Selasa, Disember 18, 2018

PEMBINAAN SURAU JANNATUL MA'WA DI DESA TELOK IRA/TAMAN DESA BANGAU, TEMERLOH, PAHANG





PEMBINAAN SURAU JANNATUL MA'WA
DI DESA TELOK IRA/TAMAN DESA BANGAU,
TEMERLOH, PAHANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sekalian,

Alhamdulillah, atas keizin-Nya dan segala nikmat yang telah dicurahkan oleh-Nya kepada kita, usaha pembinaan Surau Jannatul Ma’wa di Desa Telok Ira/Taman Desa Bangau telah kini sedang memasuki fasa bagi mengumpul dana kewangan untuk tujuan pembinaan tersebut.

Oleh itu, kami menyeru Tuan/Puan untuk sama-sama infak sebahagian harta untuk pembinaan surau ini sebagai satu amalan Tuan/Puan ke jalan Allah.

Insya-Allah, segala kebaikan dan infak yang diberikan akan menjadi satu “Harta” yang membawa kita ke arah Syurga pada masa kelak.

Dipetik firman-firman Allah S.W.T dan Hadith-Hadith, kelebihan bersedekah adalah seperti berikut:-

Dalil Al-Quran:
Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah, 2: 261)

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Quran surah Al-Baqarah, 2: 274)

Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah . Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (surah Al-Baqarah, 2: 276)

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. (Al-Munafiquun: 10)

Dalil Hadith:

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya. (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Maklumat Akaun Bank Surau Jannatul Ma’wa adalah seperti berikut:-
NAMA : SURAU JANNATUL MA’WA DESA TELOK IRA
BANK  : BANK RAKYAT
NO AKAUN  : 1101 0100 6334

Kami mohon agar pihak Tuan/Puan dapat menyerahkan slip deposit wang infak/wakaf tersebut kepada kami berserta nama penuh ke EMAIL : jalinankomunitidti@gmail.com atau fb messenger : Desa Telok Ira atau fb messenger Page : Laman Jalinan Komuniti Desa Telok Ira bagi tujuan rekod pemfailan surau dan pengisuan resit infak/wakaf kepada Tuan/Puan.

Kami doakan segala kebaikan Tuan/Puan sekalian akan diganjari dengan segala nikmat kebaikan oleh Allah S.W.T kerana membantu pihak Surau Jannatul Ma’wa merealisasikan pembangunan satu rumah Allah di atas muka bumi ini.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, Oktober 26, 2018

LAMA ITU MAHAL; TUA ITU EMAS.


LAMA ITU MAHAL; TUA ITU EMAS.
Yang patah tak tumbuh, yang hilang tak berganti...
Moga dalam kita mencipta sejarah baru, ada yang sudi menoleh sejarah -- kisah retro yang menjadi batu asas apa jua kejayaan kita; pada hari ini.
Selamat berjuang dan maju jaya buat skuad Terengganu FC 1 dan Perak FA, dalam Final Piala Malaysia 2018.
Kejor Yob Kejor; Peteh Ganu Peteh. Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Bangkit.

