SEDIKIT
TENTANG POK YA CONGCODEI.
Menghina
watak Pokya Congcodei (PYCCD) sebagai seorang yang menganggap isterinya sebagai
'sekadar tempat melepas nafsu';
Adalah
antara perkara yang paling lucu saya baca dalam sejarah saya membuka akaun
Facebook. Benar, naskah atau karya yang dihasilkan adalah bergantung kepada
pemikiran penontonnya.
Tapi,
lebih molek kiranya kita menghadam keseluruhan naskah unik ini, dan bukan hanya
melihat dari satu sisi yang sempit. Banyak lagi aspek positif boleh 'dibaca'
daripada karya ini.
-----------------
Paling
utama, "Pok Ya Congcodei" mendidik penonton untuk lebih membuka minda
-- dengan berkelana di dunia luar. Bergaul dan cuba memahami perbezaan latar
dan budaya sesuatu segmen masyarakat dan tempat.
Bukan
hanya menjadi jagoan dalam 'circle' sendiri. Percayalah, sehebat mana pun nama
kita, belum tentu kita dikenali di tempat lain.
Jalan
cerita dalam naskah ini, kebanyakannya adalah cerminan daripada realiti serta
pengalaman hidup Sdr. Sabri Yunus sendiri, seorang aktivis dan seniman yang
sangat berjasa kepada dunia seni tanah air.
Cuma
saya terkenang kata-kata Sdr. Sabri dalam forum anjuran ABIM baru-baru ini: "Cerita
saya habis dah, bila kredit akhir cerita tu habis. Yang belum habis tu dalam
minda penonton saja."
Langkanya
naskah ini, apabila Pak Dinsman, seorang lagi aktivis seni, menggambarkan
bahawa "Sdr. Sabri telah menemui bahasa filemnya sendiri (menerusi
telefilem PYCCD)."
Boleh
tonton di sini:
Dan
di sini:
--------------
Sungguh,
jangan ingat kerana kita punya kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu bidang,
maka kita tahu dan arif dalam semua perkara. Kita hanyalah hamba-NYA yang
kurang serba-serbi.
Berpijaklah
di bumi yang nyata. Bersederhanalah -- dalam berfikir dan bertindak.
#PokyaCongcodei
.
.