Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM LANCAR
#INGATBOLAINGATROHINGYA,
KEMPEN KESEDARAN KEZALIMAN ROHINGYA.
24hb
November 2016 (Khamis): Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama
beberapa NGO lain melancarkan kempen tanda solidariti kepada etnik Rohingya
sempena Piala AFF Suzuki. Kempen di media sosial itu yang menggunakan hashtag
#IngatBolaIngatRohingya itu bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada rakyat
Malaysia mengenai kekejaman yang berlaku di Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Antara
yang ditekankan adalah bahawa Malaysia tidak perlu menarik diri dari Piala AFF
Suzuki tetapi menggunakan platform tersebut untuk mengadakan kempen kesedaran
kepada rakyat Malaysia mengenai isu yang berlaku.
Setiausaha
Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kempen itu turut memberi
tumpuan kepada siri tayangan perdana video Rohingnya, pada perlawanan separuh
akhir dan akhir membabitkan mana-mana pasukan bertanding pada kejohanan Piala
AFF 2016 di Myanmar.
“Beberapa
siri perlawanan persahabatan bola sepak di sekolah ABIM juga dilaksanakan untuk
menjayakan kempen ini selain mengadakan FlashMob #IngatBolaIngatRohingnya
dengan edaran risalah kesedaran berkenaan perkara itu,” katanya.
Katanya,
ABIM juga bakal menganjurkan siri wacana isu Rohingya secara terbuka sebagai
mekanisme terbaik membentuk kesedaran umum membabitkan komuniti untuk
digerakkan di surau dan masjid. Mengulas gesaan pelbagai pihak supaya skuad
Harimau Malaysia memboikot Piala AFF, Muhammad Faisal berkata, ia hanya
mengikut trend dan bermusim.
Katanya,
dasar berkenaan perlu diteliti ekoran tindakan sedemikian tidak memberi
gambaran sebenar kritikan Malaysia terhadap penindasan etnik Rohingnya. “Kita
kena konsisten dan istiqamah dalam membantu Rohingya kerana apa yang terjadi
hari ini sudah lama berlaku sebelum kejohanan AFF Suzuki lagi. Kita bercakap
secara bermusim, itu masalah kita sama seperti yang berlaku kepada Syria,
Palestin dan Iraq. Berapa ramai lagi dalam kalangan mereka yang tertindas,”
katanya.
Memetik
kenyataan dari ABIM: “Sekiranya mahu boikot atau memberi signal, sepatutnya
sejak dulu lagi. Sekurang-kurangnya dengan tidak menyertai Piala AFF dari
awal.” Kempen ini menyeru rakyat Malaysia menggunakan hashtag
#IngatBolaIngatRohingya, #SaveRohingya dan #PrayForRohingya di media sosial
ketika perlawanan menentang Myanmar dan mengambil gambar sambil memegang kertas
bertulis hashtag tersebut dan meletakkannya di media sosial.
Sementara
itu, seorang penulis blog di Retro Bola Sepak (RBS), Zairudin Hashim menegaskan
setiap kempen yang diadakan haruslah secara berterusan. “Kempen kemanusiaan
berkenaan etnik Rohingya di Myanmar seharusnya perlu terus konsisten bukan
hanya dibuat secara bermusim atas dasar tertentu. Kita tidak boleh melakukan solidariti
terpilih dan bermusim sahaja.”
Turut
menyokong kempen ini adalah Restoran Line Clear Nasi Kandar Kampung Baru, Retro
Bola Sepak (RBS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan FC
Barcelona Fans Malaysia.
Restoran
Line Clear Kampung Baru akan mengadakan tayangan perlawanan separuh akhir dan
akhir Piala AFF Suzuki 2016 dan pada masa yang sama akan mengadakan kempen
kesedaran sebelum perlawanan bermula.
“ABIM
juga mengecam sekeras-kerasnya siri pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya
oleh pemerintahan Myanmar tanpa batasan hak asasi manusia walaupun Myanmar kini
dikatakan dipimpin oleh sebuah kerajaan baharu yang demokratik,” ujarnya lagi.
ABIM
berpandangan kemenangan parti politik National League for Democracy (NLED) di
bawah pimpinan Aung San Suu Kyi bersifat hipokrit kerana tidak mengiktiraf
ratusan ribu rakyat etnik Rohingya yang mengundi. Malah, siri pembersihan etnik
Rohingya dari bumi Myanmar terus dilakukan dengan kejam.
Justeru,
ABIM menggesa kerajaan Malaysia dan seluruh negara ASEAN bertegas menilai
semula keanggotaan Myanmar dalam ASEAN kerana tindakan kejam kerajaan Myanmar
bercanggah dengan prinsip dan budaya negara serantau.
