Rabu, Jun 02, 2010

Genderang Perang di Kota Raya: Suara Semut Api Kecil





Bong bong bong
palu tabuh-tabuhan
genderang perang di tanah merdeka

bong bong bong
berbondong-bondong, gerombolan semut api kecil
berarak menuju kota raya
melaung suara keramat
kepada manusia besar

bong bong bong
manusia besar tidak mendengar
malah memijak gerombolan semut api kecil, yang banyak di jalanan

bong bong bong
hari ini, gerombolan semut dipijak
hari esok -- kau tunggulah, manusia besar
badai kan turun mengamuk
halilintar membelah bumi
seekor kami mati, berjuta kan lahir membela kembali
dengan tangan perkasa
dengan berani kudrat penuh

bersama kuasa keramat,
gerombolan semut api kecil, yang banyak
tak gentar ditangkap, tak gentar dipijak!

bong bong bong!

2 ulasan:

  1. Salam. Macam kenal je karya ni. Hehe =D

    BalasPadam
  2. Salam alaik. :)

    Hm, "macam kenal je karya ni". Maksudnya?

    Puisi ini saya hasilkan secara spontan (dalam masa 5 minit), di Fb, sebagai menyahut cabaran sahabat saya, untuk menghasilkan puisi perjuangan daripada perkataan "bong". Juga ada saya kongsi di laman Group Kelab Bahasa dan Sastera di Fb.

    Kenapa? Ada puisi yang sama macam puisi yang ini kah? Boleh kongsi dengan saya. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...