Sabtu, Mac 31, 2012
Ustaz Siddiq Fadzil: Majlis Kuliyyah Tafsir Maudhu’i Siri ke-61.
Pada 24 Mac 2012, telah berlangsung Majlis Kuliyyah Tafsir Maudhu’i yang dipimpin oleh Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan mantan Presiden ABIM.
Kuliyyah untuk Siri ke-61 ini berlangsung di Dewan Besar, Kolej Dar al Hikmah (KDH), Sungai Ramal Dalam, Kajang. Tajuknya ialah ‘Mencari Kurnia dalam Iman dan Komitmen mengikut Jejak Perjuangan Ar-Rasul SAW’ (Surah al-A’raf: Ayat-Ayat 156-158).
Ustaz Siddiq memulakan majlis dengan menyatakan bahawa ayat-ayat di dalam Surah tersebut diturunkan sebagai respon kepada doa Nabi Musa Alaihissalam (A.S).
Dalam berdoa, pesan Ustaz Siddiq, kita perlulah beradab, iaitu dengan menyatakan keagungan dan kebesaran ALLAH SWT. Doa yang dipanjatkan dengan penuh rasa kehambaan lah yang layak disambut oleh ALLAH SWT.
Ustaz Siddiq menambah, bukan ‘amal’ yang membawa kita ke Syurga, tetapi ‘rahmat’ ALLAH SWT. Ciri-ciri orang yang mendapat rahmat, berdasarkan ayat-ayat dalam Surah tersebut, adalah individu-individu yang menghayati dan menyantuni beberapa konsep seperti ‘iman’; ‘taqwa’; dan ‘zakat’.
Selanjutnya, Ustaz Siddiq menegaskan bahawa tidak cukup untuk umat Islam hanya belajar tentang ‘iman’; tetapi perlu juga mentaati ALLAH SWT dan meneladani perjuangan Rasulullah SAW.
Beliau juga menyatakan bahawa dakwah perlu bersifat universal memandangkan Islam adalah agama yang mudah dan sederhana. Hal yang demikian, kita perlu menampilkan ajaran Islam yang ‘ramah’ dan berhikmah.
Ustaz Siddiq Fadzil selanjutnya menekankan betapa perlunya wujud sikap berani berkata ‘tidak’ terhadap kezaliman dan pembodohan. Beliau mengimbau bagaimana penyair tersohor Indonesia, Almarhum Rendra menukilkan di dalam puisinya, watak ‘Pak Saijo’ yang telah dibunuh oleh Algojo, merasa kesal di atas kematiannya.
‘Pak Saijo’ menyesal kerana sepanjang hidupnya, ia menjadi penakut. Maka Ustaz Siddiq bermadah, “Hidup jangan jadi penakut. Orang yang takut mati pun tetap akan mati juga.”
* Untuk teks asal Majlis Kuliyyah Tafsir Maudhu’i ini, sila klik pautan ini:
‘Mencari Kurnia dalam Iman dan Komitmen mengikut Jejak Perjuangan Ar-Rasul SAW’ (Surah al-A’raf: Ayat-Ayat 156-158).
Salam.
Antara jet-ski dan motorbot.
****************************************
Sepertimana kawasan pejabat/rumah sewa saya di Klang, banyak kawasan bandar yang dinaiki air/banjir setiap kali hujan lebat.
Ya, hujan itu takdir.
Tapi, pemimpin perlu pastikan rakyat dapat hidup dengan sistem pengaliran dan perparitan yang baik.
Kalau tidak; setiap kali banjir: kereta akan terus jadi motorbot, motor jadi jet-ski.
Banyak yang akan tersadai/tersangkut.
Yang untung? Pastinya tauke bengkel motor atau kereta. Rezeki.
Rakyat pula, perlu buang tabiat suka buang sampah ke dalam longkang/parit. Jangan buang sampah merata-rata.
Islam tidak mengajar kita untuk menjadi pengotor.
Jadilah masyarakat madani yang berilmu dan prihatin.
Pesanan ini untuk diri saya dan kita semua.
