OSMAN
TIKUS KUNJUNGI SEKRETARIAT ABIM PUSAT (SAP)
Alhamdulillah,
terima kasih diucapkan kepada legenda seni tanah air, Sdr. Pyan Habib yang sudi
mengunjungi Sekretariat ABIM Pusat (SAP) di Taman Cemerlang, Gombak, bagi
mendapatkan naskah Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda, terbitan ABIM Press. Beliau
yang terkenal dengan gelaran ‘Osman Tikus’ merupakan seorang pelakon, pemuisi serta
pelukis yang tersohor.
Pada
tahun 1986, beliau bersama-sama Datuk M. Nasir dan Sdr. Nasir Jani
terjun ke bidang lakonan menerusi filem ‘Kembara Seniman Jalanan’ (KSJ).
Namun, bakat lakonannya benar-benar dipuji apabila muncul dalam filem
arahan Datuk Rahim Razali yang berjudul ‘Tsu Feh Sofiah’(1986) yang
sarat membawa falsafah keagamaan.
Sewaktu Festival
Filem Malaysia ke-7, Sdr. Pyan telah dicalonkan untuk kategori Pelakon
Pembantu Lelaki Terbaik dan kemudiannya memenangi anugerah tersebut. Namun,
beliau telah menolak penganugerahan tersebut atas alasan beliau terkilan tidak
dipertandingkan menerusi filem KSJ. Beliau menjadi satu-satunya pelakon
Malaysia yang menolak pengiktirafan tertinggi dalam industri filem di negara
ini sehingga kini.
Baca
lagi tentang naskah KSJ di sini:
---
Kepada
yang mahu membeli buku Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda (The Angry
Generation), boleh hubungi wakil kami melalui whatsapp +6013-3916299 (Cik
Wani),
atau
buat tempahan segera dengan klik di sini:
---
Untuk
membeli pelbagai tajuk lain terbitan ABIM Press, boleh tempah di sini:
http://www.abimpress.my/ dan di sini: