Memaparkan catatan dengan label Undang-Undang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Undang-Undang. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 30, 2017

ABIM ANJUR FORUM HAK-HAK PEMBELI RUMAH DALAM PEMBINAAN.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM ANJUR FORUM HAK-HAK 
PEMBELI RUMAH DALAM PEMBINAAN.
Forum Hak-Hak Pembeli Rumah Dalam Pembinaan: Biar Jelas; Jangan Ditindas!
Panel: Sdr. Ar Ezumi Harzani Ismail (Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia); Sdr. Salkhukhairi Ab Sukor (Timbalan Presiden HartaGuam); dan Sdr. Roshan Karthi Kayan (Pegawai Undang-Undang Tribunal Pembeli Rumah). Moderator:
Sdr. Mohd Fadil Mohd Yusof (Peguam dan Yang Dipertua ABIM Melaka).
Terima kasih buat semua yang hadir dan penonton ‘livestream’, khususnya pihak HartaGuam dan pengurusan Dewan Seminar Kajang yang bekerjasama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), untuk melunaskan misi perjuangan mencerahkan belia dalam isu perumahan ini. Program ini turut mendapat liputan TV9.
In sya Allah, jika tiada aral, ABIM bersama rakan-rakan strategik ini akan terus menganjurkan forum ini di negeri-negeri lain, sebagai tanggungjawab untuk memberi sebahagian jawapan kepada masalah belia Malaysia yang dirundung cabaran kos sara hidup yang amat tinggi.
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.
Sebarkan!
----------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
Dan, kenali ABIM di sini: 
----------------------------------
[DAPATKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI!]
Dengan: INFAQ@ABIM !
Sila deposit seikhlas hati kalian, ke Akaun ABIM:
BANK ISLAM: 14023010032527
MAYBANK: 564221610116
1) Dengan rujukan: infaq@abim
2) Emelkan ke kewangan.abim@gmail.com nama penuh, alamat, nombor telefon serta bukti sumbangan untuk urusan resit.
3) Juga boleh hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui: +603 - 4108 4500.
----------------------------------
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!


.

Khamis, April 06, 2017

#RUU355 : ABIM MINTA PENJELASAN PENUH KERAJAAN!

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
RUU 355: SUA ABIM TAMPIL 
DALAM AGENDA AWANI.
30hb Mac 2017 (Rabu): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz tampil bersiaran dalam program Agenda AWANI dengan topik “Memahami Rang Undang-Undang 355” bersama Dr. Pamela Yong (MCA Sabah) dan Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar.
Sdr. Faisal menyatakan dengan jelas, “Syariah itu bukan hanya melakukan perkara yang baik, tetapi melakukan perkara yang baik dengan cara yang betul; kerana undang-undang itu impak dan kesan pasti akan memberi kesan kepada masyarakat secara menyeluruh.”
Rakaman tersebut boleh ditonton di sini:
Beliau turut menghadiahkan naskah terbitan ABIM dan Ilham Books, ‘Hududisme: Antara Retorik Dan Realiti’ hasil suntingan Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan, Exco ABIM Pusat.
Sejelasnya, fenomena Hududisme yang tidak diseimbangi dengan pendekatan wasatiyah akhirnya mampu mencetuskan kembali gejala takfiri iaitu kafir-mengkafir, perpecahan umat dan perbalahan yang merugikan.
Walaupun tidak dinafikan bahawa hudud adalah sebahagian daripada tuntutan Syariat, tetapi ia perlu diusahakan secara bijaksana dengan mengambil pendekatan yang lebih berhikmah; mengambil kira semua faktor dalam konteks perundangan, politik, ekonomi dan sosio-budaya masyarakat.
-------------------------------------
#RUU355: ABIM MINTA PENJELASAN
PENUH KERAJAAN
ABIM merujuk kenyataan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bertarikh 29 Mac 2017 (semalam) bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah 1965 (RUU 355) di Parlimen berikutan dari keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.
Keputusan ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri sendiri dalam laporan MStar bertarikh 1 Disember 2016 yang memberi jaminan bahawa pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355 akan diambil alih pihak kerajaan ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri juga dalam kenyataan bertarikh 17 Mac 2017 telah berjanji bahawa kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pindaan RUU tersebut untuk dibentangkan di Dewan Rakyat atas komitmen yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk menterjemahkan hasrat tersebut.
Selain itu, ia juga selari dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini bertarikh 24 November 2016 yang menyatakan kerajaan persekutuan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini setelah urusan berkenaan tatacara dan peraturan Dewan Rakyat selesai.
ABIM mendesak pihak kerajaan untuk tampil dengan penuh tanggungjawab memberi penjelasan sepenuhnya kepada umat Islam berhubung pendirian sebenar dan jaminan yang telah diberikan berhubung isu RUU 355 ini.
Penjelasan ini amat penting untuk membersihkan imej kerajaan hari ini yang dilihat dengan sengaja memperguna sentimen agama bagi tujuan kepentingan politik semata-mata.
Bagi ABIM, polemik RUU yang berlaku hari ini amat menyedihkan apabila usaha memartabat Mahkamah Syariah yang menjadi tanggungjawab kita bersama telah tercemar dengan sindrom ketakutan ramai pihak akibat dari tindakan tidak bertanggungjawab yang menunggang sentimen ini untuk manfaat sokongan politik.
ABIM ingin menegaskan bahawa, ABIM sentiasa berlapang dada bersama dengan mana-mana pihak untuk memartabat kedudukan Mahkamah Syariah, namun ia harus bertunjangkan niat yang ikhlas dan murni serta diiringi semangat perbincangan dan musyawarah dengan semua pihak demi kepentingan masa depan Islam.
Prosedur serta road map yang jelas dari peringkat awal hingga ke pelaksanaan juga harus dirangka sebaik-baiknya bagi mengelakkan implikasi buruk di kemudian hari.
Maka, ABIM mengulangi tuntutan untuk kerajaan tampil memberi penjelasan yang menyeluruh kepada umat Islam sekiranya kerajaan benar-benar bertanggungjawab mahu memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.
Setiausaha Agung ABIM.

