Memaparkan catatan dengan label Kosa Kata Klasik dan Bidal Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kosa Kata Klasik dan Bidal Melayu. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 22, 2011

Kosa Kata Klasik dan Bidal Melayu (Siri 5).

1) Air lalu kubang tohor = Gaji yang diterima lekas habis;

2) Air lata = Air terjun;

3) Air lebam = Air mayat;

4) Air laut hijau siapakah celup, duri di hutan siapakah pertajam? = a. Orang yang sudah mahir dengan tipu helah, pasti tidak mudah ditipu; b. Kekayaan tidak perlu diheboh-hebohkan;

5) Bagaikan embun di hujung rumput = Kasih-sayang yang tidak berkekalan;

6) Bagaikan tikus jatuh di kepuk = Mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba;

7) Burung terbang dipipiskan lada = Mengharapkan sesuatu yang belum pasti;

8) Daya kuda = Ukuran tenaga bekerja bagi mesin;

9) Di luar merah, di dalam pahit = Tipu daya selalunya berjaya oleh kata-kata yang lemah-lembut;

10) Kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah = Berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi;

11) Kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit = Disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk;

12) Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari = Perkara yang diusahakan untuk masa yang lama, menjadi sia-sia, akibat satu kesilapan;

13) Seperti mendukung biawak hidup = Membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya;

14) Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik = Setiap manusia perlu sentiasa menjaga tutur kata supaya tidak menghadapi masalah kelak;

15) Tulang bersimpul = Orang yang malas bekerja; dan

16) Umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain = Dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.


Sumber dan Rujukan:

i. A.W. Hamilton. Malay Proverbs: Bidal Melayu, 1947. Singapura: Eastern Universities Press Ltd;

ii. Hamedi Mohd Adnan. Kamus Kosa Kata Klasik untuk STPM, 1998. Kuala Lumpur: Penerbit Elman;

iii. Hanapiah Sudin. Peribahasa Kini untuk Q.T., SPM, MCE dan HSC, 1976. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes; dan

iv. Mohd. Tajuddin Hj. Abd Rahman. Kamus Peribahasa Melayu untuk Pelajar, 2001. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Jumaat, September 16, 2011

Kosa Kata Klasik dan Bidal Melayu (Siri 4).

1) Ajir = orang upahan;

2) Ajnas = bermacam-macam;

3) Ajrih = hormat, rasa segan;

4) Ajun = tidak tepat, terlambat;

5) Ajuz = perempuan tua;

6) Akal sari = suatu hari nanti;

7) Akang = abang (istilah Jawa);

8) Air suri = nira yang belum menjadi tuak;

9) Air tuban = air yang keluar sebelum bayi dilahirkan;

10) Air yang penuh dalam tempayan itu takkan berkocak = orang yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan, tidak suka bercakap besar dan membangga diri;

11) Air jernih, ikannya jinak = negeri yang aman dan teratur manakala rakyatnya pula berbudi bahasa;

12) Akal akar = senantiasa menurut perintah;


13) Rosak bawang ditimpa jambaknya = mendapat kecelakaan akibat perbuatan keluarga atau dirinya sendiri;

14) Seperti kerkap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu = kehidupan seseorang yang sangat susah.


Sumber dan Rujukan:

i. A.W. Hamilton. Malay Proverbs: Bidal Melayu, 1947. Singapura: Eastern Universities Press Ltd;

ii. Hamedi Mohd Adnan. Kamus Kosa Kata Klasik untuk STPM, 1998. Kuala Lumpur: Penerbit Elman;

iii. Hanapiah Sudin. Peribahasa Kini untuk Q.T., SPM, MCE dan HSC, 1976. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes; dan

iv. Mohd. Tajuddin Hj. Abd Rahman. Kamus Peribahasa Melayu untuk Pelajar, 2001. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ahad, September 11, 2011

Kosa Kata Klasik dan Bidal Melayu (Siri 3).

1) Abluk = belang;

2) Abnus = kayu arang;

3) Abur = boros; gemar membazir;

4) Adiwarna = amat bagus; amat indah;

5) Adun = elok kerana berhias;

6) Afat = kecelakaan;

7) Ada sampan hendak berenang = sengaja mencari susah;

8) Ada unjuk; ada unjak = jika selalu menolong orang, kita akan mendapat pertolongan orang;

9) Adat tua menahan ragam = orang yang sudah lanjut usia terpaksalah menahan perasaan terhadap kelakuan anak cucunya yang tidak menyenangkan hati;

10) Bersaksi ke lutut = mengambil saudara sendiri sebagai saksi;

11) Buah pena = hasil karangan;

12) Bulat fikiran = keputusan fikiran yang telah tetap.


Sumber dan Rujukan:
i. A.W. Hamilton. Malay Proverbs: Bidal Melayu, 1947. Singapura: Eastern Universities Press Ltd;

ii. Hamedi Mohd Adnan. Kamus Kosa Kata Klasik untuk STPM, 1998. Kuala Lumpur: Penerbit Elman;

iii. Hanapiah Sudin. Peribahasa Kini untuk Q.T., SPM, MCE dan HSC, 1976. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes; dan

iv. Mohd. Tajuddin Hj. Abd Rahman. Kamus Peribahasa Melayu untuk Pelajar, 2001. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ahad, September 04, 2011

Kosa Kata Klasik dan Bidal Melayu (Siri 2).

1) Abau = sejenis kura-kura;

2) Abdas = mandi untuk membersihkan kekotoran (dalam Islam);

3) Abdi = hamba;

4) Abiadh = putih;

5) Akal kancil = orang yang pintar membuat helah untuk menyelamatkan diri;

6) Alas cakap = kata-kata yang menguatkan keterangan;

7) Seperti keroncor dengan belangkas = pasangan yang tidak boleh dipisahkan.



Sumber dan Rujukan:

i. A.W. Hamilton. Malay Proverbs: Bidal Melayu, 1947. Singapura: Eastern Universities Press Ltd;

ii. Hamedi Mohd Adnan. Kamus Kosa Kata Klasik untuk STPM, 1998. Kuala Lumpur: Penerbit Elman; dan

iii. Hanapiah Sudin. Peribahasa Kini untuk Q.T., SPM, MCE dan HSC, 1976. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes.

Jumaat, September 02, 2011

Kosa Kata Klasik dan Bidal Melayu (Siri 1)


1) Abab = rebab; bunyi-bunyian.

2) Abadiah = berkekalan.

3) Abah = arah; tujuan.

4) Abah-abah = alat; perkakas.

5) Abu Nawas = orang yang bijak membuat helah.

6) Ajak-Ajak Ayam = ajakan atau jemputan yang tidak bersungguh-sungguh.

7) Kalau getah berleleh; kalau daun melayang = Dalam waktu kesusahan, kawan mungkin meninggalkan kita. Namun, saudara akan kekal membantu.


Sumber dan Rujukan:

i. A.W. Hamilton. Malay Proverbs: Bidal Melayu, 1947. Singapura: Eastern Universities Press Ltd;

ii. Hamedi Mohd Adnan. Kamus Kosa Kata Klasik untuk STPM, 1998. Kuala Lumpur: Penerbit Elman; dan

iii. Hanapiah Sudin. Peribahasa Kini untuk Q.T., SPM, MCE dan HSC, 1976. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...