Terbaca status Fb seorang sahabat, berkenaan rajuk dan rusuh.
Hati jadi terusik, dan mahu bangkit.
Bertarung dengan dugaan, adalah lumrah hidup insani. Di hujung jalan perjuangan itu, kita akan ketemui syukur. In sya ALLAH.
Tanpa rajuk dan rusuh, hidup kan jadi kosong. Rajuk itu warna. Rusuh itu perjuangan.
Hidup, mesti terus. Amin.
Rabu, Disember 28, 2011
Sabtu, Disember 24, 2011
Al-Fatihah: Allahyarham Tan Sri Dr Hamid Othman
Al-Fatihah yang sekudusnya, buat Allahyarham Tan Sri Dr Hamid Othman, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada petang semalam (23 Disember 2011).
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar besar untuk negara dengan merujuk kepada beberapa sumbangan penting beliau sepanjang hayatnya. Antara sumbangan Allahyarham yang paling penting, ialah memelihara serta mengembangkan hubungan baik di antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi, yang banyak membantu menyenangkan urusan jemaah haji dari negara ini. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
Al-Fatihah.
Sumber: http://www.abim.org.my/component/content/article/6-laporan-aktiviti/317-al-fatihah-tan-sri-dr-abd-hamid-othman.html.

Berjuang, tidak boleh patah hati.
Pesan mentor saya, Cikgu Khairuddin Abas -- saya memanggilnya dengan gelaran Sir Din -- “Tak kisahlah kalau hanya empat atau lima orang yang bersama kita. Pokoknya, dalam berjuang, tidak boleh patah hati.”
Maka, dalam satu ucapan saya, terzahirlah kata-kata ini:
“Andai tiada yang menghargai usaha kita, redhakanlah. Kerana, andai esok kita mati -- kita tahu, dan ALLAH tahu – kita sudah menyumbang sesuatu dengan kudrat yang kita ada. Redha.”
“Berjuang, tidak boleh patah hati.” Takbir.

Khamis, Disember 22, 2011
Ahad, Disember 18, 2011
Malam Kebudayaan dan Alumni SAMUSKD.
Alhamdulillah, malam tadi, 17hb Disember 2011, pihak AJK Penaja Alumni dan Pelajar Tingkatan 5 SAM Unwanus Saadah Kanchong Darat (SAMUSKD) telah berjaya menganjurkan Malam Kebudayaan dan Alumni SAMUSKD.
Majlis telah berlangsung dengan jayanya di Gold Coast Morib Resort.
Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa, diserikan lagi dengan ucapan daripada Pengetua SAMUSKD, Al-Fadhil Cikgu Latif Sadli, Pengarah Program Malam Kebudayaan, Saudara Athif, Pengerusi AJK Penaja Alumni SAMUSKD (saya), dan Exco Sayap Luar Negara Alumni SAMUSKD, Saudara Izulman Telimik.
Saudara Izulman merupakan graduan University of Sydney, Australia, dan kini bertugas di Kuala Lumpur.
Antara tentatif program ialah penyerahan secara simbolik, Buku Log Senarai Kehadiran Alumni ke majlis tersebut, oleh Pengetua SAMUSKD kepada Pengerusi AJK Penaja Alumni.
Selain acara cabutan bertuah, Malam Kebudayaan tersebut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan nasyid indie yang bernaung di bawah kumpulan nasyid Brotherz, iaitu kumpulan Frenz. Ketua kumpulan nasyid tersebut, iaitu Saudara Hassanal Nasir, merupakan mantan pelajar SAMUSKD batch 2004.
Selain itu, antara yang membuat persembahan ialah kumpulan cempuling dan penampilan kugiran SAMUSKD yang terdiri daripada gabungan pelajar-pelajar SAMUSKD dan pelajar sekolah lain.
Saya masih belum menerima gambar daripada jurukamera pada malam tersebut. Jadi, hanya gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera telefon genggam sahajalah dapat yang saya sajikan (buat masa ini).
Alhamdulillah, meski sederhana, malam tersebut menjadi malam yang membahagiakan, kerana dapat bertemu dan merapatkan ukhwah sesama bekas pelajar SAMUSKD, tanpa mengira batch.
Semoga usaha ini dinilai dengan baik oleh ALLAH SWT, serta moga ada manfaatnya untuk semua, in sya ALLAH.
Juga, semoga Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SAMUSKD dapat berlangsung dengan baik pada 24hb Disember ini di Dewan SAMUSKD. Amin.
Salam.

