Rabu, Februari 10, 2016

COACH MAN TURN TERIMA KUNJUNGAN RBS.


COACH MAN TURN TERIMA KUNJUNGAN RBS.
Alhamdulillah, dalam keadaan hujan lebat, sempat hadiri majlis serahan sumbangan kepada NGO Hayrat Aid dari Turki, di Ampang. Kerjasama strategik antara Malaysian Life Line for Syria, Global Peace Mission serta Hayrat. Terima kasih semua, atas ilmu dan manfaat.
Sempat juga ziarah penyerang legenda kebangsaan, Abang Azman Adnan yang tempoh hari kurang sihat. Selepas dikhabarkan bahawa bekas penyerang legenda kebangsaan, Coach Azman Adnan kurang sihat, Retro Bola Sepak (RBS) yang diwakili oleh Admin Le Saux dan Che Din menziarahi beliau di kediamannya.
Alhamdulillah, beliau kini sudah sembuh dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kesihatan beliau. Coach Man Turn yang kini sedikit sibuk menguruskan perniagaannya, tetap turun ke padang bola dan futsal -- setiap kali berkelapangan.
Turut disapa mesra sebagai “Otai” dalam kalangan teman rapat, beliau berkongsi rasa teruja untuk menyaksikan perjalanan Liga-M untuk musim 2016 ini.
Dengan persaingan yang lebih terbuka, serta perkembangan positif yang ditunjukkan oleh kebanyakan pasukan, beliau menyeru kepada semua peminat untuk turun memenuhi stadium.
Tak salah nak sokong kelab Liga Inggeris atau Sepanyol. Tapi, liga tempatan pun kena sokong juga,” seru beliau. “Kalau bukan kita yang sokong, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?” Ujar Coach Man Turn.
Tatkala mendoakan pasukan yang sinonim dengan beliau, Selangor untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia, beliau turut gembira melihat pasukan asalnya, Kuala Lumpur yang tampak mampu bangkit pada musim ini.
Apa pun, selamat maju jaya, Coach. Jasamu akan terus kami kenang. Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita.
Man Turn, Man Score. Padu & Grande; selamanya!
.

RAHMAN OLA BOLA DAN 1001 JASA PENGULAS SUKAN.


RAHMAN OLA BOLA DAN 1001 JASA PENGULAS SUKAN.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Terima kasih, buat semua “Rahman” yang banyak berjasa, kepada peminat sukan tanah air.
Menyaksikan gelagat Rahman (Bront Palarae ) dalam filem “Ola Bola”, menyingkap suka-duka seorang pengulas sukan. Sungguh, tidak mudah untuk menjadi seorang pengulas yang disenangi ramai, apalagi untuk dikenang dalam sejarah.
Pastinya, kepada generasi sebelum alaf baru, suara pengulas di corong radio dan peti TV, menjadi santapan hiburan para peminat yang tidak dapat turun ke stadium.
Berikut kami di Retro Bola Sepak (RBS) bingkiskan semula, sedikit coretan – tentang pengulas sukan legenda Malaysia...
----------------------------------------
“Saya Hasbullah bin Awang, 4331208 mengajak saudara mengenali antara bintang-bintang yang kian mengerdip…”
Begitulah antara celoteh awal Dato’ Haji Hasbullah Awang, pengulas sukan legenda ketika bertugas mengendalikan rancangan ‘Tunas Harapan’ di Radio Malaysia Siaran Tempatan Kuantan pada 1974.
Beliau juga pernah mengendalikan rancangan radio ‘Soal Jawab Agama’.
Titik tolak permulaan Haji Hasbullah sebagai pengulas sukan bermula pada 1978, apabila Othman Haji Muhammad tidak dapat hadir ke stadium untuk mengulas perlawanan di antara Pahang menentang Singapura.
Antara pengulas sukan yang sebaris dengan beliau ialah Datuk Rahim Razali, Abdullah Hashim, Sherkawi Jirim, Jamaluddin Alias dan Amin Mahir.
Nyata, bukan mudah untuk menganalisis serta memberikan pandangan dalam sesuatu rancangan sukan, apatah lagi bila ianya disiarkan secara langsung. Setiap pengulas perlu berada dalam kelas tersendiri, sentiasa menterjemah perlawanan dengan adil, berfakta dan menarik.
Memetik kata-kata bekas pengacara rancangan ‘Dunia Sukan’ (TV3), Jahidin Ahmad: “Mengulas itu adalah satu kerja seni. Setiap pengulas perlu mencari identiti sendiri”.
Bagi mereka yang membesar ketika zaman 90an, suasananya masih berbeza berbanding kini, apatah lagi ketika era tersebut, Liga Semi-Pro mula diperkenalkan oleh FAM dan menjadi kegilaan rakyat Malaysia.
Ketika itu, kebiasaannya, ‘highlight’ akan disiarkan ketika ‘Evening News’ di TV3, sekitar pukul 11 malam.
Kebiasaannya, para pengulas mempunyai ciri dan karisma tersendiri pada setiap patah dan gaya tutur bahasa yang diterjemah daripada tindakan luar jangka.
Salute tinggi buat para pengulas sukan tanah air yang berjasa.
Padu & Grande; buat semua.
.

Bertemankan Puisi-Puisi Rendra.

Makan bersama isteri tersayang.
Bertemankan Puisi-Puisi Rendra yang tak pernah mengecewakan.
“Daya hidup menjadi kamu, menjadi harapan.”
:)
.

Cerpen-Cerpen Pak Sako.

Hari ini belek Cerpen-Cerpen Pak Sako.
Pak Sako, seorang pejuang besar -- memang punya keunikan tersendiri.
Beliau hidup sewaktu era penjajahan: berpendidikan Inggeris serta pernah memegang jawatan Majistret.
Namun, tulisannya memancarkan jiwa pembebasan -- yang mahu mengecap nikmat kemerdekaan.
Al-Fatihah sekudusnya, buat Pak Sako.
.

Kembali ke akar.

Kembali ke akar....

ILMU TANPA AMAL.

ILMU TANPA AMAL.
Ilmu tanpa amal, gila. Dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” -- Imam Al-Ghazali.
Tanpa menafikan kepentingan ilmu serta pendidikan. Tidaklah pula molek kita merendah-rendahkan seseorang itu -- berdasarkan kelayakan serta tahap pengajiannya.
Ramai saja manusia yang tak memiliki segulung ijazah; tetapi berjaya dalam kehidupan. Soal utama ialah kesungguhan serta keikhlasan -- dalam menuntut ilmu serta pekerjaan.
.

Hari Ini, Michael Jordan Terbang Penuh Ikonik.

Hari ini dalam sejarah;
Michael Jordan ‘terbang’ dengan penuh ikonik.
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...