Isnin, Oktober 12, 2020

Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993.

 



Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti dan mencari. Ramai dah ada dalam koleksi, saya baru ada rezeki memiliki.

Terima kasih buat dua Lejen Jersi Ganu dan Waghih (Abe King Kheiriel dan Abe Yuri Yusoff) yang sudi merealisasikan impian ambe. Jersi idaman hati ni. Jasa kalian saya kenang sampai hujung nyawa.

Misi seterusnya, home 1994 Selangor. Pelan-pelan kayuh...

Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu & Grande, selamanya.

#MKLK #VivaSelangor


Isnin, Ogos 24, 2020

Siri Dialog Perpaduan Universiti Malaya (UM)

 


Salam. Semua dijemput hadir ke:

Program - Siri Dialog Perpaduan Universiti Malaya (UM)
Tarikh: 27 Ogos 2020, Khamis
Lokasi: Galeri Seni, Aras 5, Bangunan Canseleri UM

Semua dijemput hadir! :)

#ABIMdiHatiku

Rabu, Jun 17, 2020

Buat Pemain Bola Malaysia: Berkelana lah, Mengembara lah!




Sudah tentu ranking semasa sesebuah negara menjadi cabaran utama untuk setiap pemain berkelana di liga luar.

Namun, pendedahan dan pengalaman itulah yang akan membentuk mereka jika peluang yang ada digunakan sebaik mungkin.

Kita mesti mengelakkan daripada mengulangi kesilapan lampau, dan membuka ruang besar jika ada pemain yang ditawarkan untuk berkelana.

Bermusafirlah, dan berusahalah sekeras mungkin. Gagal seseorang itu tak dikira bila kalah, tapi dikira bila tiada keberanian untuk bertindak, tiada keinginan untuk mencuba, serta mudah putus asa.

Ayuh, bangkitlah dengan genggaman iltizam baru. Kesungguhan dan disiplin jadi azimat utama.

#Padu #Grande
#RetroBolaSepak

0% hair. 100% legend. Enough said.



0% hair. 100% legend. Enough said.

Rabu, April 29, 2020

ARU THE SPIDERMAN: LEGENDA YANG MEKAR DALAM KENANGAN.














ARU THE SPIDERMAN: LEGENDA YANG MEKAR DALAM KENANGAN.
Datuk R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai ‘Spiderman’ kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan.
Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971.
Beliau mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia sebanyak lapan kali.
R. Arumugam telah mendapat panggilan daripada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam tahun 1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan.
Semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan, beliau telah menolong Malaysia memenangi Pestabola Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1976, dan 1979. Beliau juga mewakili Malaysia dalam tahun-tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985 di dalam Sukan SEA.
Kejayaan terbesar beliau dengan pasukan kebangsaan adalah pingat gangsa bagi Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran. Beliau juga telah menolong Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 tetapi Malaysia telah membuat keputusan untuk memboikot sukan Olimpik berkenaan.
R. Arumugam telah mendapat 196 kaps (bukan semua perlawanan antarabangsa bersifat kelas A) bagi Malaysia semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan semenjak 1973 apabila beliau bersara daripada arena antarabangsa pada tahun 1986. Sasaran asalnya adalah untuk mendapat 200 kaps.
Kehebatannya menarik perhatian Kelab Bola Sepak Seiko, Hong Kong pada 1973 dan Young Boys of Berne, Switzerland, pada tahun 1981, namun menolaknya tawaran menjadi pemain profesional atas alasan tertentu.
Arumugam telah memberikan sumbangan lebih besar daripada hanya bermain bola sepak. Dalam tahun 1983, beliau telah menubuhkan kelabnya sendiri, Starbrite SC, sebagai sebahagian daripada sumbangan peribadi kepada remaja-remaja di kawasan perumahannya.
Beliau telah terbunuh di dalam satu perlanggaran kereta di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Petaling Jaya pada 18 Disember 1988. Arumugam meninggal dunia di tempat kejadian pada usia 35 tahun selepas kereta Ford Telstar TX5 dipandunya hilang kawalan dan terbalik.
Beliau telah meninggalkan seorang isteri, Datin Maria Selvi serta dua anak perempuan iaitu Subha dan Rubha.
Sebagai pengiktirafan khidmatnya kepada negeri dan negara, Persatuan Bola Sepak Selangor dan Public Bank di mana Arumugam bekerja telah memulakan satu dana di atas nama R. Arumugam pada 5 Januari, 1989.
Pada 2018, pihak Majlis Perbandaran Klang mengumumkan untuk menukar nama Padang Pekeliling dan Jalan Pekeliling di kawasan Pelabuhan Klang kepada Stadium Mini Datuk R. Arumugam dan Jalan Datuk R. Arumugam. 
‘Spiderman’ akan terus dikenang sebagai antara legenda yang membantu Malaysia meraih pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran serta membantu Malaysia layak ke Olimpik Moscow 1980.
#Padu #Grande
#RetroBolaSepak

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...