Selasa, Mac 01, 2016

ISU DLP: GMP KUNJUNGI PIMPINAN UMNO, PAS DAN AMANAH.


ISU DLP: PIMPINAN ABIM ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN.
19hb Februari 2016: Presiden ABIM dan delegasi pejuang bahasa hari ini mengadakan pertemuan bersama Ketua Puteri UMNO, Y.B Datuk Mas Ermieyati Haji Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Delegasi menyatakan keprihatinan tentang masa depan Bahasa Kebangsaan; serta isu dan peranan dalam membentuk kebudayaan generasi muda kepada beliau. Dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, beliau satu-satunya pemimpin UMNO yang berani bersuara mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu dalam ucapan dasar dan perbahasan.

ISU DLP: GMP-BANTAH DLP ADAKAN PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN PAS.
24hb Februari 2016 (Rabu): Alhamdulillah, tokoh bahasa bersama jawatankuasa Gerakan Mansuh PPSMI-Bantah DLP hari ini menemui Presiden PAS, YB Dato' Seri Ustaz Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, bagi membincangkan berkenaan isu DLP serta bahasa kebangsaan.

GMP-BANTAH DLP ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA BIRO PENDIDIKAN AMANAH.
20hb Februari 2016 (Sabtu): Alhamdulillah, semalam telah berlangsung sesi dialog bersama Biro Pendidikan AMANAH Nasional.
Sesi ini dipengerusikan oleh YB Aminolhuda, dan diadakan di Wisma AMANAH, Taman Wahyu, Kuala Lumpur.
Semoga banyak manfaatnya pertemuan ini, in sya ALLAH.

-----------------------------------------------
"Dual Language Programme" (DLP) telah mula dilaksanakan di ratusan buah sekolah kebangsaan 'terpilih' pada tahun ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Dual Language" itu?
Benarkah pendekatannya dapat meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Inggeris?
Adakah Bahasa Inggeris dapat menjamin semua pelajar menjiwai ilmu berkaitan sains dan teknologi?
Mengapa ia mendapat tentangan hebat di kalangan para ilmuwan dan budayawan negara?
Dalami hujah mereka dengan membaca buku "Kami Bantah DLP", yang boleh diperolehi di sini:-
1. Versi PDF (Percuma): http://pdfsr.com/pdf/kami-bantah-dlp;
2. Versi E-Book (Percuma): http://pts.com.my/ebook/kami-bantah-dlp/;
3. Versi cetakan (RM10 + kos pos) - hubungi kami di FB, atau Whatsapp: 019-3858301.
----------------------------------------------
Mohon sebar luas dan viralkan:
1. Page Facebook: 
“Gerakan Mansuh PPSMI - GMP ‪#‎Bantah DLP”:
dan
2. Blog: 
“Gerakan #BantahDLP”:
Terima kasih.
.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...