Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
RTD:
PERANAN NGO ISLAM DALAM MEMBANTERAS IDEOLOGI GANAS DAN ESKTRIM.
28hb
Oktober 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
telah menganjurkan Sidang Meja Bulat “Role of Faith-based
Organization in Countering Violent Extremism” (Peranan NGO Islam dalam
Membanteras Ideologi Ganas dan Esktrim) bersempena penganjuran Muktamar Sanawi
kali ke-45 ABIM (pada 28 Oktober – 30 Oktober 2016), bertempat di Shah Alam,
Selangor.
Untuk
rekod, ABIM telahpun mempunyai ‘task force’ dalam membawa agenda ‘countering
violent extremism (CVE)’, di mana banyak siri dialog serta wacana dianjurkan
bersama badan-badan dalam dan luar negara, dalam menentang fahaman ekstremisme.
Malahan, pada 1984, ABIM telah menerbitkan buku “Kebangunan Islam Di Antara
Tantangan Dan Ekstrimisme” (Islamic Awakening between Rejection and Extremism)
tulisan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pada 1984.
Sidang
yang dianjurkan pada jam 2.45 petang ini diadakan di Acapella Suite Hotel,
Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sidang ini berlangsung dalam Bahasa
Inggeris dan Bahasa Malaysia dan dibawah pengawasan Chatham House
Rule.
Antara
lain, objektif penganjuran Sidang Meja Bulat adalah sebagai platform pertukaran
idea dan perkongsian ilmu serta pengalaman wacana baru dalam membanteras
idealogi keganasan dan ekstrim dan lebih khusus membincangkan permasalahan
dan analisa kritis mengenai hubungkait agama Islam dengan ideologi tersebut.
Sehingga
hari ini, terdapat lebih kurang 240 orang dari pelbagai latar belakang yang
ditahan atas disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan Daesh yang 183 dari
mereka adalah terdiri daripada golongan belia. Melalui wawancara yang
dijalankan oleh Berita Harian bertarikh 4 Mei 2015, Penolong Pengarah Counter
Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay memberitahu
bahawa hampir 95% suspek yang ditangkap ini direkrut menerusi media sosial.
Ini
dengan jelas menunjukkan bagaimana ia adalah tidak mustahil untuk fahaman
ekstrim ini menyelusup masuk dalam minda ahli keluarga terutamanya golongan
belia yang mempunyai pendedahan yang tinggi terhadap media sosial. Ini ditambah
lagi dengan penerbitan majalah DAESH yang pertama dalam Bahasa Melayu berjudul ‘Al-Fatihin’
terbitan Furat Media; salah satu agensi media Daesh, yang memberi penunjuk
jelas bahawa wilaayah nusantara (Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,
Brunei dan Thailand) merupakan antara kumpulan sasar utama DAESH untuk
dipengaruhi menyertai kumpulan pengganas tersebut.
Menurut
Jasminder Singh – Penganalisis Kanan dari Rajaratnam School of International
Studies Singapore (RSIS) – Al-Fatihin telah berjaya menyediakan satu landasan
bagi mana-mana simpartisan DAESH berbahasa Melayu untuk merasakan sebahagian
(to have a common identity) daripada Daulah Islamiyah yang kononnya
diperjuangkan kumpulan pengganas tersebut.
Tambahan
beliau lagi, dengan menimbulkan perasaaan ‘sense of identitiy and purpose’ mampu
untuk memberi motivasi bagi penyokong DAESH bertindak ganas seperti yang
berlaku di Selatan Filipina dan Poso. Merujuk kepada video berjudul “Al-Bunyan
Al-Marsus”, Abu ‘Aun al-Malizi, seorang pengganas DAESH berwaganegara Malaysia,
mengajak sesiapa sahaja yang ingin berjuang bersama DAESH untuk berhijrah ke
Selatan Filipina ataupun membunuh musuh-musuh DAESH yang mereka jumpa di tanah
air mereka, termasuk membunuh menggunakan kenderaan sendiri sekiranya mereka
tidak mampu untuk berhijrah ke Asia Barat.
Segala
kerisauan berkenaan serangan telah pun dibuktikan apabila berita berkenaan
serangan bom mini keatas kelab malam Movida pada 28 Jun yang lalu yang telahpun
disahkan sebagai serangan pertama yang dilaksanakan oleh DAESH ke atas
Malaysia. Serangan pertama DAESH ini semestinya menandakan bahawa ancaman
ideologi pembawakan DAESH melalui kumpulan Khatibah Nusantara dan
kumpulan-kumpulan pendokong DAESH di rantau ini terhadap Malaysia dan rakyatnya
adalah nyata dan merbahaya yang memerlukan orang ramai untuk bersama
mengelakkan dari fahaman tersebut menular dan mempengaruhi ahli keluarga dari
terlibat dalam kegiatan pengganas DAESH dan seterusnya menghalang dari serangan
yang sama berulang dalam masa hadapan.
Oleh
yang demikian, mengakui bebanan bersama yang harus dipikul bersama kerajaan dan
pihak berkuasa, ABIM sebagai salah satu gerakan Islam terbesar di Malaysia
menganjurkan perbincangan meja bulat ini untuk membincangkan hubung kait agama
dan ideologi keganasan dan ekstrim yang dibawa oleh DAESH dan seterusnya
merencana satu gerak kerja terancang di peringkat masyarakat sivil untuk
membanteras ideologi tersebut dari membarah didalam negara.
Semoga
jaringan antara gerakan Islam, institusi, institut penyelidikan dan pengajian
serta ilmuan dari dalam dan luar negara termasuk pengkaji, penyelidik, ahli
akademik, pembuat dasar, aktivis masyarakat, ahli politik dan semua pemegang
taruh yang berkaitan – dapat diperkukuhkan lagi, seterusnya berpadu dalam
membanteras ideologi ganas dan esktrim.
Ayuh,
sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretariat/daftar-keahlian-online.html
Dan, kenali ABIM di sini: https://www.facebook.com/notes/angkatan-belia-islam-malaysia-muslim-youth-movement-of-malaysia-abim/imbauan-sejarah-ringkas-angkatan-belia-islam-malaysia-abim/1293147514031232
----------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan