Kelayakan Piala Dunia 1993: Australia lawan Argentina.
Pada 31hb Oktober 1993, Australia dan Argentina seri 1-1. Kemudian,
di Buenos Aires pada 17hb November 1993, Argentina menang 1-0
ke atas Australia. Antara yang menganggotai skuad Australia ketika itu
ialah Mehmet Durakovic, yang sebelumnya menjaringkan gol
dalam perlawanan menentang Kanada.
Mehmet dan skuad Socceroos 1993. Turut kelihatan, David Mitchell, yang kemudiannya bermain bersama beliau dalam skuad Selangor. Sedikit tulisan berkenaan David Mitchell di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html.
.
|
MEHMET
DURAKOVIC DAN SOCEROOS.
Mehmet Durakovic dan rakan skuad Socceroos; yang layak ke perlawanan Play-Off
Kelayakan Piala Dunia. Ramai dalam kalangan atlet Australia terdiri daripada
keluarga imigran yang kemudiannya mengharumkan nama negara tersebut.
Mereka
berdepan cabaran Diego Armando Maradona dan pasukan Argentina yang digeruni. Mehmet
kemudiannya dipancing oleh Dato' Aini Taib, untuk menganggotai skuad Merah
Kuning; untuk projek transformasi pasukan Selangor yang tenggelam pada 1992.
Pada
1995, Mehmet bersama dua pemain veteran Australia yang pernah mencipta nama di
liga negara tersebut -- David 'Big Dave' Mitchell dan Josip Biskic untuk
menjulang Piala Malaysia.
Sementelah,
pada 1996, Mehmet bersama Mustaca Christian memperkuatkan barisan Gergasi Merah
yang memenangi piala berprestij tersebut. Pada 1997, Mehmet muncul kapten
pertama dalam kalangan pemain import untuk menjulang Piala Malaysia; selepas
mengambil alih lilitan ketua pasukan dari Ismail Ibrahim.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan