Khamis, November 30, 2017

UiTM, DI HATIKU.

UiTM, DI HATIKU.
Bila Ku Nan perlekeh graduan atau institusi UiTM ni,
Terkenang dulu ada dengar ceramah yang diwajibkan ke atas pelajar Ijazah semester satu di UiTM Shah Alam.
"Ha, kamu tahu kenapa kamu masuk UiTM? Pasal result SPM kamu faillll!!!! (dengan harakat yang panjang)".
Di sebelah saya, rakan serumah yang keputusan SPM nya, 10A.
Juga ada beberapa rakan sekuliah yang dapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia mereka.
Hujah saya di sini, mentaliti berkenaan UiTM ini bukan sahaja ditanam kepada orang luar, tetapi oleh beberapa penceramah 'motivasi' ke atas mahasiswa UiTM itu sendiri.
Di mana pun kita atau orang lain belajar, kata kuncinya ialah hormat.
Ada yang belajar di sekolah pondok pun berjaya dalam hidupnya.
Apa pun, terima kasih kepada sekalian warga pendidik Fakulti Undang-undang UiTM yang banyak mendidik saya.
Perlekehlah macam mana sekalipun:
UiTM, selamanya, tetap di hatiku.
.
.
.
* Update: Ku Nan sudah pun meminta maaf secara terbuka.

Isnin, November 13, 2017

HAI ANAK, APAKAH KAU MENGERTI….

HAI ANAK, APAKAH KAU MENGERTI….
Bila jadi ayah ni, benda sekecil anak demam serta selesema pun boleh buat kerja dan urusan hidup terganggu.
Anak pandai berjalan; mampu sepak bola dan main gelongsor sendiri pun; kita anggap sebagai satu pencapaian.
Hargailah apa yang kita ada; doakanlah yang baik-baik untuk teman-teman kita.
Hidup hanya sekali, Kawan. Esok-lusa boleh jadi ajal kita.
Kita mungkin tak kaya harta. Tapi mesti kaya jiwa.
Dan berusaha untuk memperbaiki kehidupan kita, semampu yang mungkin.
* Nota kaki: Setiap kali mendengar ayat “Di depan kotak penalti dannnnn....”,
Akan disambut oleh Amir Naufal dengan laungan “Gollll”;
Seperti dalam gambar.
.

Taman ilmu dan budi.

Taman ilmu dan budi.
Dibina dengan sejarah panjang, sedari gagasan idea-kertas kerja, sehinggalah direalisasikan dalam bentuk fizikalnya: dengan falsafah yang tinggi.
Dulu lepas SPM, niat nak ke sini.
Namun akhirnya, jadi alumni UiTM sampai ke hari ini. Hehe.
.

JERSI TERAPI JIWA.

JERSI TERAPI JIWA.
Menatap sehelai demi sehelai koleksi jersi dan majalah lama yang tak seberapa, boleh meruntun air mata.
Suka duka, senyum tawa: kenangan dan pengalaman yang tak mudah nak diungkap, dengan kata-kata.
Naik bas dari Shah Alam ke Chowrasta; semata-mata mencari majalah dan buku sukan era 70an-90an -- yang langka.
Menyelongkar stok bahan bacaan yang sudah berdekad lama, di stor kedai-kedai buku terpakai.
Menghabiskan masa berjam-jam di pelbagai perpustakaan, membelek makro-filem dan makalah-makalah, yang sudah berlubang-lubang: terpotong dan digunting oleh entah hamba ALLAH mana. 
Semuanya atas nama rujukan, untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang mencari. Secara percuma, tanpa ada habuan dunia.
Menyelam di kedai-kedai 'bundle' dan kedai barangan sukan lama.
Menebalkan muka demi mengejar jersi idaman yang kelihatan dipakai bermacam jenis orang; di pasar malam, di stadium, di pasar raya, di kawasan lampu isyarat.
Ada yang menjual pada harga yang 'keras'; ada juga yang menghadiahkan secara percuma saja.
Menempuh hujan lebat, panas terik dan meredah kesesakkan jalan raya; asal saja dapat bertemu dan menemukan sesama para sahabat pengumpul jersi, yang budiman belaka.
Dapat kenal dengan ramai sahabat dan kenalan, dari seluruh pelusuk tanah air.
Dapat berjumpa dengan bekas-bekas pemain bola sepak negara yang berjasa; yang dulu hanya mampu ditatap di kaca TV dan dada akhbar.
Menemubual dan memperoleh pelbagai maklumat-fakta; yang pasti langka, unik dan istimewa.
Semuanya ada nostalgia yang tersendiri. Ada cerita yang tak boleh dilupa. Kisah-kisah pemburu jersi yang setia.
Saya mungkin bukan siapa-siapa; dan pastinya ramai yang tak pernah baca blog saya yang banyak kurangnya.
Sumbangan saya pun; mungkin sebesar butir biji sawi cuma.
Tapi, saya tetap bersyukur dan gembira; kerana meski ada pasang-surutnya, 'scene' jersi Liga-M tetap ada komuniti - pengikut dan peminatnya.
Dan, makin ramai yang rajin menggali sejarah sukan dan bola sepak negara; membolehkan masyarakat umum punya akses yang lebih mudah berbanding dulu.
Sementelah, para bekas pemain Liga-M juga, meski bukan semua, semakin ramai yang dihargai dan dilimpahi dengan rezeki yang tersendiri.
Buat sekalian teman, selamat bertebaran dan membina komuniti jersi yang kuat dan kukuh, atas semangat ilmu dan persaudaraan.
Cerita saya mungkin tiada nilai besarnya, tapi nostalgia ini adalah pengalaman hidup; untuk saya kongsikan dengan anak cucu saya.
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu dan grande selamanya.
Salute tinggi buat semua!
.
.
-- Che Din,
Peminat Jersi dan Liga-M.
.


Selasa, November 07, 2017

[SESI TEH TARIK BERSAMA SBX]









[Sesi Teh Tarik Bersama SBX]
Alhamdulillah, siang tadi sempat sertai sesi ngeteh bersama tim SBX di Teh Tarik Place, The Curve, Mutiara Damansara.
SBX merupakan laman e-dagang milik Semuanya BOLA yang fokus menjual barangan sukan seperti ‘boot’ bola, kasut futsal, kasut ‘running’ dan juga jersi bola.
Dalam masa terdekat ini, SBX akan bawa masuk barangan berbentuk ‘lifestyle performance’.
Antara jenama yang ada dijual di SBX adalah: Lotto, AL (jenama yang diguna oleh pasukan Kedah & Perak), Extravaganza Futsal, Asics, Canterburry dan Teva.
Jangan risau. Semua produk yang dijual di SBX ialah produk original.
Kepada yang berminat, bolehlah hubungi mereka di sini:
atau
Bersama martabatkan jersi dan liga tempatan kita.
Padu & Grande, selamanya!
#Padu
#Grande

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...