Jumaat, Mac 24, 2017

SEKILAS: MAJLIS MENGHADAM UCAPAN DASAR PRESIDEN (MUDA) DI KUBANG KERIAN.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SEKILAS: MAJLIS MENGHADAM UCAPAN DASAR
PRESIDEN (MUDA) DAN MUKTAMAR ABIM DAERAH 
DI KUBANG KERIAN.
19hb Mac 2017 (Ahad): Alhamdulillah, telah diadakan Majlis Menghadam Ucapan Dasar Presiden (MUDA) dan Muktamar Selari ABIM Daerah bagi tahun 2017 di Pusat Tahfiz dan Latihan Belia Islam ABIM Al-Huda, Kampung Huda, Kubang Kerian, Kelantan.
Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung (SUA) ABIM Pusat, hadir mengisi sesi MUDA kali ini. Beliau turut mengadakan pertemuan bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Muhamad Mustafa, bekas Timbalan Presiden ABIM dan YDP ABIM Kelantan yang pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit serta Ahli Parlimen Peringat.
Turut dijalankan, kempen #AkuAhliABIM yang telah digerakkan sejak Muktamar ABIM Pusat pada 30hb Oktober 2016 (Ahad) lepas.
Buletin PANJI yang baru siap dicetak oleh ABIM Pusat turut diedarkan ketika program ini.
Selain pendaftaran ahli baru ABIM, program ini diadakan seiring dengan Kursus Latihan dalam Perkhidmatan Guru TASKI ABIM Kelantan bermula 17-20 Mac 2017.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.


21 MAC: ABIM UCAP SELAMAT HARI PUISI SEDUNIA 2017!

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
#Haripuisisedunia #Worldpoetryday #2017 #MerayakanPuisi
21 MAC: ABIM UCAP SELAMAT HARI PUISI SEDUNIA 2017!
Ingatkan kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka.
-- Usman Awang (1949)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan Selamat Hari Puisi Sedunia buat seluruh warga penyair, pujangga, pemuisi, dan pencinta sastera-budaya seluruh dunia.
Tanggal 21hb Mac telah ditetapkan oleh UNESCO sebagai Hari Puisi Sedunia, untuk meraikan pembacaan, penulisan, dan penerbitan puisi di seluruh dunia.
Peringatan Hari Puisi Dunia telah diraikan buat pertama kali pada tahun 2000. 21hb Mac juga dirayakan sebagai Hari Penghapusan Diskriminasi Ras (perkauman).
Dengan bahasa yang puitis yang berteraskan harapan dan kebiasaannya menentang ketidakadilan sosial, sewajarnya puisi menjadi simbol kreativiti manusia yang menyumbang kepada peningkatan jiwa nasionalisme, kemanusiaan, kekuatan, kesedaran diri, solidariti, kekeluargaan, muhibah, perdamaian, persaudaraan, dan lain-lain.
Penyair akan pergi, tapi puisi tak akan mati. Manusia meninggalkan budi, penyair meninggalkan puisi.
Selamat #merayakanpuisi!
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.


INTRO EPIK KARTUN X-MEN.

INTRO EPIK KARTUN X-MEN.
Antara intro rancangan kartun yang paling berbekas di jiwa.
Pastinya Ninja Turtles, Transformers, He-Man, ThunderCats, G.I. Joe, dan Robocop, antara yang tak boleh dilupakan -- buat yang membesar pada era 90an.
Zaman terpaksa beratur panjang, menunggu orang bergayut di telefon awam. Berhimpit macam sardin dalam Bas Mini.
Main bola di padang becak, ting-ting, lastik, bola tekan, guli dan ceper tanpa kos yang tinggi.
Terimbau gelak tawa kawan-kawan. Menghiburkan.
Dapat pergi Kuala Lumpur, gembira dia macam bercuti ke luar negara.
Kita mungkin bukan dari keluarga kaya, tapi bahagia dengan apa yang ada. Keluarga, mak ayah, saudara-mara. Sahabat handai.
90an dalam kenangan....
p/s RBS: Intro anime X-Men versi Jepun tampak lebih dramatik dan epik.
#Grande #Padu

.

NICKY & ROZI.

NICKY & ROZI.
“Nicky, Rozie jangan ambil hati
terima nasihat dari kami
KU2 di sini yeyeyeye...
Nicky, pulanglah sayang
Rozie, pulanglah sayang
pulanglah ke asalmu....”
KU2 dalam kenangan....
#Grande #Padu
.

P. RAMLEE DALAM KENANGAN.

P. RAMLEE DALAM KENANGAN.
Tan Sri P. Ramlee, ketika tahun-tahun terakhir usianya, menunggu sepi di kantin Angkasapuri. Menanti isteri tersayang, Puan Sri Saloma menjalani rakaman di sana.
P. Ramlee, tokoh seni-budaya yang kita julang melangit tinggi, dipandang sunyi ketika hujung kerjayanya.
Ketika festival filem Asia, tiada kerusi disediakan untuknya. Aziz Sattar, sahabat ikrab yang mewakili Singapura pun menawarkan tempat. Tatkala para pelakon popular dari Jepun dan lain-lain negara; berebut-rebut mahu bergambar dengannya -- P. Ramlee.
Kesatuan seniman yang dibinanya dirampas orang. Permohonan dana untuk membuat filem berwarna ditolak.
Dibaling sampah dan kerusi, diejek ketika membuat persembahan di atas pentas. Kerana berpegang kepada prinsip, mempertahankan karyanya yang kurang mengikut arus ketika itu.
Filemnya tidak laku di pawagam, lagunya kurang dimainkan di corong radio. Terpaksa menyewa kedai mahjung dan membuat persembahan kecil-kecilan di kenduri-kendara.
Roda kehidupan yang menduga. P. Ramlee, ketika hujung hayat kerjayanya, dipandang sepi. Sekiranya Almarhum masih ada, adakah kita akan menghargainya -- seperti hari ini?
Buka minda, ubah mentaliti, jernihkan sanubari.
Selamat pulang ke kampung asal, sang pujangga yang bijak bestari. Yang tak pernah gagal menghiburkan kami dengan naskahmu, sehingga ke hari ini. Kami akan menyusulimu. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Al-Fatihah sekudusnya.
#Grande #Padu
.

Khamis, Mac 09, 2017

Storia de un grande amore.

Storia de un grande amore.
Forza Juve!

Anak didik Van Gaal dan Robson.

Anak didik Van Gaal dan Robson. Kemudiannya mengemudi sebagai mentor.
Merancang penuh taktikal. Mencurah pelbagai strategi.
Dari Barca ke pentas dunia; bangkit merencana makna bola sepak sebenar.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...