Jumaat, April 01, 2016

CHRISTIANO RONALDO PAMER SOLIDARITI BUAT PELARIAN SYRIA!!!


CHRISTIANO RONALDO PAMER SOLIDARITI BUAT PELARIAN SYRIA!!! 
Bintang bola sepak Real Madrid dan Portugal yang juga selebriti antarabangsa, Christiano Ronaldo bersama anak beliau, Cristiano Ronaldo Junior memegang gambar anak Syria, Ayman (bukan nama sebenar), sebagai tanda solidariti terhadap penderitaan rakyat serta pelarian Syria.
Ayman yang sangat meminati bola sepak, kini menjadi pelarian bersama keluarganya di Kem Za’tari, Jordan. Beliau sangat berharap agar dapat bermain di atas padang rumput sebenar satu hari nanti.
Ayman, 5 tahun, lahir di sebuah hospital tentera ketika konflik peperangan di Syria mula tercetus pada 2011. Trauma perang menyebabkan Ayman sangat sukar untuk bertutur dan bercakap seperti kanak-kanak lain.
Artikel lanjut di sini:
Terdahulu, hero kecil dari Palestin, Ahmed Dawabsheh dipertemukan bersama bintang-bintang Real Madrid di Bernabeu, kelmarin.
Seluruh ahli keluarga Dawabsheh telah dibakar hidup-hidup, oleh tentera Israel pada Julai tahun lepas, dan Dawabsheh satu-satunya yang terselamat. Rejim Zionis pula mendakwa bahawa jenayah kejam tersebut dilakukan oleh ekstremis dari kalangan penceroboh Yahudi.
Pertemuan ini dijayakan hasil usaha keras pengendali Madrid yang juga legenda bola sepak, Yazid Zinedine Zidane yang popular dengan gelaran ‘Zizou’. Dengan memakai jersi Madrid bernombor 7, Ahmed dibawa bertemu dengan Christiano Ronaldo dan bintang dunia seperti Gareth Bale, Pepe, Marcelo dan lain-lain.
Hasbunallah wanikmal wakil!
Menyumbanglah seikhlas hati anda... walau RM5 mahupun RM10....
Silakan, bersama kami, sebarkan, sumbangkan, infaqkan, sampaikan, kongsikan. Apa jua yang termampu dari kita.
====================
Sumbangan atas talian :
====================
ATAU
===============================
Sumbangan/deposit ke akaun berikut :
===============================
MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA
Bank Islam : 14-210-01-000988-2
ATAU
SALAM SURIAH RESOURCES
Maybank : 5645-5733-8496
CIMB : 8602041215
Bank Islam : 12-113-01-005343-3
=====================
Maklumat Perhubungan :
=====================
Email : donation.mllfs@gmail.com
No. Tel : +603-41416732 / 012-2409173
Demi Syria, Untuk Ummah.
#5yriaNeedsYou #5YearsOfRevolution #With5yria
#SaveTheChildrenOfSyria #Pray4Syria
#SebarkanSalam #SebarkanSenyuman #IslamItuDamai
#EkstremismeMusuhSemuaKeyakinan
#SignificantChannel_ImpactfulContribution
.

Rabu, Mac 23, 2016

MANGSA REJIM ZIONIS DIBAWA BERTEMU CHRISTIANO RONALDO DAN BINTANG REAL MADRID.

MANGSA REJIM ZIONIS DIBAWA BERTEMU CHRISTIANO RONALDO DAN BINTANG REAL MADRID.
Alhamdulillah, hero kecil dari Palestin, Ahmed Dawabsheh dipertemukan bersama bintang-bintang Real Madrid di Bernabeu, kelmarin.
Seluruh ahli keluarga Dawabsheh telah dibakar hidup-hidup, oleh tentera Israel pada Julai tahun lepas, dan Dawabsheh satu-satunya yang terselamat.
Rejim Zionis pula mendakwa bahawa jenayah kejam tersebut dilakukan oleh ekstremis dari kalangan penceroboh Yahudi.
Pertemuan ini dijayakan hasil usaha keras pengendali Madrid yang juga legenda bola sepak, Yazid Zinedine Zidane yang popular dengan gelaran ‘Zizou’.
Dengan memakai jersi Madrid bernombor 7, Ahmed dibawa bertemu dengan Christiano Ronaldo dan bintang dunia seperti Gareth Bale, Pepe, Marcelo dan lain-lain.
Semoga kebahagiaan ini dapat mengurangkan sedikit kesedihan Adik Ahmed.
Hasbunallah wanikmal wakil!
.

Pemain Import Contoh.




Pemain Import Contoh.
Apabila tiba di Alor Setar, saya suka semuanya di sini. Dan yang paling penting ialah bagaimana umat Islam di sini dapat beribadah dengan selesa dan banyak masjid.
ALLAH SWT telah membawa saya ke Kedah untuk mencari rezeki di sini; sehingga kami menjuarai Liga Premier musim lalu.”
-- Liridon Krasniqi.
**************************
Antara pemain import contoh.
Jiwa bola sejati.
Tidak mudah lupa diri.
Grande!

.

Buatan Malaysia.

Buatan Malaysia.
Bila terdengar seruan semangat
pertahankan tanah keramat
berjuanglah kerana kau:
Buatan Malaysia.

Cause we’re all proud,
that we were Made In Malaysia.

.

Memilih Untuk Perubahan.


SEDIKIT TENTANG MENTALITI.
...Kita bukan tinggal di Amerika Syarikat sebab rakyat Malaysia belum bersedia dengan konsep ‘Stand-up Comedy’.
Itu memang realitinya, cuma ada orang tidak mahu berubah dan ada pula yang nak perubahan.
Saya pilih untuk lakukan perubahan.”
Tuan-Tuan, ya, dalam berlawak -- kita juga boleh mendidik serta menyelitkan pengajaran.
Maju terus, Rayza MukMin.
Padu!
.

DOA UNTUK TURKI; DOA BUAT ANKARA.

DOA UNTUK TURKI; DOA BUAT ANKARA.
Seperti yang kita sedia maklum, letupan bom telah mengegarkan Bandar Kizilay, ibu kota Ankara serta Istanbul, di Turki.
Ramai yang terkorban, apa lagi tercedera.
Turki merupakan negara yang menempatkan paling ramai pelarian Syria di dunia.
Bersama kita doakan kesejahteraan kita semua. Turki, Malaysia, Syria, Palestin dan dunia -- kita semua bersaudara.
Salam takziah dari kami di Malaysia.
Bertabahlah, Turki.
.







Jumaat, Mac 18, 2016

Alhamdulillah, atas segalanya.

Alhamdulillah, atas segalanya.
Terima kasih, buat isteri tersayang, Nur ‘Aliaa yang banyak memberi sokongan serta kasih sayang.
Syukur ke hadrat ILLAHI, atas nikmat usia yang bertambah.
Semakin lanjut usia, semakin dekat kematian bersama kita semua.
Semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan kita.
Amin dan in sya ALLAH.
:)
.



Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...