Hidup Malaysia kita.
* p/s: Di Thailand, ada idea kreatif untuk penunggang motosikal di waktu banjir:-
Salam. :)
Rabu, Mac 28, 2012
Cermin diri.
********************************
Pada hemat saya, adalah kurang molek, bilamana YB Azmin Ali mendedahkan dan mencemuh - apa yang dikatakan sebagai - salahlaku Dr Hassan Ali, baru-baru ini.
Kenapa tidak dedahkan sewaktu tempoh Dr Hassan Ali masih memegang portfolio selaku Exco?
Saya bukan penyokong Dr Hassan. Malah, saya amat berharap agar Dr Hassan menghentikan siri road show beliau, yang saya fikir sekadar mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.
Sama ada kepada imej Dr Hassan Ali sendiri, mahupun kepada PAS/PR.
Cuma, bukankah pendokong pembangkang (termasuk YB Azmin sendiri) yang sebelum ini mempertikaikan pemimpin UMNO-BN, kerana hanya mendedahkan dan mencemuh - apa yang dikatakan sebagai - salahlaku DSAI selepas DSAI dipecat dari Kabinet?
Berkebetulan - kedua-dua - YB Azmin dan Dr Hassan merupakan calon asal MB Selangor untuk PAS dan PKR.
Saya sekedar menyuarakan rasa kurang senang, kerana saya fikir, ia tindakan yang kurang molek.
Suara saya mungkin tiada nilainya pada mana-mana pihak.
Tapi, saya ada kuasa memilih (mengundi).
Semoga saya - dan kita semua - memilih calon yang amanah, telus dan mampu memimpin, insya ALLAH.
Suara rakyat, suara keramat.
Jumaat, Mac 23, 2012
Mencakar minda.
************************************
Usai menonton filem ‘Bunohan’; hati jadi ‘sejuk’ dan senang.
Dengan nilai seni yang tinggi dan sinematografi berkualiti, jiwa rasa terserap dengan jalan ceritanya.
Sekurang-kurangnya, saya tahu, masih ada yang sanggup menerbitkan filem Melayu di luar kotak klise ‘cinta tiga segi’ dan ‘cinta dua darjat’.
Sungguh, Bunohan memang mencakar minda.
Selasa, Mac 13, 2012
Duit dan penghargaan.
Jumaat, Mac 09, 2012
Buku ‘Mahasiswa Menggugat’: Satu Magnum Opus.
Latar belakang penulis
Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohamad Abu Bakar (Prof Mohamad Abu Bakar) dilahirkan di Marang, Terengganu. Merupakan lulusan B.A, Universiti Malaya dan M.A, Lancaster University (UK), beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Luar Negeri, dari 01/01/1971 sehingga 15/07/1971.
Sementelahan, beliau pernah menjadi Pemegang Geran Pengajar (UM), dari 13/09/1974 sehingga 26/04/1978. Sewaktu di UM, beliau pernah menjadi aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); pengarang ‘Mahasiswa Negara’; Presiden Kelab Perhubungan Internasional; penganjur kursus kewartawanan dan setiausaha ceramah-bahas. Beliau merupakan pakar dalam bidang sejarah; hubungan antarabangsa dan dasar luar negara Malaysia.
Prof Mohamad Abu Bakar juga merupakan penulis karya magnum opus ‘Mahasiswa Menggugat’. Buku ini menceritakan kelahiran gerakan pelajar/mahasiswa di UM. Buku yang mencerminkan kegiatan mahasiswa di lapangan politik ini, ditulis oleh Prof Mohamad Abu Bakar sewaktu menjadi tutor di UM dan telah diterbitkan oleh Pustaka Antara pada 1973.
********************************
Isi Kandungan ‘Mahasiswa Menggugat’:
Dari Penerbit.
Rani Pengarang.
Kata Pengantar.
Bab 1. Pengenalan.
1. Mengapa Mahasiswa Memberontak?
2. Corak Aktiviti Politik Pelajar-Pelajar Universiti Malaya.
3. Mereka Yang Aktif Dan Tidak Ahtif.
a) Jantina.
b) Disiplin atau kursus pelajaran.
c) Ras (bangsa)
d) Masa berada di kampus.
