Selasa, Februari 02, 2016

OLA BOLA: DARI PUSAT HIBORAN HUA HEE KE ARENA STADIUM MERDEKA.

Aksi dan gelagat Haji Hasbullah ketika 
era awalnya selaku pengulas sukan. Beliau yang 
berkacamata tampak segak mengulas perlawanan Piala 
Malaysia 1988 antara Selangor 
dan Kuala Lumpur. 
Haji Hasbullah berehat seketika ketika 
bertugas di Seoul, Korea Selatan, ketika 
rakaman Sukan Olimpik di sana. 
Antara gambar terakhir Dato’ Hasbullah, 
yang diambil oleh Saudara 
Zachki Ahmad Suri yang juga 
pengulas sukan TV.

Walau dunia menjadi gelap gelita
Pegang dengan penuh percaya
Kepada mimpi kita
Suara harapan jadikan ia pelita
Semaikan erti cahaya
Kepada nilai cinta.”
-- Zee Avi (Arena Cahaya).
OLA BOLA: DARI PUSAT HIBORAN HUA HEE KE ARENA STADIUM MERDEKA.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu karya yang mengangkat tema sukan; akhirnya “Ola Bola” tiba juga. Bagai terbayang kelibat jaguh-jaguh bola Malaysia; beraksi penuh semangat,buat pasukan yang mereka wakili.
Digarap berdasarkan inspirasi beberapa peristiwa monumental bola negara; filem ini tidak hanya berlegar seputar keyakinan pemain negara -- untuk layak ke Olimpik Moscow 1980.
Ia menyusur jauh ke dalam jiwa penonton; menerusi harapan adik-adik Muthu; harapan Rahman dan anak kembarnya; impian keluarga Tauke;  impian Chai serta seluruh rakyat negara kita.
Sungguh, Ola Bola bukan sekadar tentang bola.
Ola Bola adalah cerita tentang keyakinan dan kepercayaan. Tentang jati diri serta jiwa Malaysia yang mapan. Kerana kita mungkin punya warna kulit yang berbeda; tapi kita menyanyikan lagu yang sama.
Terima kasih kepada pihak produksi; kerana sudi meletakkan kredit pada akhir filem ini, serta melibatkan Retro Bola Sepak sebagai antara penyumbang kecil -- kepada karya besar ini.
Bak kata Ali, “Kita menang sama-sama; kita kalah pun sama-sama.”
Ayuh; kobar jiwa semangat. Julang panji merdeka. Padu dan Grande; selamanya.
* Nantikan ulasan ringkas Ola Bola dari Admin-Admin RBS yang lain juga.
.



4 ulasan:

  1. Boleh kata che din.. filem ini tak hampakan semua masyarakat,saya bangga kejayaan skuad national walaupun saya tidak lahir sblm olimpik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.

      Benar, ada mesej dan manfaat besar filem ini -- dalam mendidik serta menyuburkan nilai patriotisme menerusi sukan serta semangat kekeluargaan - perpaduan.

      Semoga lebih banyak karya bermutu dapat diterbitkan kelak.

      :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...