Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Khamis, Mac 09, 2017

SEKILAS: FORUM LENSA ISLAM (FLI) DI UM.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
#GlobalPeaceMission #ABIM #UM
SEKILAS: FORUM LENSA 
ISLAM (FLI) DI UM.
2hb Mac 2017: Dengan topik "Emansipasi Pelarian: Mencari Manusiawi dan Keamanan", Kolej Kediaman Kelima (Dayasari), Universiti Malaya dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah menganjurkan sebuah forum yang dinamakan Forum Lensa Islam (FLI) 2016/2017 bersempena dengan Festival Dayasari (FESARI).
Forum ini signifikan bagi membuka minda mahasiswa/i dan masyarakat umum tentang kepentingan untuk CAKNA isu-isu semasa khususnya berkaitan PERPADUAN dan KEAMANAN sama ada di peringkat lokal mahupun global.
Kolej Kediaman Dayasari atau Kelima yang sinonim dengan mahasiswa berdisiplin dan bersemangat; mendengar dan memahami isu 'Emansipasi Pelarian' oleh 3 orang ahli panel, antaranya CEO GPM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Heliza Helmi serta Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud. Semoga dengan pelaksanaan program ini, dapat melahirkan para mahasiawa yang cakna akan isu kemanusiaan. Teruskan semangatmu para Mahasiswa!
“Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan.”
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.

Rabu, Mac 23, 2016

Memilih Untuk Perubahan.


SEDIKIT TENTANG MENTALITI.
...Kita bukan tinggal di Amerika Syarikat sebab rakyat Malaysia belum bersedia dengan konsep ‘Stand-up Comedy’.
Itu memang realitinya, cuma ada orang tidak mahu berubah dan ada pula yang nak perubahan.
Saya pilih untuk lakukan perubahan.”
Tuan-Tuan, ya, dalam berlawak -- kita juga boleh mendidik serta menyelitkan pengajaran.
Maju terus, Rayza MukMin.
Padu!
.

Rabu, Februari 10, 2016

Khamis, Ogos 20, 2015

Selamat malam, Rohingya.



“Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu
Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu...”
.

Jumaat, Ogos 14, 2015

Nyanyian yang ada jiwa.




Karektor suara. Nyanyian yang ada jiwa.
Lirik yang berkualiti.
Ini yang kurang dan payah untuk kita jumpa hari ini.
Kenangan.
.

Allahyarhamhu Ustaz Asri Rabbani dalam kenangan...




Allahyarhamhu Ustaz Asri Rabbani dalam kenangan...
Innalillahi wainna ilaihi rajiun....
.

MAT SENTOL DAN MAT LE SAUX.