ABIM GLOBAL FORUM: TIGA MINGGU MENCARI TRUMP.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM GLOBAL FORUM: 
TIGA MINGGU MENCARI TRUMP.
5hb April 2017 (Rabu): Alhamdulillah, ABIM Global Forum kembali, kali ini bersama Sdr. Adli Zakuan Zairakithnaini (Ketua Biro Penerangan, ABIM Pusat); yang berkongsi pengalaman berada di Amerika Syarikat selama tiga minggu melalui The International Visitor Leadership Program (IVLP). Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin(Naib Presiden ABIM Pusat) pula tampil selaku moderator.
Program berlangsung di Dewan Sekretariat ABIM Pusat (berhampiran LRT Taman Melati dan Masjid Salehuddin al-Ayyubi), No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, Gombak.
Selepas pulang dari bumi Uncle Sam itu, banyak soalan yang diajukan kepada beliau: tentang gaya hidup Mat salleh, cuaca musim sejuk, dan pastinya tak terlepas isu politik dan geo-politik. Mana tidaknya, dengan kewujudan individu semacam Donald Trump sebagai Presiden ke-45 bagi tanah yang selalu dihebah dan digembar-gemburkan sebagai ‘Land of the Free and Opportunity’ ini.
And the Star-Spangled Banner in triumph shall wave. O’er the land of the free and the home of the brave!”
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.

Jumaat, Mac 24, 2017

[SIDANG MEDIA SEMPENA SEMAKAN KEHAKIMAN KE ATAS PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA) DI ISTANA KEADILAN PUTRAJAYA]









#ABIM #BantahTPPA
[SIDANG MEDIA SEMPENA SEMAKAN KEHAKIMAN KE
ATAS PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK
(TPPA) DI ISTANA KEADILAN PUTRAJAYA]
Pada hari ini (16 Mac 2016) adalah detik kemuncak kepada perjuangan yang dirintis barisan pertubuhan masyarakat madani ataupun NGO yang mewakili kepentingan rakyat Malaysia.
Semakan kehakiman terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang difailkan mulai 4 November 2015 akhirnya telah memberikan kemenangan secara moral kepada negara serta rakyat yang hampir-hampir dikhianati kedaulatannya atas nama perdagangan bebas.
Pada 23 Januari lalu, Presiden Amerika Syarikat (A.S) Ke-45, Donald J.Trump, menandatangani arahan eksekutif untuk menamatkan pembabitan negara tersebut dalam perjanjian tersebut yang sebenarnya turut mendapat bantahan meluas dalam kalangan rakyat A.S sendiri, sehingga menimbulkan tekanan politik yang menghalang ratifikasi TPPA di peringkat Kongres Amerika Syarikat .
TPPA juga turut mendapat tentangan meluas dalam kalangan rakyat negara-negara anggota yang lain. Sebagai contoh di negara Jepun pada tahun 2015; bekas menteri pertanian Jepun, Masahiko Yamada bersama 1,063 pemohon (plaintif) telah mengemukakan semakan perundangan untuk menghalang penglibatan Jepun dalam TPPA.
Kesimpulannya, tentangan terhadap TPPA di Malaysoa adalah sebahagian daripada rangkaian bantahan global terhadap perjanjian yang akan mencengkam kebebasan sosio-ekonomi sejagat.
Kami ingin merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) yang antara lain menggambarkan bahawa kerajaan kurang berminat untuk meneruskan pembabitan negara ke dalam TPPA tanpa komitmen Amerika Syarikat.
Kenyataan ini seakan-akan menggambarkan persepsi sempit pihak tertentu yang mahu negara menyertai TPPA semata-mata untuk mendapatkan “akses” ataupun “spill over” ekonomi dari A.S.
Berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap butiran perjanjian ini yang dikendalikan khususnya oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), jelas terma-terma yang diketengahkan adalah berbentuk kompromi yang sememangnya menjejaskan kemandirian ekonomi rakyat negara kita.
Penyataan MITI ini juga amat disesali kerana kita terpaksa membayar harga yang sangat mahal (RM 15 Juta) dalam bentuk kos sepanjang proses perundingan dan pengurusan teknikal TPPA.
Tambahan pula perjanjian ini ditandatangani secara terburu-buru tanpa membabitkan konsultasi terbuka dengan pelbagai pihak serta stakeholder yang mewakili kepentingan rakyat seperti dalam sektor pertanian, industri, kesihatan dan alam sekitar.
Rangkaian polemik yang tercetus daripada TPPA ini seharusnya menyedarkan kita bahawa setiap rakyat Malaysia adalah stake holder utama dalam sebarang proses yang membabitkan kepentingan negara.
Era “government knows best” telah berakhir selari dengan perkembangan demokrasi serta teknologi semasa.
Semakan kehakiman ini adalah sebahagian daripada manifestasi utama keprihatinan rakyat dan masyarakat global terhadap TPPA.
Adalah menjadi harapan agar pihak kerajaan mengambil iktibar ini dengan lebih berhati-hati dalam sebarang proses perundingan serta perjanjian di peringkat antarabangsa pada masa akan datang tanpa menggadaikan maruah dan kedaulatan negara.
Untuk rakyat Malaysia; kami mendedikasikan usaha ini untuk kepentingan dan masa depan anda!
Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...