Sedari
penubuhannya, Angkatan Belia Islam malaysia (ABIM) konsisten menjalankan
inisiatif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat; khususnya golongan belia
tanah air, berkenaan kesengsaraan dan penderitaan hidup yang dialami oleh umat
Islam Rohingya, atas kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah Myanmar/Burma.
Sempena
‘IIUM Convocation Fiest – Convest 15’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) Gombak, Presiden ABIM, Saudara Raimi Ab. Rahim yang juga Presiden Global
Peace Mission (GPM) Malaysia sebagai sebuah NGO Kemanusiaan, telah dijemput
bagi merasmikan pelancaran kempen “Fund Raising For Rohingya” pada 5hb November
2015.
Saudara
Raimi telah memberi khabar tentang masyarakat Rohingya yang sangat memerlukan
sokongan dan bantuan daripada kita semua. Isu pelarian Rohingya perlu sentiasa
diketengahkan bagi memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar, dan seterusnya
menegakkan hak sebagai warganegara untuk masyarakat Rohingya di negara mereka
sendiri (Myanmar).
GPM
juga membuka booth bersebelahan Masjid UIAM bagi memberi pendedahan mengenai
misi-misi GPM dan penerangan kempen “Fund Raising for Rohingya”. Isu
penindasan umat Islam Rohingya telah disiarkan dalam majalah “Risalah” terbitan
ABIM sejak tahun 1982, apabila memuatkan temubual bersama Presiden Rohingya
Patriotic Front ketika itu, Saudara Mohammad Jaafar Habib, berkenaan penindasan
umat Islam Rohingya di Myanmar (ketika itu dikenali sebagai Burma).
Pelancaran
Tabung Pelarian Islam Rohingya oleh ABIM dibuat pada tahun 1992, manakala penubuhan
Pusat Informasi Rohingya dibuat pada tahun 90an.
Pada
tahun 1991 sahaja, seramai 268,000 dari etnik ini melarikan diri kerana Myanmar
tidak lagi selamat untuk didiami akibat pembersihan etnik berkala oleh tentera
Myanmar. Selain daripada itu, etnik Rohingya juga berterusan berhadapan dengan
penangkapan arbitrari oleh pihak berkuasa.
Penangkapan
yang berleluasa ini langsung tidak mempunyai asas dan merupakan satu lagi
bentuk penyiksaan yang membuktikan bahawa satu proses penghapusan etnik sememangnya
sedang berlaku di Arakan.
Ekoran
daripada pembersihan etnik yang tidak berperikemanusiaan ke atas etnik Rohingya
berabad lamanya, ABIM komited membela nasib etnik Muslim Rohingya dengan
melancarkan kempen “Citizenship For Rohingya” pada 14 September 2012.
Menerusi
kempen tersebut, ABIM mendesak agar kerajaan Myanmar bertindak lebih adil
dengan mengiktiraf kerakyatan etnik Rohingya, dengan jaminan hak asasi yang
terpelihara selaras dengan Artikel 15 Deklarasi Hak Asasi Kemanusiaan PBB.
ABIM
juga menyeru untuk semua rakyat Malaysia terlibat dalam kempen “Citizenship For
Rohingya” supaya keadilan dapat ditegakkan demi kemaslahatan etnik Rohingya
yang juga dikenali sebagai ‘rakyat Palestin di Asia Tenggara’ dan ‘manusia
perahu’.
Pada
30hb Mei 2015 pula, ABIM telah mengadakan himpunan sebagai tanda solidariti
serta protes terhadap penindasan ke atas masyarakat Rohingya yang telah
dinafikan hak mereka sebagai manusia.
Sementelah,
Rohingya Education Centre (REC) cawangan Kuantan (Pahang), Permatang Pauh
(Pulau Pinang) dan Klang (Selangor) telah ditubuhkan hasil sinergi membabitkan
Yayasan Albukhary, United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR), Future
Global Network (FGN), WADAH dan ABIM.
Pusat
ini merupakan usaha fardhu kifayah, bagi membantu mereka yang menghadapi
kesukaran dan kemiskinan serta tekanan dalam kehidupan.
Keutamaan
REC adalah bermatlamatkan ‘Iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’. Maka dalam kekalutan
pendidikan hari ini, usaha untuk mendidik umat tidak patut hanya bermusim;
bahkan biarlah ianya secara berterusan dan disambut oleh semua peringkat
lapisan masyarakat.
Mudah-mudahan,
dengan menyediakan peluang pendidikan secara lebih terancang dan tersusun,
anak-anak Rohingya yang suci bersih ini akan lebih mampu dan bersedia untuk
bangkit mengembalikan hak, maruah bangsa dan agama di bumi asal mereka suatu
hari nanti.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
----------------------------------