PEMBINAAN SURAU JANNATUL MA'WA
DI DESA TELOK IRA/TAMAN DESA
BANGAU,
TEMERLOH, PAHANG
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera sekalian,
Alhamdulillah, atas keizin-Nya
dan segala nikmat yang telah dicurahkan oleh-Nya kepada kita, usaha pembinaan
Surau Jannatul Ma’wa di Desa Telok Ira/Taman Desa Bangau telah kini sedang
memasuki fasa bagi mengumpul dana kewangan untuk tujuan pembinaan tersebut.
Oleh itu, kami menyeru
Tuan/Puan untuk sama-sama infak sebahagian harta untuk pembinaan surau ini
sebagai satu amalan Tuan/Puan ke jalan Allah.
Insya-Allah, segala kebaikan
dan infak yang diberikan akan menjadi satu “Harta” yang membawa kita ke arah Syurga
pada masa kelak.
Dipetik firman-firman Allah
S.W.T dan Hadith-Hadith, kelebihan bersedekah adalah seperti berikut:-
Dalil Al-Quran:
Bandingan
(sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama
seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai
itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah, 2: 261)
Orang-orang
yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan
terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada
kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Quran surah Al-Baqarah, 2: 274)
Allah
memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah . Dan Allah tidak menyukai setiap
orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.
(surah Al-Baqarah, 2: 276)
Dan
belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia (
pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya
jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat
bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh.
(Al-Munafiquun: 10)
Dalil Hadith:
Dari
Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah
seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan
teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur
dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Hadith Riwayat
Bukhari)
Daripada
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan
kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan
Allah mengangkatnya. (Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Maklumat Akaun Bank Surau
Jannatul Ma’wa adalah seperti berikut:-
NAMA : SURAU JANNATUL MA’WA
DESA TELOK IRA
BANK : BANK RAKYAT
NO AKAUN : 1101 0100 6334
Kami mohon agar pihak
Tuan/Puan dapat menyerahkan slip deposit wang infak/wakaf tersebut kepada kami
berserta nama penuh ke EMAIL : jalinankomunitidti@gmail.com atau fb messenger :
Desa Telok Ira atau fb messenger Page : Laman Jalinan Komuniti Desa Telok Ira
bagi tujuan rekod pemfailan surau dan pengisuan resit infak/wakaf kepada
Tuan/Puan.
Kami doakan segala kebaikan
Tuan/Puan sekalian akan diganjari dengan segala nikmat kebaikan oleh Allah
S.W.T kerana membantu pihak Surau Jannatul Ma’wa merealisasikan pembangunan
satu rumah Allah di atas muka bumi ini.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan