Jumaat, Mac 09, 2012

Buku ‘Mahasiswa Menggugat’: Satu Magnum Opus.


Latar belakang penulis

Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohamad Abu Bakar (Prof Mohamad Abu Bakar) dilahirkan di Marang, Terengganu. Merupakan lulusan B.A, Universiti Malaya dan M.A, Lancaster University (UK), beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Luar Negeri, dari 01/01/1971 sehingga 15/07/1971.

Sementelahan, beliau pernah menjadi Pemegang Geran Pengajar (UM), dari 13/09/1974 sehingga 26/04/1978. Sewaktu di UM, beliau pernah menjadi aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); pengarang ‘Mahasiswa Negara’; Presiden Kelab Perhubungan Internasional; penganjur kursus kewartawanan dan setiausaha ceramah-bahas. Beliau merupakan pakar dalam bidang sejarah; hubungan antarabangsa dan dasar luar negara Malaysia.

Prof Mohamad Abu Bakar juga merupakan penulis karya magnum opus ‘Mahasiswa Menggugat’. Buku ini menceritakan kelahiran gerakan pelajar/mahasiswa di UM. Buku yang mencerminkan kegiatan mahasiswa di lapangan politik ini, ditulis oleh Prof Mohamad Abu Bakar sewaktu menjadi tutor di UM dan telah diterbitkan oleh Pustaka Antara pada 1973.


********************************

 

Isi Kandungan ‘Mahasiswa Menggugat’:
Dari Penerbit.
Rani Pengarang.
Kata Pengantar.

Bab 1. Pengenalan.
1. Mengapa Mahasiswa Memberontak?

2. Corak Aktiviti Politik Pelajar-Pelajar Universiti Malaya.

3. Mereka Yang Aktif Dan Tidak Ahtif.
a) Jantina.
b) Disiplin atau kursus pelajaran.
c) Ras (bangsa)
d) Masa berada di kampus.

4. Sekatan-Sekatan ke Atas Aktiviti-aktiviti Pelajar.

5. Mahasiswa dan Masyarakat


Bab 2. Aktiviti Tahun-Tahun Permulaan.
1. Mahasiswa Dan Kebajikan Masyarakat.

2. Permulaan Protes Terbuka.

3. Tahun Pemisahan PBMUM.
a) Drama Awangku Sayang.

4. Reaksi Dari Pemimpin-Pemimpin Nasional.


Bab 3. Zaman Peralihan.
1. Tahun 1966.
a) Demonstrasi Mengutuk Pengeboman Hanoi-Haiphong oleh Amerika).
b) Mahasiswa dan Bahasa Kebangsaan.
c) Mahasiswa dan Pemerintah.
d) Perarakan Menentang Sijil Kelayakan.

2. Tahun 1967.
a) PBMUM dan Simposium Masaalah Penduduk Luar Bandar.
b) Peristiwa Hamid Tuah.
c) Universiti of Seven Seas.


Bab 4. Tradisi Penentangan Akhir 60-an.
1. Aktiviti-Aktiviti PMUM 1968
a) Pencerobohan Rusia Ke Atas Czekoslovakia.
b) Demonstrasi mengutuk Kerajaan Filipina.

2. Aktiviti-Aktiviti PBMUM 1968.
a) Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan.
b) Kesan-Kesan Simposium PBMUM.
c) PBMUM Dan Penubuhan Universiti Kebangsaan.

3. Aktiviti-Aktiviti PMUM Awal 1969.
a) Kempen Pilihan Raya oleh PMUM.


Bab 5. Politik 13 Mei Di Kampus.
1. Demonstrasi Anti Tengku oleh PBMUM.

2. Dialog Antara Syed Hamid All Dan Kerajaan.

3. Demonstrasi 28 Ogos.

4. Tindakan Polis dan Otonomi Universiti.

5. Penangkapan Mahasiswa Dan Krisis Kampus.


Bab 6. Dasar Pelajaran Dan Bahasa Malaysia.
1. Demonstrasi Abdul Rahman Yaakob .

2. Demonstrasi Papan Tanda.

3. Reaksi-reaksi Penting.


Bab 7. Krisis PBMUM-PMUM.
1. Punca-Punca Krisis.

2. Konfrontasi PBMUM-PMUM.

3. Mesyuarat Agung Tergempar PMUM.

4. Refleksi Krisis PBMUM-PMUM.


Bab 8. Mahasiswa, Politik Dan Pembangunan.
1. Aktiviti-aktiviti Tahun 1970.

2. Demonstrasi Anti Kerajaan British.

3. Demonstrasi Gunting Rambut.

4. Bantahan Pencen Tengku.

5. Projek Perkhidmatan Mahasiswa dan Gerakan Kempen Kesadaran.


Bab 9. Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971.


Bab 10. Peristiwa 14 Jun.


Bab 11. Penutup.
1. Nasionalisma Di Kampus.

2. Nasionalisma Versus Internasionalisma.

3. Masalah Disiplin Pelajar.

4. Mahasiswa Cabaran Masa Hadapan.

Postscript.

Daftar Bacaan Dan Rujukan.

a) Buku Artikel.
b) Majalah/Suratkabar/Laporan dan Lain-lain.
c) Mereka Yang Ditemuduga.



******************



Sekilas: Intipati Mahasiswa Menggugat
Ketika menyiapkan buku ‘Mahasiswa Menggugat’, Prof Mohamad Abu Bakar mendapat dorongan tokoh pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, Ahmad Boestamam (Jiwalara/Ruhi Hayat/Abdullah Thani bin Raja Kechil) dan SN Arenawati (Andi Mohalan Andi Bean/Muhammad Dahlan bin Abdul Biang) yang bertugas di Pustaka Antara.

(Setahun sebelum ‘Mahasiswa Menggugat’ menjengah khalayak umum, Ahmad Boestamam telah menulis karya besarnya, ‘Merintis Jalan ke Punchak’ terbitan Perpustakaan Negara Malaysia.)

* Untuk kupasan ringkas novel "Ali Sastro" karya Pak Boes, boleh rujuk pautan ini:
 http://chedinsphere.blogspot.com/2011/12/bacaan-novel-ali-sastro.html.

Tahun-tahun 60an dan 70an dianggap sesetengah pihak sebagai zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara ini. Dekad-dekad ini menyaksikan Universiti Malaya mudah mendapat liputan media berkenaan isu demonstrasi di dalam dan di luar kampus. Apa sahaja yang mereka lakukan mendapat sorotan media, secara meluas.

Secara umum, buku ini mencatatkan bagaimana pelajar Melayu ketika itu lebih menumpukan kepada isu nasional dan tempatan, manakala pelajar bukan Melayu memfokuskan kepada isu sarwajagat. Di dalam buku ini juga dicatatkan bahawa AUKU adalah merupakan satu konotasi kesan daripada kelantangan dan keterlibatan pelajar secara langsung dengan isu-isu kenegaraan yang sememangnya menggentarkan pihak pemerintah. Malah, kecenderungan pelajar menyokong pihak pembangkang terutamanya pada pilihanraya 1969 benar-benar menggusarkan kerajaan yang akhirnya melahirkan AUKU.

Turut dicatatkan dalam ‘Mahasiswa Menggugat’ ialah penegasan bahawa mahasiswa terikat dengan ‘societal collective responsibility’ iaitu tanggungjawab terhadap kecemerlangan akademik dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang akhirnya mampu menggerakkan usaha mensejahterakan kehidupan masyarakat umum. Meskipun terdapat karya-karya hasil penulisan Hassan Karim, Siti Nor Hamid, Baharuddin Ali Masrom, Zainah Anwar, Muhammad Nur Anuar, Noordin Abd. Razak, Ahmad Faiz, dan K. Ramanathan (sekadar menyebut beberapa nama) yang turut menjadi antara perintis berkenaan penulisan gerakan pelajar di Malaysia, ‘Mahasiswa Menggugat’ kekal menjadi karya besar – yang sering diperkatakan - dan dirujuk sehingga hari ini.

Malahan, Prof Diraja Ungku Aziz menyatakan bahawa ‘Mahasiswa Menggugat’ adalah bersifat ‘peneroka.’ Beliau menyatakan, “...Oleh itu wajib ia dibaca oleh semua orang yang ada hubungan dengan masalah pelajaran umumnya atau universiti khususnya dan pemuda pemudi umumnya serta mahasiswa khususnya”.

Pada Kata Pengantar karya magnum opus ini, Prof Ungku Aziz menukilkan:
Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar.


Salam.

************************

Sumber dan pautan:
i. S.Husin Ali. The Malays: Their Problems and Future, 1981. Petaling Jaya: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.;

ii. Junaidi Abu Bakar. Mahasiswa, Politik dan Undang-undang, 2008. DBP: Kuala Lumpur;

iii. Mohd. Abu Bakar. Mahasiswa Menggugat: Suatu analisa dan peninjauan dari dalam terhadap kegiatan mahasiswa-mahasiswa negeri ini, 1973. Pustaka Antara: Kuala Lumpur;

iv. Mohd. Abu Bakar. Potret masa: persaingan ideologi dan pemulihan tradisi, 1994. Gateway Publishing House: Petaling Jaya;

v. Saifuddin Abdullah. Politik Baru, 2008. Institut Terjemahan NegaraMalaysia: Kuala Lumpur;

vi. Zainah Anwar. Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, 1990. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd;

vii. http://thereadinggroupmalaysia.blogspot.com/2011/06/mahasiswa-menggugat.html;

viii. http://www.munzirblog.com/2011/01/buku-mahasiswa-menggugat.html;

ix. http://www.saifuddinabdullah.com.my/ebook/kalau_saya_mahasiswa.pdf;

x. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Transformasicarafikirlahirkansiswaberwawasan/Article/print_html; dan

xi. http://silencescreamer-works.blogspot.com/2012/02/mahasiswa-menggugat-karangan-muhammad.html.

9 ulasan:

  1. Boleh saya dapatkan satu salinan fotokopi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Saya tidak boleh janji. Tapi, saya boleh ikhtiarkan. Kerana naskah milik saya dipinjam orang (dan hilang entah ke mana).

      Tapi, ada sahabat saya yang memiliki salinan Mahasiswa Menggugat. :)

      Padam
  2. Maaf, Tuan. Saya pun masih menunggu sahabat saya membuat salinan buku tersebut. Akan saya maklumkan kelak, andai ada salinannya. :)

    BalasPadam
  3. Salam! saya mempunyai salinan buku "Mahasiswa Menggugat" tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam en fakhur radzi, boleh saya dapatkan salinan tu?

      Padam
    2. assalam encik fakhrur radzi,blh saya dapatkan salinan tu?

      Padam
    3. assalamualaikum..en fakhrur radi, boleh saya dapatkan salinan tu?

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...