Isnin, Disember 12, 2011
Bacaan: Novel Ali Sastro (Ruhi Hayat).
Ahmad Boestamam, pejuang. |
Pak Boes, sewaktu hari-hari akhir hayatnya. |
Pak Boes sewaktu usia mudanya. |
Ali Sastro, karya Pak Boes. |
*************
“Beda-nya jauh sekali. Seni untok masharakat memandang masharakat sa-cara keselurohan-nya, sedang universal humanism memandang manusia dalam individu2-nya.” – Ahmad Boestamam (Ali Sastro).
*************
“Ini tanda-nya masharakat kita sekarang ini pinchang. Kepinchangan masharakat ini-lah yang harus kita betulkan. Kita mesti melawan dan kita mesti menentang. Dengan kata2 dan dengan perbuatan sa-kali.” – Ahmad Boestamam (Ali Sastro).
*************
Novel Ali Sastro (Ruhi Hayat).
Citra di
atas merujuk kepada novel yang saya sayangi, karangan tokoh kemerdekaan tanah
air, Almarhum Ruhi Hayat (Pak Boestamam atau Abdullah Sani bin Raja
Kechil). Ruhi Hayat memang tiada dapat dipisahkan daripada kalangan
peminat-peminat novel. Menerusi naskah ini, beliau telah berjaya mencipta
sebuah novel yang agak berlainan sedikit coraknya dengan novel-novel yang lain. Saya paling
terkesan dengan kisah lucu: bagaimana watak Ali yang asalnya dikenali sebagai
‘Ali Sukarno’ (kerana kepetahannya berpidato); menipu para pelanggan yang mahu
membeli ubat-ubatan yang dijual oleh beliau. Ali menjual ‘ubat nyamuk’
yang dibungkus dengan kertas dan ‘pil chikam’ yang didakwa sebagai ubat sakit
perut.
Alangkah
marahnya para pelanggan beliau, bilamana mereka akhirnya mengetahui bahawa
‘ubat nyamuk’ yang dibungkus itu hanyalah sekadar kertas yang berisi tulisan
‘ubat nyamuk adalah kelambu’. Sementelah, ‘pil chikam’ yang dijual Ali
rupa-rupanya adalah tahi kambing. ‘Chikam’ adalah gabungan perkataan ‘chirit’
(tahi) dan ‘kambing’. “Ali Sastro”
mengisahkan pergolakan masyarakat yang suka hidup berpura-pura untuk mendirikan
masyarakat perseorangan. “Ali Sastro” perlu mengikuti zaman peredaran, menaruh
janggut dan misai panjang -- kemudian mengikut pula keadaan perubahan yang
terbaharu membuang misai dan janggutnya. Tetapi, menaruh rambut panjang --
Rambut The Beatles. Karya lucu berjudul “Ali Sastro” ini mempunyai
pengajaran yang sarat dan pengaruh Indonesia yang agak kuat – diterbitkan oleh
Pustaka Pendidekan Sendirian Berhad pada 1968.
* Untuk
kupasan ringkas berkenaan buku Mahasiswa Menggugat, boleh rujuk pautan ini:
Lencana Butang.
Alhamdulillah, lencana butang (button badges) Alumni Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah Kanchong Darat (Alumni SAMUSKD) telah siap.
Badges ini adalah antara cenderahati yang akan diberikan sewaktu Malam Kebudayaan dan Alumni SAMUSKD pada 17hb Disember 2011 nanti, in sya ALLAH.
Sekadar makluman, majlis akan dianjurkan di Hotel Gold Coast, Morib.
Semoga majlis tersebut memberi manfaat dan berjalan dengan lancar. Amin.

Rabu, Disember 07, 2011
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pertama Alumni SAM Unwanus Saadah Kanchong Darat (SAMUSKD)
Tarikh: 24 Disember 2011
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan SAMUSKD
Agenda Mesyuarat:
• Mesyuarat dimulakan pada jam 9.00 pagi;
• Ucapan aluan pengerusi majlis;
• Ucapan pengerusi jawatankuasa penaja Persatuan Alumni SAMUSKD;
• Ucapan perasmian oleh Penasihat dan Penaung Persatuan Alumni SAMUSKD;
• Perasmian;
• Pembubaran Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SAMUSKD;
• Perlantikan Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Alumni SAMUSKD; dan
• Ucapan penangguhan.
• Majlis bersurai.

Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...