4. Sekatan-Sekatan ke Atas Aktiviti-aktiviti Pelajar.
5. Mahasiswa dan Masyarakat
Bab 2. Aktiviti Tahun-Tahun Permulaan.
1. Mahasiswa Dan Kebajikan Masyarakat.
2. Permulaan Protes Terbuka.
3. Tahun Pemisahan PBMUM.
a) Drama Awangku Sayang.
4. Reaksi Dari Pemimpin-Pemimpin Nasional.
Bab 3. Zaman Peralihan.
1. Tahun 1966.
a) Demonstrasi Mengutuk Pengeboman Hanoi-Haiphong oleh Amerika).
b) Mahasiswa dan Bahasa Kebangsaan.
c) Mahasiswa dan Pemerintah.
d) Perarakan Menentang Sijil Kelayakan.
2. Tahun 1967.
a) PBMUM dan Simposium Masaalah Penduduk Luar Bandar.
b) Peristiwa Hamid Tuah.
c) Universiti of Seven Seas.
Bab 4. Tradisi Penentangan Akhir 60-an.
1. Aktiviti-Aktiviti PMUM 1968
a) Pencerobohan Rusia Ke Atas Czekoslovakia.
b) Demonstrasi mengutuk Kerajaan Filipina.
2. Aktiviti-Aktiviti PBMUM 1968.
a) Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan.
b) Kesan-Kesan Simposium PBMUM.
c) PBMUM Dan Penubuhan Universiti Kebangsaan.
3. Aktiviti-Aktiviti PMUM Awal 1969.
a) Kempen Pilihan Raya oleh PMUM.
Bab 5. Politik 13 Mei Di Kampus.
1. Demonstrasi Anti Tengku oleh PBMUM.
2. Dialog Antara Syed Hamid All Dan Kerajaan.
3. Demonstrasi 28 Ogos.
4. Tindakan Polis dan Otonomi Universiti.
5. Penangkapan Mahasiswa Dan Krisis Kampus.
Bab 6. Dasar Pelajaran Dan Bahasa Malaysia.
1. Demonstrasi Abdul Rahman Yaakob .
2. Demonstrasi Papan Tanda.
3. Reaksi-reaksi Penting.
Bab 7. Krisis PBMUM-PMUM.
1. Punca-Punca Krisis.
2. Konfrontasi PBMUM-PMUM.
3. Mesyuarat Agung Tergempar PMUM.
4. Refleksi Krisis PBMUM-PMUM.
Bab 8. Mahasiswa, Politik Dan Pembangunan.
1. Aktiviti-aktiviti Tahun 1970.
2. Demonstrasi Anti Kerajaan British.
3. Demonstrasi Gunting Rambut.
4. Bantahan Pencen Tengku.
5. Projek Perkhidmatan Mahasiswa dan Gerakan Kempen Kesadaran.
Bab 9. Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971.
Bab 10. Peristiwa 14 Jun.
Bab 11. Penutup.
1. Nasionalisma Di Kampus.
2. Nasionalisma Versus Internasionalisma.
3. Masalah Disiplin Pelajar.
4. Mahasiswa Cabaran Masa Hadapan.
Postscript.
Daftar Bacaan Dan Rujukan.
a) Buku Artikel.
b) Majalah/Suratkabar/Laporan dan Lain-lain.
c) Mereka Yang Ditemuduga.
******************
Sekilas: Intipati Mahasiswa Menggugat
Ketika menyiapkan buku ‘Mahasiswa Menggugat’, Prof Mohamad Abu Bakar mendapat dorongan tokoh pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, Ahmad Boestamam (Jiwalara/Ruhi Hayat/Abdullah Thani bin Raja Kechil) dan SN Arenawati (Andi Mohalan Andi Bean/Muhammad Dahlan bin Abdul Biang) yang bertugas di Pustaka Antara.
