GEORGE
BEST: PEMENANG BALLON D'OR
YANG PERNAH MENYARUNG JERSI MALAYSIA.
"Maradona
good, Pele better, George Best" sering menjadi ungkapan peminat bola sepak
Ireland Utara.
Dalam
Kejohanan Pestabola Merdeka 1983, George Best, satu nama besar dalam sejarah
bola sepak dunia, sebenarnya pernah beraksi untuk pasukan Harimau Malaysia
(skuad pelapis) sebagai ketua pasukan dan pemain jemputan.
Selain
Best, Kevin Keegan juga pernah menjadi pemain jemputan dalam kejohanan yang
sama.
Pestabola
Merdeka Ke-27 pada 1983 menyaksikan skuad Malaysia dibarisi oleh: Rashid
Hassan, R. Arumugam, Lim Teong Kim, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Serbegeth
Singh,Wong Hung Nung, K. Gunasegaran, Ahmad Yusoff, G. Torairaju, Mohamed Nor
Haji Yaacob, A. Rukumaran, Zainal Abdin Hassan, Roshidi Shaari, C. Nadarajan,
Ho Hon Seong, Chen Wooi Haw, dan Hassamuddin Hassan. Jurulatihnya ialah Frank
Lord.
Skuad
Harimau Malaysia pula dibarisi oleh: Abdul Nasir, K. Ravindran, M. Ravindran,
Ahmad Sobry Ismail, Azizol Abu Haniffah, Kamarulzaman Yusoff, Mohamed Razip
Ismail, Abdul Karim Pin, Salim Mohamed Mohaidin, Mohamed Faridzul Kassim,
Yusoff Din, Manja Man, Lahat Daduk, Abdullah Mohamed Din, P. Dharmalingam,
Dzulkifli Ali, Azlan Johar, S. Krishnamoorthy, dan Mohamed Zakaria. Skuad ini
dikendalikan oleh Abdullah Mohamad.
Pasukan
yang bertanding adalah: Malaysia, Harimau Malaysia, Argentina Selection, Korea,
Bangladesh, Nepal, Algeria, Rio de Janeiro Selection (Brazil), Korea Olympic 88
(Korean Youth), Thailand, Ghana, dan Team America.
George
Best yang popular dengan gelaran "O Quinto Beatle", "the fifth
Beatle" (ahli kumpulan Beatle kelima), kemudiannya mengunjungi Malaysia
pada 1996.
Gelaran
O Quinto Beatle timbul hasil tulisan para wartawan Portugal, apabila Best yang
mengenakan gaya rambut 'mop top' ala Beatle, menyumbat dua gol, sewaktu
pertembungan epik Manchester United dan Benfica pada peringkat suku akhir Piala
Eropah 1966.
Dalam
masa kira-kira 15 minit, Best menjaringkan dua gol tersebut dengan penuh
bergaya, dan membantu John Connelly menambah jaringan United, untuk kedudukan
kemudiannya menjadi 5-1.
Bukan
calang-calang pasukan yang perlu didepani United, Benfica dibarisi oleh
Eusebio, Germano, Jose Augusto Torres, dan Antonio Simoes.
Sebelum
perlawanan tersebut, Eusebio baru saja dinobatkan sebagai Pemain Terbaik
Eropah. Namun, gaya, kemahiran dan perwatakan unik Best akhirnya menenggelamkan
Raja Portugal tersebut.
'El
Beatle' pun lahir dengan megahnya, malah sebelum beliau masuk ke dalam padang
sekali pun. Bintang ini yang ketika itu telah tiga musim bersama United, hadir
dengan reputasi Juara Liga Divisyen Satu.
Tarikh
keramat itu, 9hb Mac 1966, Best beraksi di hadapan 75,000 penyokong setia
Benfica dengan gelora sorakan yang dahsyat.
Namun,
bak kata Best, "Sorakan penyokong - sendiri atau lawan, adalah seperti
mendengar muzik di radio yang menghiburkan saya. Lagi kuat, lagi bagus."
Estadio
da Luz (Stadium of Light) pada malam tersebut dilanda taufan hebat bernama
George Best!
Dua
pasukan ini bertemu lagi di Stadium Wembley pada Final Piala Eropah 1968, 10
tahun selepas tragedi udara Munich.
Kedua-dua
pasukan terikat 1-1 dalam masa penuh permainan. Best meletakkan United di depan
kemudiannya dalam masa tambahan, sebelum Brian Kidd dan Bobby Charlton menempa
nama dalam sejarah bola sepak dengan sumbangan gol masing-masing.
Best
kemudiannya diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or pada 1968.
Pada
1969, Best mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan tabiat buruknya sebagai
kaki botol dan kaki perempuan.
Tetapi,
menjadi lumrah seorang Geoge Best, ianya hanya bertahan selama 20 minit!
Pada
Januari 1974, Best membuat penampilan terakhir bersama United sewaktu menentang
QPR.
Meskipun
menyatakan akan membuat penampilan semula dalam saingan kompetitif, akhirnya
Best mengumumkan persaraan pada 1984.
Tahun
1984 juga menyaksikan Best meringkuk dalam penjara selama 12 minggu.
Best
meninggal dunia pada 2005 ketika berusia 50an, antara lain kerana ketagihan
alkohol yang serius.
Meskipun
dihimpit pelbagai skandal termasuk kes mahkamah dan masalah kewangan, Best akan
dikenang sebagai antara bintang bola sepak yang paling dikenali di seluruh
dunia.
Dengan
penuh yakin, Best pernah menyebut bahawa, "Saya lah yang mula-mula
meletakkan berita bola sepak ke muka surat depan, daripada muka surat
belakang."
Best
yang sangat diingati kerana kerdipan bintangnya di dalam dan luar padang;
diletakkan sebaris legenda terbilang United seperti Denis Law dan Sir Bobby
Charlton.
Demikianlah
kisah George Best, pemenang Ballon d'Or yang pernah beraksi untuk Harimau
Malaysia di Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan