vs-laos.html;
- http://www.malayatigers.com/topics/skuad-kebangsaan/page/5/; dan
- http://news.daylife.com/photo/0dFLarR92D0rY?__site=daylife.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...