(Setahun sebelum ‘Mahasiswa Menggugat’ menjengah khalayak umum, Ahmad Boestamam telah menulis karya besarnya, ‘Merintis Jalan ke Punchak’ terbitan Perpustakaan Negara Malaysia.)
* Untuk kupasan ringkas novel "Ali Sastro" karya Pak Boes, boleh rujuk pautan ini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2011/12/bacaan-novel-ali-sastro.html.
Tahun-tahun 60an dan 70an dianggap sesetengah pihak sebagai zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara ini. Dekad-dekad ini menyaksikan Universiti Malaya mudah mendapat liputan media berkenaan isu demonstrasi di dalam dan di luar kampus. Apa sahaja yang mereka lakukan mendapat sorotan media, secara meluas.
Secara umum, buku ini mencatatkan bagaimana pelajar Melayu ketika itu lebih menumpukan kepada isu nasional dan tempatan, manakala pelajar bukan Melayu memfokuskan kepada isu sarwajagat. Di dalam buku ini juga dicatatkan bahawa AUKU adalah merupakan satu konotasi kesan daripada kelantangan dan keterlibatan pelajar secara langsung dengan isu-isu kenegaraan yang sememangnya menggentarkan pihak pemerintah. Malah, kecenderungan pelajar menyokong pihak pembangkang terutamanya pada pilihanraya 1969 benar-benar menggusarkan kerajaan yang akhirnya melahirkan AUKU.
Turut dicatatkan dalam ‘Mahasiswa Menggugat’ ialah penegasan bahawa mahasiswa terikat dengan ‘societal collective responsibility’ iaitu tanggungjawab terhadap kecemerlangan akademik dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang akhirnya mampu menggerakkan usaha mensejahterakan kehidupan masyarakat umum. Meskipun terdapat karya-karya hasil penulisan Hassan Karim, Siti Nor Hamid, Baharuddin Ali Masrom, Zainah Anwar, Muhammad Nur Anuar, Noordin Abd. Razak, Ahmad Faiz, dan K. Ramanathan (sekadar menyebut beberapa nama) yang turut menjadi antara perintis berkenaan penulisan gerakan pelajar di Malaysia, ‘Mahasiswa Menggugat’ kekal menjadi karya besar – yang sering diperkatakan - dan dirujuk sehingga hari ini.
Malahan, Prof Diraja Ungku Aziz menyatakan bahawa ‘Mahasiswa Menggugat’ adalah bersifat ‘peneroka.’ Beliau menyatakan, “...Oleh itu wajib ia dibaca oleh semua orang yang ada hubungan dengan masalah pelajaran umumnya atau universiti khususnya dan pemuda pemudi umumnya serta mahasiswa khususnya”.
Pada Kata Pengantar karya magnum opus ini, Prof Ungku Aziz menukilkan:
Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar.
Salam.
************************
Sumber dan pautan:
i. S.Husin Ali. The Malays: Their Problems and Future, 1981. Petaling Jaya: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.;
ii. Junaidi Abu Bakar. Mahasiswa, Politik dan Undang-undang, 2008. DBP: Kuala Lumpur;
iii. Mohd. Abu Bakar. Mahasiswa Menggugat: Suatu analisa dan peninjauan dari dalam terhadap kegiatan mahasiswa-mahasiswa negeri ini, 1973. Pustaka Antara: Kuala Lumpur;
iv. Mohd. Abu Bakar. Potret masa: persaingan ideologi dan pemulihan tradisi, 1994. Gateway Publishing House: Petaling Jaya;
v. Saifuddin Abdullah. Politik Baru, 2008. Institut Terjemahan NegaraMalaysia: Kuala Lumpur;
vi. Zainah Anwar. Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, 1990. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd;
vii. http://thereadinggroupmalaysia.blogspot.com/2011/06/mahasiswa-menggugat.html;
viii. http://www.munzirblog.com/2011/01/buku-mahasiswa-menggugat.html;
ix. http://www.saifuddinabdullah.com.my/ebook/kalau_saya_mahasiswa.pdf;
x. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Transformasicarafikirlahirkansiswaberwawasan/Article/print_html; dan
xi. http://silencescreamer-works.blogspot.com/2012/02/mahasiswa-menggugat-karangan-muhammad.html.
Modenisasi songsang.
Selasa, Mac 06, 2012
Perang.
Pimpinan AS sudah mula memalu genderang perang ke atas Syria.
Tentera AS pula dilihat mengadakan latihan secara giat bersama tentera Korea Selatan.
Dan, seperti biasa, umat Islam jugalah yang akan menjadi mangsa dan syuhada, atas kelemahan dan kezaliman pemimpin bobrok.
Bosnia;
Chechnya;
Somalia;
Selatan Thai;
Palestina;
Shabra dan Shatilla;
Afghanistan;
Iraq.
Moga Syria tidak tersenarai, dalam sejarah malapetaka perang dan kebodohan manusia.
Sebagaimana kita menolak kekejaman rejim Basyar Al Assad, begitu jugalah kita menentang sekeras-kerasnya, campurtangan AS ke atas kedaulatan negara lain.
Solidariti untuk rakyat Syria. Solidariti untuk perubahan. Solidariti juga untuk keamanan.
Amin.
Tentera AS pula dilihat mengadakan latihan secara giat bersama tentera Korea Selatan.
Dan, seperti biasa, umat Islam jugalah yang akan menjadi mangsa dan syuhada, atas kelemahan dan kezaliman pemimpin bobrok.
Bosnia;
Chechnya;
Somalia;
Selatan Thai;
Palestina;
Shabra dan Shatilla;
Afghanistan;
Iraq.
Moga Syria tidak tersenarai, dalam sejarah malapetaka perang dan kebodohan manusia.
Sebagaimana kita menolak kekejaman rejim Basyar Al Assad, begitu jugalah kita menentang sekeras-kerasnya, campurtangan AS ke atas kedaulatan negara lain.
Solidariti untuk rakyat Syria. Solidariti untuk perubahan. Solidariti juga untuk keamanan.
Amin.
Isnin, Mac 05, 2012
Penawar Nostalgia.
Jumaat, Mac 02, 2012
Pendosa siasah.
Pendosa siasah yang gagah
mengharumkan kecapaiannya.
Tapi, dalam sejarah qalbu
tengik dosa tetap terhidu.
-- (SN Pak Samad Said).
Khamis, Mac 01, 2012
Darkie.
Selama kurang lebih 25 tahun saya hidup.
Selama kurang lebih 25 tahun saya bernafas.
************
Saya baru tahu: asal jenama ubat gigi Darlie ialah
'Darkie'. heh. Sedari kecil, saya menyangkakan imej lelaki bertopi -- yang
tersengih riang -- pada kotak Darlie, adalah imej lelaki kulit putih. Menarik.
Ubat Gigi jenama DARLIE dahulunya selama lebih 60 tahun
dikenali sebagai DARKIE. Penjenamaan semula ini dilakukan pada tahun 1989,
kemudiannya perubahan turut dilakukan keatas karektor manusia bertopi yang
menjadi logo jenama ini.
Perubahan ini dilakukan ekoran desakan dari pelbagai
pihak agar Colgate-Palmolive yang merupakan pemilik 50 peratus saham
syarikat pengeluarnya, Hawley and Hazel agar menukar nama dan logo barangan
berkenaan. Nama ‘DARKIE’ dikaitkan dengan unsur perkauman lalu menimbulkan rasa
kurang senang pihak yang melihatnya dari perspektif berkenaan.
-------------------------------------------
Sumber:
- https://www.facebook.com/rithsidek?fref=ts;
- Colgate-Palmolive plans to rename Darkie (28 January 1989). New Straits Times;
- ‘Darkie’ toothpaste renamed (15 October 1989). Eugene Register- Guard;
- Jack Anderson (14 February 1990). Furor over toothpaste's name, Bangor Daily News;
- Jack Anderson (14 February 1990) Toothpaste's name stirs controversy, Sun Journal;
- New Straits Times, 3 November 1989.
Merbok dan Senayan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...