Khamis, September 13, 2018

PATIN GUEST HOUSE / HOMESTAY @ TEMERLOH



PATIN GUEST HOUSE / HOMESTAY @ TEMERLOH

Salam.
Anda mencari rumah inap berdekatan Hospital Temerloh atau di sekitar Temerloh, Pahang?
Siapa yang tak kenal dengan Daerah Temerloh, Pahang, kan? Bukan saja tersohor dengan lauk patin tempoyaknya yang mengiurkan, kawasan ini juga mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi, khususnya ketika percutian sekeluarga atau bersama teman-teman.
Pastinya, antara masalah yang dihadapi bila bercuti, adalah untuk mencari tempat penginapan yang kemas, bersih apalagi selesa untuk keluarga kita.
Kepada yang nak bercuti atau berehat di Temerloh, jangan risau, PATIN GUEST HOUSE / HOMESTAY @ TEMERLOH menyediakan rumah penginapan terbaik untuk anda. Terletak di NO. 10, JALAN DTI 1/1, DESA TELOK IRA, 28000 TEMERLOH, PAHANG, kediaman yang selesa ini terletak berhampiran Hospital Temerloh.
PATIN GUEST HOUSE / HOMESTAY @ TEMERLOH menawarkan penginapan dengan dapur dengan jarak yang terletak hanya 500 meter dari Hospital Temerloh serta mudah untuk ditemui (berhampiran Bandar Temerloh), kerana hanya perlu masuk dari jalan besar -- dari Temerloh ke Kuantan (Jalan Dalam). Ia juga menawarkan internet WiFi secara percuma!
Selain kawasan perumahan yang berpengawal keselamatan dan berpagar; rumah ini juga berdekatan dengan kedai runcit, 7 Eleven, farmasi, serta jalan besar. Sesuai untuk didiami seisi keluarga, rumah ini juga berdekatan dengan Gunung Senyum dan Sungai Pahang. Paling utama, ikan-ikan Sungai Pahang seperti Patin, Talapia dan lain-lain juga mudah didapati -- samada ikan segar atau sudah dimasak di restoran yang terkenal.
Lebih menarik, PATIN GUEST HOUSE / HOMESTAY @ TEMERLOH kini menawarkan HARGA PROMOSI PEMBUKAAN dalam BULAN SEPTEMBER serendah RM160/malam sahaja. Sangat berbaloi, bukan?
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, mudah saja. Boleh whatsapp/mesej “BOOKING PGH SEPTEMBER” ke nombor telefon:
(+60) 013 222 1275
(+60) 013 222 1275
(+60) 013 222 1275
Jom, kita singgah ke PATIN GUEST HOUSE / HOMESTAY @ TEMERLOH. Rumah selesa, percutian yang ceria, keluarga pun bahagia. Tunggu apa lagi, tempahlah!
:)
Melawat gajah-gajah yang dijaga di Pusat Konservasi
Gajah Kebangsaan Malaysia, Kuala Gandah
Lanchang Pahang
Taman Tema Air Kubang
Gajah di Temerloh
Malam Sabtu menjanjikan pasar
malam di Paya Pulai, Temerloh Pahang.
Memancing di Desa Telok Ira
(kawasan perumahan Patin Guest House)
Sebahagian Bandar Lama Temerloh
Restoran Patin Kancil di
Bangau Tanjung
Sarapan pagi di warung sambil melayan
air Sungai Pahang menghilir ke Kuala
Pahang memang syok!
Petang-petang ngeteh di sini,
tempat makan menghadap sungai.
Hogoh De Coco @ Paya Pulai,
Temerloh
Restoran Selera Kampung (Patin, Talapia
dan makanan masakan Melayu
Pahang disajikan
Restoran S.Z Rahmah
-Masakan Ikan Patin yang terbaik di Temerloh
Restoran Patin Pak Usop di Medan
Selera Bandar Temerloh
Restoran Patin Go’Bang Maju
Esplanade Temerloh
Nama Temerloh, yang ikonik.

----------------------------------------------------------
Patin Guest House @ Temerloh, Pahang (Near Temerloh Hospital).
Promotion Price per night is opened for September, 2018 at RM 160/night only!
Kindly book your date to stay.
.
.
For any request or further inquiry, please send your message or whatsapp "BOOKING PGH SEPTEMBER" to us at:
(+60) 013 222 1275
(+60) 013 222 1275
(+60) 013 222 1275
.
.
ATTRACTIONS:
  • Guarded and Gated Housing Area (Quiet, Peace and Safe Place);
  • Easy Access from the main road of Temerloh-Kuantan;
  • Near Temerloh Town and local attractions;
  • Free Unifi Wifi is available;
  • Near local amenities i.e restaurants, groceries (7eleven), main road;
  • Near Hospital Temerloh;
  • Friendly Family House;
  • Patin, Tilapia and other River Fish can be found easily in fresh or best-cooked in the prominent restaurant;
  • Near Senyum Hill (Gunung Senyum);
  • Pahang River (etok season is coming soon).

.
.
:)

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...