JALAN
NAN JAUH.
Penyokong
sudah berikan komitmen, datang dari sekalian pelusuk negara, turun ke stadium
dan membelanjakan wang untuk membeli tiket.
Hujung-hujung
bulan, RM30 belum campur duit minyak dan tol -- belum campur komitmen lain;
mungkin dipandang sebagai isu remeh oleh pihak lain.
Kekecewaan
terbesar adalah kegagalan skuad kebangsaan mengekalkan fokus serta disiplin.
Pemain
seharusnya dipilih berdasarkan minit permainan.
Terima
kasih Akhyar Rashid -- kerana menzahirkan potensi dan harapan.
Perjalanan
kita masih jauh.
178
(2-2) 189.
-----------------------------------------
KELAS ‘A’.
Saya setuju jika ada yang pertikai soal
penyusunan jadual semasa Liga-M.
Tapi, adalah tidak tepat untuk kita memperlekeh
lawan seperti Bhutan atau Mongolia.
Selagimana perlawanan itu berkelas 'A'; ia pasti
akan ada kesan pada ranking negara -- sepelik mana pun nama negara yang kita
hadapi.
Percayalah Tuan-tuan, sebagaimana kita
mentertawakan penjaga gawang Bhutan tadi; demikianlah juga pandangan negara
besar lain yang melihat aksi kita yang terdahulu.
Kenapa penyokong kecewa bila seri dengan
Mongolia, tetapi senang bila kalah dengan Lubnan tempoh hari?
Jawapannya ada; pada 'gameplay' serta komitmen
yang dizahirkan pemain di atas padang.
Tahniah dan terima kasih buat sekalian pemain
yang memberikan sepenuh raga jiwa. Demi maruah negara yang tercinta.
Selamanya, Harimau Malaya.