MAT SENTOL DAN MAT LE SAUX.
Bertepatan dengan tema 'wira yang tidak didendangkan', beberapa hari yang lepas admin RBS berpeluang untuk 'sembang teh tarik' bersama dengan lagenda perfileman tanahair, Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol. Sebagaimana P.Ramlee mewujudkan jenama 'Bujang Lapok' ke dalam setiap hati rakyat Malaysia, Pak Mat turut mencipta jenama beliau sendiri dengan filem-filem bertemakan 'Mat' antaranya Mat Tiga Suku, Mat Karung Guni, Mat Magic serta Mat Bond.
Generasi 90an mungkin lebih mengenali beliau melalui iklan 'jajan' di kaca TV. "Tora Datang Lagi!" Suara ikonik tersebut pasti melekat di setiap hati kanak-kanak ketika itu. Maka dipujuklah ayah dan ibu ke kedai untuk mendapatkan permainan terbaru dari Tora. Tetapi, sumbangan Mat Sentol lebih dari itu. Kepada peminat filem sejati, beliau bagaikan 'Georges Méliès Malaysia', 'Cinemagician' yang menerapkan unsur efek khas di dalam karya beliau.
Beliau merekacipta banyak montaj untuk 'kredit pembukaan' filem antaranya filem Lanchang Kuning, Mata Shaitan, Mat Bond serta Naga Tasik Chini. Beliau adalah 'man of vision', selalu bereksperimen dengan kesan-kesan khas serta mencuba pelbagai kelainan dalam setiap filem beliau. Kadangkala plot filem beliau sukar difahami, namun jika kita mendalami filem-filem sezaman dengan filem-filem beliau, ia adalah satu bentuk sindiran masyarakat sebagaimana filem-filem Tan Sri P.Ramlee.
Mungkin ramai yang tidak perasan, penampilan pertama Mat Sentol adalah sebagai penari di dalam Filem Hang Tuah lakonan Tan Sri P.Ramlee (babak Joget Pahang kalau tak silap). Menurut anak beliau, Kasma Booty dan AR Tompel mengesan bakat beliau sementara P.Ramlee dianggap sebagai mentor. Lagenda melahirkan lagenda.
Alhamdulillah, secara fizikal Pak Mat masih kuat berjalan lagi. Masih lagi 'mengeteh' di Plaza Larkin bersama rakan-rakan. Cuma ingatannya sudah tidak macam dahulu, maklum lah sudah berusia 82 tahun. "Sedih kalau bercakap pasal umur ni. Tua dah", ujar Pak Mat.
Tidak banyak yang beliau sembangkan, sebaliknya saya banyak berbual bersama Makcik Jamilah, isteri kepada Pak Mat. Beberapa tahun dahulu, beliau pernah meluahkan hasrat untuk kembali ke bidang pengarahan filem, tetapi dengan keadaan kesihatan beliau sekarang, hasrat tersebut mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Beliau hanya bercerita tentang anak-anak, jiran-jiran tetangga, serta kawasan setempat. Dalam usia selewat beliau, mungkin isu-isu politik atau hiburan tidak lagi menjadi perhatian. Tambah-tambah lagi bila ramai rakan seperjuangan beliau telah tiada.
Beliau hanya termenung panjang bila admin berbicara tentang filem. Namun di sebalik wajahnya yang serius itu, keluar juga 'punchline' sepatah dua. "Jangan makan kuih raya banyak-banyak. Kuih raya kalau makan lepas raya boleh buat mabuk," ujar beliau berseloroh.
"Pak Mat takde masuk TV lagi?"
"Bukan takde, tapi...."
Beliau terdiam sepi, datang Makcik Jamilah mencelah, "ada, tapi dapat penat je."
"Dah pencen ke Pak Mat?" Tanya saya.
" TV panggil, diorang bayar RM300. Transport, makan, tempat tidur semua sendiri. Kadang-kadang keluar lagi duit sendiri. Takpe lah."
Sayu dalam hati ini. Kalau di luar negara, seniman-seniman veteren ni akan dibayar lagi mahal. Pak Mat yang sudah bertaraf lagenda ini cuma dibayar RM300. Betul. Beliau adalah orang yang tidak meminta-minta, tidak mintakan perhatian, tetapi hargailah beliau seperti mana status beliau. Lagenda bang. Lagenda.
Saya cepat-cepat kalis ke isu lain bagi mengelakkan suasana menjadi 'sedih'. Suatu perkara yang mencuit hati, beliau bercerita tentang 'orang besi buruk' yang datang dari rumah ke rumah membeli besi buruk dan beliau masih menggelarkan mereka sebagai 'Orang Karung Guni'.
Beliau memang seorang yang rendah diri dan tidak meminta-minta. Tetapi hargailah beliau semasa beliau masih ada. Jangan lah masa beliau dah tiada, baru kita sibuk nak 'tribute itu, tribute ini'. Dah terlambat. Sebagaimana terlambat kita menghargai Tan Sri P.Ramlee.
Jika segala banyak artis-artis dari seberang, artis muda yang entah apa sumbangannya boleh diberi pelbagai darjah kebesaran, kenapa seniman sebegini kita pinggirkan?
Kami di RBS ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian keluarga Pak Mat melayani kunjungan kami. Juga terima kasih tidak terhingga buat anak Pak Mat (yang juga salah seorang 'follower' RBS) kerana mengaturkan pertemuan kami. Kami di RBS mendoakan Pak Mat sihat sekeluarga dan diberkati Allah sehingga ke akhir hayat.
Retro Bola Sepak: Siapa boleh senaraikan semua filem dalam siri 'Mat'?
.

Di Hentian Ini.



“Walaupun aku tak tahu lagi
ke mana arahnya;
Tak ingin aku hancur sendiri
dimakan waktu.”
-- XPDC.

.

Hold your head up, Malaysia!

“We may all fall down
But we all get up

Hold your head up, Malaysia!
After the rain comes the sun.”

-- Najwa Mahiaddin.




Selasa, Julai 28, 2015

Merdu suara Azan.

Merdu suara Azan.
Tempoh hari, tonton Majalah 3 di rumah. Ada disiarkan suasana Rumah Pengasih, di mana Zamani merupakan salah-seorang yang mengikuti program di institusi tersebut.
Merdu suara Zamani Slam bila alunkan seruan azan.
Semoga ALLAH SWT jauhkan beliau dan kita semua daripada penyalahgunaan dadah dan yang seumpamanya.
Amin.

Isnin, Julai 27, 2015

Jaafar Onn Berfutsal Bersama Penulis Sukan dan Selebriti.

Jaafar Onn Berfutsal Bersama Penulis Sukan dan Selebriti.
Foto barisan ‘legenda’ yang tidak kurang hebatnya. Jalil Hamid itu posisi beliau pasti adalah ‘goal poacher’ ala-ala Pipo Inzaghi kerana kepakaran ‘curi ayam bermacam ayam ada ayam kampung ayam hutan ayam siam ayam turki ayam belanda’.
Salih Yaacob tu mestilah ‘holding midfield’ ala-ala Makelele sebab keupayaan beliau untuk ‘gali lubang tutup lubang’ memudahkan beliau melindungi barisan pertahanan di belakang.
Tapi posisi apakah yang Abang Jaafar Onn mainkan? Kalau ikut susuk tubuhnya yang besar dan tegap, adakah ‘sweeper-keeper’ ala Schemichel? Atau ‘libero’ ala Beckenbauer? Atau ‘midfield general’ ala Gattuso? Atau mungkin juga ‘target man’ ala Drogba.

Isnin, Julai 06, 2015

Forum Qaseh Suci Ramadhan 2.0.


Forum Qaseh Suci Ramadhan 2.0.
Bertempat di Masjid Asy Syakirin, KLCC.
CEO Malaysia Life Line for Syria turut tampil sebagai panelis.
Seronok tengok Amber Chia pakai tudung dan jubah.
Semoga ALLAH SWT kurniakan hidayah-NYA, untuk Amber dan kita semua.
Amin dan in sya ALLAH.
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...