Logo ABIM. |
Saudara Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
PENARAFAN
5 BINTANG: ABIM TERUSKAN USAHA BANGUNKAN UMMAT.
25hb
November 2015 (Rabu): Alhamdulillah, ‘Haza min fadhli Rabbi’. ABIM serta ABIM Negeri Kelantan telah
menerima penarafan lima bintang daripada Kementerian Belia & Sukan (KBS)
menerusi penilaian MyKD. Penarafan ini dibuat berdasarkan kepada
kriteria-kriteria pengurusan dan pentadbiran yang ditetapkan KBS.
Syukur
dan tahniah kepada ABIM Pusat di atas Anugerah Penarafan 5 bintang
bagi Pertubuhan Belia peringkat Kebangsaan. Dan, syukur dan tahniah kepada ABIM Negeri Kelantan juga
atas Anugerah Penarafan 5 Bintang peringkat negeri. ABIM -- ini wadah anak
muda. Semoga ianya menjadi pembakar semangat untuk terus memugar dan
mensejahtera Malaysia dengan dakwah.
Sijil
Insentif Penarafan Lima Bintang 2015 telah disampaikan oleh Menteri Belia dan
Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin dalam Majlis Pengiktirafan “Star Rating”
Pertubuhan Belia. Majlis diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia
Putra(PWTC).
Terdahulu,
telah dijalankan sesi pembentangan Usul Perbahasan berkaitan kemahiran, ekonomi,
penguatkuasaan, media sosial dan perumahan serta Sesi Perbahasan Majlis
Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-30 Tahun 2015-2016. YB Khairy telah mempengerusikan Majlis
Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-30 Tahun 2015-2016. Pembentangan
pertama daripada Saudara Khairul Annuar Mansor daripada Majlis Belia Malaysia (MBM)
berkaitan “Pelan Transformasi MPBN”, manakala Saudara Syahril Syazil Ghazali
daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri menyampaikan
taklimat “The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) - Intipati, Peluang
dan Cabaran” bagi pembentangan kedua.
Turut
sama ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M. Saravanan, Ketua
Setiausaha KBS, YBhg. Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah JBSN, Datuk Hajah
Hatipah Ibrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia(MBM), Mua’ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin
dan Pengerusi Tetap Dewan Tertinggi MBM, Khairul Amin Osman.
Pembentangan
Usul Perbahasan adalah berkaitan kemahiran, ekonomi, penguatkuasaan, media
sosial dan perumahan serta Sesi Perbahasan Majlis Perundingan Belia
Negara(MPBN) Sidang II Penggal ke-30 Tahun 2015-2016.
Hasbunallah
wanikmal wakil...
Ayuh;
sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
#ABIM
#ABIMdihatiku #sejahterakanmalaysiadengandakwah
---------------------------------------------
Sila
“Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim
Youth Movement of Malaysia (ABIM):
Sumbangan
kepada akaun ABIM boleh dibuat menerusi: Akaun ABIM (Maybank): 5642-2161-0116.
Hubungi
Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel:
+6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax:
+603-4108 2400
Email:
sap@abim.org.my
Website
ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter
ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Telegram
ABIM: https://telegram.me/abim24
Sekretariat
ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran
Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala
Lumpur).
#TPPA
#bantahTPPA
#AlAqsa
#WillNeverBeDivided #Malaysia4Syria #SaveRohingya #SaveSyria #SyriaNeedsYou
#SaveTheChildrenOfSyria # SebarkanSalam
.