Selasa, Jun 07, 2011

Terima kasih, Chowrasta!

Salam. :)

Alhamdulillah, saya telah selamat kembali dari Pulau Pinang dengan menaiki bas. Perjalanan yang seharusnya mengambil masa hanya kurang lebih 5 jam, menjadi lebih panjang -- 10 jam. heh.


Kesesakkan jalan raya - telahan saya mungkin kerana musim cuti sekolah - benar-benar menduga iman.

Namun, saya tetap bersyukur kerana diberikan peluang untuk memenuhi impian yang telah tertangguh sejak 4 tahun lalu, untuk melawat Bazaar Chowrasta, syurga buku terpakai.

Pembaca yang budiman boleh rujuk entri ini: Terkenang: Bazaar Chowrasta dan bau bukunya.

Apa yang lebih menarik, bukan hanya buku terpakai yang saya temui di kedai buku Chowrasta, malah, dokumen-dokumen mahkamah, poskad, setem, gambar-gambar lama, serta keratan-keratan akhbar yang punya nilai sejarah yang sangat tinggi.

Sahabat saya, Khairul aka General, membeli dua dokumen yang difailkan pada tahun 1934. Lama tu. heh. Kertasnya cukup berkualiti tinggi -- seolah-olah baru difailkan beberapa tahun yang lalu.

Kendatipun, fokus saya tetap pada Kedai Buku Chowrasta, kedai buku kesayangan saya. hehe. Banyak juga buku dan majalah lama yang saya beli.

Hampir RM100 saya belanjakan untuk tujuan tersebut.

Membazir untuk sesetengah orang, tapi, berbaloi untuk saya: kerana, bahan-bahan tersebut boleh dikatakan hampir tidak boleh didapati lagi di tempat lain.

Antara sebabnya, pastilah kerana ia tidak diterbitkan lagi.

Chowrasta merupakan tempat pertama yang saya dan sahabat saya kunjungi, sebelum berkelana sekitar bandar Pulau Pinang ( yang agak sesak tetapi menarik ).

Bangunan-bangunan warisan indah di sekitar Pulau Pinang menghilangkan rasa penat berjalan kaki yang disulami terik panas matahari. Sungguh, memang indah.

Apa-apa pun, terima kasih Chowrasta, untuk segala indah kenangan. Aku akan datang lagi!

* Nota kaki :: Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat sahabat-sahabat saya yang selamat menjadi pengantin baru bulan ini. Semoga bahagia duniawi dan ukhrawi. Amin.

Tahniah Wafi. :)

Tahniah Anwar aka Kurt Tom. :)

Tahniah Esah. :)

Salam. :)

6 ulasan:

  1. Bang,

    Nak tanya sikit. Bila kat Chowrasta adake nampak buku tentang ekonomi/politik Malaysia dan Singapura dalam tahun 60-an hingga 90-an?

    Juga, ada nampak tak buku tentang pasaran saham seperti Dynaquest dan KLSE Handbook dalam tahun 80'an and 90'an?

    Ingin pergi untuk tengok tapi jauh dari KL.

    Terima Kasih

    BalasPadam
  2. Salam. Buku politik boleh kata dah habis. Tapi,kena datang ke Chowrasta, baru tau ada stok baru yang baru sampai atau tak.

    Buku ekonomi, in sya ALLAH ada. :)

    BalasPadam
  3. Buku politik begitu laris?

    Buku ekonomi yang lama-lama tu, ada kut? Terima kasih, mesti lawat kedai buku di Chowrasta ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kerana buku politik lama mempunyai ramai pengumpul dan peminat, selain sudah tidak banyak yang diterbitkan semula. Buku ekonomi pula tidak begitu ramai pembelinya, selain pelajar dan ahli akademik.

      * Saya sudah lama tidak ke Chowrasta, tapi kali terakhir saya pergi, ada sebuah kedai yang menjual agak banyak buku ekonomi yang bersifat akademik. Selamat mencintai ilmu dan buku.

      Padam
    2. Terima kasih, bang. Tak banyak maklumat kat internet-ni tentang kedai buku Chowrasta.

      Sekarang dah tau tentangnya, hatiku terusik nak pergi lawat :)

      Padam
    3. Bereh, hehe. Jumlah kedai buku terpakai di Chowrasta dah semakin berkurang. Jadi, semoga lebih ramai pencinta buku dapat beri sokongan kepada kedai-kedai buku terpakai, seperti di Chowrasta.

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...