Jumaat, September 09, 2016

SEPUTAR MUKTAMAR ABIM MELAKA DAN SABAH.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SEPUTAR MUKTAMAR ABIM MELAKA DAN SABAH.
Alhamdulillah, bersama semangat serta agenda besar Kebangkitan Islam Jilid 2, beberapa buah negeri rancak merancang serta menjalankan Ijtima’ Harakiy serta Muktamar WADAH, ABIM serta persatuan pelajar negeri masing-masing.

Tatkala ABIM Kelantan telah pun mengadakan Muktamar pada 16hb Mac 2016, ABIM Negeri Sembilan; ABIM Kedah; ABIM Pahang; ABIM Perlis serta ABIM Melaka tidak ketinggalan menganjurkan majlis besar jamaah ini sepanjang bulan Julai yang lalu.
Exco Media ABIM Pusat, Saudara Zairudin Hashim, telah mewakili Presiden ABIM dalam Muktamar ABIM Melaka dan Sabah.
Muktamar Sanawi WADAH, ABIM dan Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM), telah dianjurkan pada 31hb Julai 2016.
Pada 27hb Ogos 2016 (Sabtu) pula, Ijtima’ Harakiy ke-3, WADAH-ABIM-SISMA Negeri Sabah, telah dianjurkan dengan cemerlang di Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Likas, Kota Kinabalu. 
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Pusat diwakili oleh Presiden, Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman, manakala ABIM Pusat diwakilioleh Exco, Saudara Zairudin Hashim. ABIM Sabah mengekalkan Yang Dipertuanya, iaitu Saudara Jaafar Mahmud dalam barisan terbaru pimpinan ABIM Sabah sesi 2016/2017. 
Tuan Haji Azam menekankan berkenaan perlunya Usrah serta Tamrin diperkasakan, bagi membentuk jiwa gerakan Islam yang lebih jitu. Beliau juga menyeru kepada semua pimpinan serta ahli untuk bangkit bersama semangat serta kekuatan; untuk menjadi Ummat yang dinamik dan progresif.
Terdahulu, pada sebelah pagi, Program “Wacana Fiqh Malaysia: Prinsip dan Dinamisme dalam Masyarakat Plural” telah dianjurkan di lokasi yang sama. Wacana ini mengupas berkenaan perlunya Fiqh Islam menyumbang kepada wawasan nasional – pembentukan bangsa Malaysia.
Wacana ini merupakan anjuran bersama WADAH Sabah, ABIM Sabah, JAKIM serta CONCERN (Gabungan NGO Islam Sabah).
Para pimpinan WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Pusat tidak ketinggalan untuk turun ke negeri-negeri; bagi menyampaikan amanat pimpinan pusat serta Syura; selain memobilisasikan kelancaran pergerakan jamaah WAP.
Ijtima’ Harakiy serta Muktamar merupakan medan pertemuan dan pengukuhan ukhuwah; selain medan perbahasan bagi memantapkan lagi agenda besar gerakan.
Partisipasi dan perbincangan yang terarah dalam memberi pandangan membahaskan serta mengemukakan pandangan bagi pemantapan gerakan. Muktamirin dan Muktamirat pulang dengan semangat dan komitmen yang lebih tinggi untuk terus merealisasikan hasrat murni gerakan. 
Bagi memastikan gerakan Islam terus relevan, ‘wisdom’ atau hikmah yang akan menjadi penentu kepada sejauh mana relevannya dinamika wacana baru gerakan Islam oleh generasi kedua kebangkitan Islam.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
---------------------------------------

.


PIMPINAN ABIM SERTA MBM HADIRI SEMINAR ASEAN BERKENAAN ISU LAUT CHINA SELATAN.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN ABIM SERTA MBM HADIRI SEMINAR ASEAN BERKENAAN ISU LAUT CHINA SELATAN.
30hb Ogos 2016 (Selasa): Alhamdulillah, para pimpinan ABIM serta Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Seminar “ASEAN: Peace and Unity after the PCA Ruling”, yang dianjurkan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 
Turut hadir, Naib Presiden MBM yang juga Tokoh Belia ASEAN 2014, Saudara Jufitri Joha.
Forum ini membincangkan peranan ASEAN dalam mencari jalan tengah bagi mencapai resolusi aman berkenaan konflik Laut China Selatan, selepas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.
Mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam ucaptamanya, menyentuh berkenaan betapa signifikannya laut tersebut kepada negara-negara ASEAN dalam bidang ekonomi, politik dan keselamatan. 
Antara pembentang dalam program ini ialah Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya (UM); Saudara Bunn Negara dari Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS); dan bekas Presiden Majlis Peguam (Bar Council), Saudara Ragunath Kesavan. 
Para pembentang membincangkan berkenaan kesatuan negara-negara ASEAN dan peranannya dalam menyelesaikan isu ini secara aman.

Program ini dianjurkan secara bersama oleh Worldfuture TV, Bernama, Malaymail dan akhbar The Independent.

Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
---------------------------------------

.


PIMPINAN ABIM ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA BRITISH COUNCIL DI KUALA LUMPUR.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN ABIM ADAKAN PERTEMUAN
BERSAMA BRITISH COUNCIL
DI KUALA LUMPUR.
28hb Julai 2016: Alhamdulillah, Presiden, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta pimpinan ABIM hari ini membuat kunjungan ke British Council di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pertemuan ini adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan kerjasama dua hala dalam bidang strategik untuk kedua-dua pihak -- khususnya dalam peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di institusi-institusi pendidikan ABIM.
British Council mempunyai lebih 7,000 orang kakitangan yang berkhidmat di 191 buah cawangan di 110 buah negara. Ia telah ditubuhkan di Malaysia sejak 1947.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
---------------------------------------
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...