Jumaat, April 12, 2019

OSMAN TIKUS KUNJUNGI SEKRETARIAT ABIM PUSAT (SAP).


OSMAN TIKUS KUNJUNGI SEKRETARIAT ABIM PUSAT (SAP)
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada legenda seni tanah air, Sdr. Pyan Habib yang sudi mengunjungi Sekretariat ABIM Pusat (SAP) di Taman Cemerlang, Gombak, bagi mendapatkan naskah Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda, terbitan ABIM Press. Beliau yang terkenal dengan gelaran ‘Osman Tikus’ merupakan seorang pelakon, pemuisi serta pelukis yang tersohor.
Pada tahun 1986, beliau bersama-sama Datuk M. Nasir dan Sdr. Nasir Jani terjun ke bidang lakonan menerusi filem ‘Kembara Seniman Jalanan’ (KSJ). Namun, bakat lakonannya benar-benar dipuji apabila muncul dalam filem arahan Datuk Rahim Razali yang berjudul ‘Tsu Feh Sofiah’(1986) yang sarat membawa falsafah keagamaan.
Sewaktu Festival Filem Malaysia ke-7, Sdr. Pyan telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan kemudiannya memenangi anugerah tersebut. Namun, beliau telah menolak penganugerahan tersebut atas alasan beliau terkilan tidak dipertandingkan menerusi filem KSJ. Beliau menjadi satu-satunya pelakon Malaysia yang menolak pengiktirafan tertinggi dalam industri filem di negara ini sehingga kini.
Baca lagi tentang naskah KSJ di sini:
---
Kepada yang mahu membeli buku Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda (The Angry Generation), boleh hubungi wakil kami melalui whatsapp +6013-3916299 (Cik Wani),
atau buat tempahan segera dengan klik di sini:
---
Untuk membeli pelbagai tajuk lain terbitan ABIM Press, boleh tempah di sini:

Rabu, April 10, 2019

PELUNCURAN BUKU “ANWAR IBRAHIM: SEMANGAT DARAH MUDA” TERBITAN ABIM PRESS


PELUNCURAN BUKU “ANWAR IBRAHIM: SEMANGAT DARAH MUDA” TERBITAN ABIM PRESS
31hb Mac 2019 (Ahad): Alhamdulillah, buku “Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda" selamat diluncurkan oleh dua orang puteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), iaitu Nurul Izzah dan Nurul Ilham. DSAI lebih dikenali sebagai seorang pemimpin politik, tetapi tidak ramai mengenali beliau sebagai pemimpin gerakan dakwah.
Beliau adalah mantan presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga pernah mengemudi Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai Presiden. Ini adalah sejarah zaman muda beliau dalam arena dakwah dan kepemudaan.
Beliau juga adalah tokoh membaca yang sejak memimpin ABIM telah mengemudi gerakan dakwah terbesar ini dengan asas intelektual, yang menjadi tradisi ABIM sehingga ke hari ini. Buku ini adalah dedikasi kepada perjuangan beliau, untuk melihat beliau selain daripada naratif politik.
Terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis peluncuran ini. Sambutan luar biasa. Kami memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan. Ada yang menunggu seawal pagi dari Kuantan Pahang, Melaka, Johor, Kedah dan seluruh pelusuk negara.
---
SESI PERTEMUAN KHAS DSAI BERSAMA KEPEMIMPINAN MAJLIS BELIA MALAYSIA
9hb April 2019 (Selasa): Kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) berkesempatan mengadakan pertemuan bersama mantan Presiden MBM ke-6, Dato Seri Anwar Ibrahim di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan singkat tersebut, beliau mengingatkan kepada kepimpinan sedia ada walaupun zaman yang berbeza tetapi perjuangan MBM perlu fokus memperjuangkan suara anak muda dan jurubicara rakyat sesuai dengan motonya ‘belia bertindak untuk kebenaran dan keadilan’.
DSAI telah dijemput sebagai penceramah dalam slot Bicara Tokoh: ‘Pemimpin Meniti Perjuangan; Menafsir Masa Depan’ sempena Seminar Kepemimpinan Siswa Guru Kebangsaan 2019. Beliau berkongsi pengalaman di hadapan lebih 300 tetamu dan bakal guru dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru mengenai penglibatan beliau dalam perjuangan idealisme.
Beliau menekankan bahawa dengan ilmu dan kesedaran yang tinggi adalah kunci utama menjadi seorang pemimpin yang baik. Program ini anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan International Youth Centre (IYC).
Turut hadir Datuk Dr. Amin Senin, Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Rusmini Ku Ahmad yang merupakan Rektor IPGM, Pengerusi Tetap MBM, YB. Mohd Syahbuddin Hashim, Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha dan barisan kepemimpinan MBM.
---
Kepada yang mahu membeli buku Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda (The Angry Generation), boleh hubungi wakil kami melalui whatsapp +6013-3916299 (Cik Wani),
atau buat tempahan segera dengan klik di sini:

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...