PILIHAN
RAYA; PILIHAN SAYA.
Dalam
PRU, kekal atau ubah, akhirnya idea utama adalah untuk mewujudkan suasana
pentadbiran yang telus dengan tatakelola yang baik. Sebagaimana sebeleum ini di
Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak, rakyat sendiri
dapat membuat penilaian serta perbandingan terhadap prestasi kerajaan negeri
yang memerintah ketika itu.
Air
percuma, BR1M, pemansuhan tol, cuti 16 September adalah antara contoh kecil
bagaimana undi kita memberi impak kepada dasar sesebuah kerajaan negeri dan
pusat.
Parti
yang sedang atau telah kalah, akan cuba memberi serta menjanjikan yang lebih
baik berbanding kerajaan sedia ada. Selain menjadi penyemak dan pengimbang yang
baik, kemunculan kerajaan dan pembangkang yang berkualiti akan melahirkan
kepemimpinan yang berwibawa.
--------------------------------------------------
Parti
politik bukanlah akidah. Kita raikanlah demokrasi, selain kesederhanaan dan
keadilan dalam beragama serta kehidupan. Jauhi politik ekstrem seperti
kafir-mengkafiri serta ketaksuban melampau.
Sebab
itu dalam berpolitik, kita jangan sampai putus saudara. Demikianlah, tiada
kawan dan musuh yang kekal dalam politik. Hari ini dia dipuja, esok lusa
mungkin dihina. Hari ini dia musuh kita, boleh jadi akan datang menjadi sahabat
paling ikrab dengan jiwa.
--------------------------------------------------
Akhirnya,
yang kekal hanyalah iltizam untuk menang dan merasai perubahan; atau keselesaan
untuk kekal pada keadaan sedia ada. PRU adalah pesta meraikan demokrasi, bukan
permusuhan abadi. Buka minda; rangkul keharmonian. Sebarkan salam.